TEKAN 'SIGN IN' NANTI KITA CUTI SAMA-SAMA EKK...

Monday, March 14, 2011

FUN AND ADVENTURES PLUS MAKAN SAKAN AT PASAR AWAM MELAKA


FUN AND ADVENTURES MAKAN SAKAN
 AT PASAR AWAM MELAKA

wAHHH... kali ni i bawak you all pergi membeli -belah ke suatu destinasi yang cukup istimewa.. kwang.. kwangg.. kwangg.. ehh.. jangan pandang sebelah mata... i kalau pergi tandas awam pun boleh jadikan cerita hebat tau! hahaa.. sebab tu nama blogs i ni TRAVEL AND ADVENTURE FUN VACATIONS... BEST MAKAN SAKAN.. itu dah semestinya... okay di mana terletaknya PASAR AWAM MELAKA TU EKK???? jom redah!!!


Pasar Besar Melaka Sentral merupakan bangunan yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Melaka Sentral telah dilantik untuk mengurus dan mentadbirkannya. Perasmian telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 14hb Mei 2004. Semua aktiviti perniagaan di Pasar Besar Jalan Tun Ali telah berpindah ke Pasar Besar Melaka Sentral dan beroperasi sepenuhnya pada 15hb Mei 2004.
Tarikan utama di Pasar Besar Melaka Sentral ialah kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pusat bandar dan dilengkapi dengan kemudahan awam yang efisyen.

Selain itu la mempunyai laluan pejalan kaki yang menghubungkan Pasar Besar Sentral dengan bangunan terminal dan bazar.

Terdapat banyak pilihan jualan seperti ikan, sayur, daging dan lain-lain pada kadar berpatutan.
AL - KISAHnya....

Melaka umpama rumah atau kampung keduaku... suka betul dengan Negeri Melaka, walaupun i di lahirkan dan di besarkan di Johor.. semenjak adik bertugas di Melaka selama lebih kurang 5 tahun... Bonda sering ke sana, dia pun suka menetap di Melaka... apa taknya.. kebetulan rumah adik tu terletak di tengah-tengah MITC... nak ke Melaka Wonderland berjalan kaki pun boleh.. nak ke Pasaraya Maideen pun dekat, nak ke Melaka Planitarium pun depan rumah aje ekk.. nak ke Taman Buaya? nak ke Taman Rama-Rama? Nak ke Zoo Melaka??? alahai tu hah! depan mata aje.. dan setiap kali ke Melaka tu mesti ler singgah ke Pasar Awam Melaka.. kiranya aktiviti i paling wajib jika berada di Melaka ekk.. awal-awal pagi dah ke Pasau Melaka... apa yang syiok bebenau tu ekk??? jom!!! ikut i... 
Dak kerempeng my Princess Nellysha.. selalunya dia tak ikut kalau ke Pasau ekk.. pagi tu boleh pulak dia mandi dan bersiap-sedia nak ikut ke Pasau Melaka... kalau dah dia mengikut tu ada aje ler tu nanti.. aduhaii... layankan aje ler ekk...:):)
Tu dia melangkah masuk aje ke dalam pasau Melaka tu.. itu ler pemandangan yang you all akan nampak.. yang i paling suka pasau Melaka ni.. lantainya bersih dan tidak basah! tu ler.. yang i paling suka tentang pasau Melaka ni ekk....
Wahhh!! Pak Habibi i tu dengan dak kerempeng tu ekk.. kalau dah jalan menonong aje ler ekk.. i pulak yang terpaksa jadi jurukamera.. nak harapkan Pak Habibi??? hui.. huii.... tak kuasa! kata dia ekk.. elehh malu ler tu... i sorry ekk.. kalau dah minat  i tak akan pedulikan orang sekeliling... i snap tang sana... snap tang sini dengan DSLR i yang i kasihi tu ekk..
Bonda tersayang... kalau dah namanya Ibu dan wanita mana boleh di pisahkan dengan pasar yer tak?? kat situ macam-macam ada.. i ni jenis rambang mata.. dan mulut tak reti dok diam ekk.. ada sahaja yang i akan tanya dan lepas tu snap, beli dan ku bawa pulang.. pastu masak ler untuk di makan.. takkan nak di buat perhiasan yer tak???
Macam-macam ada.. segalanya segar dan yang bestnya.. persekitaran bersih dan teratur... i like...:):)
Kunyit... segar dan murah... i tak beli sebab kat belakang rumah kalau di buat jual pun boleh... hehee..
Limau nipis... aduhai nampak aje limau nipis yang menghijau segauuu bijik mata i tau.. i borong... sebab i suka buat air limau nipis suam.. waduh seger.....:):)
Lengkuas.... segar dan besar... i beli jugak selalunya di tempat i lengkuas yang di jual alahaii.. kering dah macam batang pokok ubi oke!
Halia tua... paling bagus di rebus airnya dan minum... elok untuk badan yang berangin hahaa.... i beli sebab besauuu dan segauuu....:):)
Kwang.. kwang.. jering my Beloved Jering!!! paling i suke.. tapi i tak beli sebab pokok jering belakang rumah sedang lebat membuahkan hasilnya.. sepinggan di pasau Melaka tu harganya RM2... siap di kupas kulitnya... best tul! i like..:)
Wahhh!!! belimbing buluh.. pun i suke.... memang tengah musim.. i beli jugak sebab.. pokok belimbing buluh belakang rumah belum besar lagi buahnya...:) RM2... hampir setengah kilo mak cik tu bungkuskan untuk i oke! kalau nak cuci kuku pun elok.. bersih dan kilat aje kuku kita tu ekk..:)
Masuk bab ulam-ulaman.. aduhaii i ni memang ler hantu ULAM! tak kira ler ulam apa pun.... yang di atas tu Ulam daun pucuk gajus.. baunya, rasanya memang best!
Ulam pucuk tenggek burung.. kalau di Johor.. di Melaka i lupa nak tanya.. apa ke namanya...:):) RM1 seikat... berbaloikan.. dengan khasiatnya lagi.. waduh!
Serai.... seikat RM1.. besau dan segauu... i tak beli belakang rumah banyak..:)

Rebung... yang ni kalau Bonda dia teringin nak makan dia akan beli.. tetapi i memang tak reti makan.. walaupun Bonda masak enak macam mana pun... entah ler kenapa...:)
Tempeh... memang ler my Fav...:):):)
Daun Kaduk... yang ni i beli...walaupun i dok kampung ekk..nak tah kenapa?? sebab Pak Habibi i kalau mesin rumput dia tarah sampai licin pokok kaduk yang tumbuh melata tu ekk.. 1 ikat RM1.50 nanti nak masak lemak buh daun kaduk memang enak... gitu.. jangan jadi kaduk naik junjung udah ler hehe..:)
Buah Keluak... ahah! yang ini memang i cari-cari sejak dulu.. kalau masakan baba dan nyonya buah keluak ini ler yang akan di bubuhnya.. 1 biji 50sen.. i beli 5 sahaja.. nak cuba masak... :):) suka dan teruja bila terjumpa buah keluak... first time in my life..:):)
KERISIK!! waduh! kalau ke Melaka i memang tak akan miss beli kerisik asli ekk.. yang bestnya kerisik di pasau Melaka ni.. udah ler asli.. murah pulak tu... RM2 satu peket untuk masakan 1 ekor ayam atau daging... i borong sebanyak idak.. sebab i paling tak suka buat kerisik di rumah! makan masa dan cepat tua haha....
ACAR LIMAU... 1Mangkuk RM5 aduhaii... nampak segau aje kan.. i memang suka masak kari ikan dengan jeruk limau nipis... rasanya hmmm.. nanti i share di blogs masakanku di sini ekk >>> http://shahriahnovelisresipe.blogspot.com
ACAR BUAH ATAU ACAR TAHUN... acar ni i selalu buat sendiri.. dah kehabisan stok.. so i beli semangkuk.. kalau masak nasi berlauk macam Nasi Briyani atau Nasi Arab.. acar wajib ada! RM5 untuk semangkuk...

Petai... bergayutan di sepanjang lorong.... segau dan yang bengangnya isi cenonet jerk haha.. sama ler di kampung i ekk.. panjang jer boleh harap isi tarak! tapi i beli jugak hahaa...
Pelam muda!!!!!!! ini ler yang ku tulis dalam nota sebelum berangkat setiap kali nak balik kampung keduaku.. Melaka hehee.. PELAM MUDA JANGAN LUPA!!! yezza.. me and my PA neng Naya memang hantu pelam muda.. walaupun kami berdua tidak mengidam ekk... Fav!!! no 1 dunia...:):) hanya pelam cenggitu rupa... pelam kampung/pelam telur/pelam epal.. pelam jenis lain biasa-biasa sahaja..:):) pelam ni i borong 3 KG.. RM10....
Pelam Telur!! akak yang jual tu cakap ekk... aduhaii.. i paling suka kalau pelam bulat dan ala-ala senget-senget gitu guper! i beli 3KG! so dah ada 6 KG PELAM MUDA!!! untuk awet muda.. kononnya ler tu! mengader ler tuh!
Hah! Bangku pun ada! mana ko nak carik zaman sekarang bangku cenggitu guper!!! RM5 satu bangku.. i borong.... err....
macam kembau siam dah dak kerempeng tu kena mengangkut bangku kayu hahaa... i borong 2 sekaligus! siap tempah lagi dua besau sikit dari saiz asal tu ekk.. minggu depan turun lagi ke melaka.. i like pasau Melaka lah!
Wahh.. Bonda tu ekk.. kalau tak singgah membeli pokok sebatang dua memang tak sah! apa lagi bertambah ler koleksi pokok bonda... bonda borong pokok limau purut Thailand dan pokok bunga raya sebesau alam.. entah koleksi yang keberapa i tak ingat hahaa.. yang penting pokok-pokok yang pernah bonda beli sebelum ini tumbuh dengan segauunya.. kat tepi rumah tu ekk. dah ada yang membuahkan hasilnya.. i like...:)
Kata nak sarapan kat food court atas pasau tu bonda??? ehhh.. nyempat lagi bonda memilih sekap rambut untuk dia dan cucunya yang kerempeng tu ekk.. i tak minat...:):) semenjak bertudung ler hahaa.. kalau tidak i borong sakan hehe...

Tu! tu! tengok tu.. dak kerempeng dapat anak kucing! dah di bubuhnya nama Debbie... ko putar aje skru.. nanti anak kucing tu berbunyi dan berjalan terkedek-kedek! aje memang tau! ini Pak Habibi dia ler jadi mangsa.. i sibuk snap gambor.. tetiba aje dah mengendong anak kucing hahaa.. cute i suke..:)
Telah berada di tingkat 2.. di mana ada food court.. macam-macam ada.. gambar di bawah itu adalah pemandangan dari bahagian atas Food Court.... nampak bersih dan teratur aje kan.. i like...:):)
Food Court Pasar Awam Melaka.. macam-macam ada.. i tak snap setiap gerai sebab rasanya i dah pernah share sebelum ini.. so ini adalah antara jualan yang ada di Food Court. cakap aje nak makan apa? nasi ayam? nasi impit? lontong? mee rebus? roti canai? nasi campur? macam-macam ada... i like...:)
Bonda makan Mee rebus... tetel... 
Pak Habibiku makan nasi lemak 3 bungkus! sekaligus.... dengan wajah selamba dia berkata.. "Ala.. orang dah biasalah makan 3 bungkus! you tulis kat blogs orang baca dah tak heran!" hahaa... itu ler ekk... orang lain tak hairan... i yang hairan.. apa tak jemu ke tiap hari makan nasi lemak??? heeee... dan i cuma makan satay daging 5 cucuk aje oke! yang lain pak habibi sebat! ngelat!
Selesai bersarapan kami turun semula ke tingkat bawah.. di sebelah kanan terletak lorong-lorong kecil.. di situ bermacam-macam jenis hasil dari negeri Melaka.. dan ini adalah tempat yang wajib i kunjungi setiap kali ke pasau melaka.. kalau bahagian ikan dan daging terletak di bahagian paling belakang sekali.. i tak pergi sebab..  kat kampung i lagi berlubur ikan fresh hehe... kang kalau ku beli aje memang busuk ikan tu ekk, apa taknya.. lepas tu bukan terus balik.. ehh.. ada lagi tempat dan lencongan seterusnya.. so pasal ikan dan daging i share lain kali ekk..:):)
Tu dia.. bila tiba bab-bab memborong segala benda yang ada kat rak, bawah rak, yang tergantung, tak tergantung... pak habibiku akan keluar peluh dan berpeluh-peluh haha.. kerana dia terpaksa duduk berlama-lama di situ.. kerana... akan bermulalah sesi wawancaraku bersama si tukang jual! Pak Habibi kisah! i langsung tak kisah! hahaaa
Gula Melaka.. siapa yang tak kenal gula Melaka??? asalnya dari Melaka ke?? dari Johor kalau di buat pun i tetap sebut gula melaka.. dan kalau you all nak tahu.. i hanya akan beli gula melaka asli dari MELAKA dan tidak di kampung i.... peket di atas tu i memang suka.. siap dah di potong siap-siap ekk.. so kalau nak masak just ambil satu dan campak! plung! hehee.. RM10 untuk sepeket..:) stock untuk 3 bulan... tunggu ada lagi tu....
Gula melaka bentuk asli... yang ni i memang akan beli... sebab rasanya lebih sedap dan asli dari yang peket di atas tu.. kalau nak buat kuih i guna gula melaka yang berbentuk macam gelas tu ekk.. rasanya lebih enak, asli dan agak mahal sedikit.... 
BELACAN MELAKA IS THE BEST!!! memang the best... kalau beli mesti stok banyak-banyak.. bakar dan simpan dalam botol kedap udara.. lagi satu kalau i borong belacan melaka mesti ler i jadikan buah tangan untuk jiran dan keluarga di JB... i kan pencinta belacan! Pak Habibi pun hahaaa
tIba bab dodol melaka.. ini yang paling best.. saiznya bermacam jenis.. selain berupih, ada jugak saiz comey momey dan bentuk tiga segi... saja aje rasanya ekk.. i like...:):)
Bahulu kawin! tu dia ko! akak yang jual tu cakap cenggitu ekk.. cantik bentuknya rasanya sama sahaja dengan bahulu cermai yang comey momey tu.. kata akak tu kalau di melaka ada kenduri kahwin orang suka bagi tetamu dengan kuih bahulu ni ler... oooHhhh gitewww...
Inang-inang... yang ini memang wajib i akan beli sebab hero i nombor 1 tu memang ler hantu inang-inang ekk.. di kampung i panggil rengginang agaknya sebutan jawa kot.. beras pulut yang kukus dan kemudian di jemur.... selepas tu nak makan tinggal goreng dan akan mengembang wahhh... memang best!
CENCALUK MELAKA IS THE BEST!! yang ni tak perlu ler cerita yer tak?? kalau nak beli tu.. beli ler di pasau Melaka.. kerana terjamin halal beli ler dengan peniaga berbangsa melayu dan rasanya lebih segar dan enak.... di banding yang di beli di tepi-tepi jalan tu yaa.. kawan-kawan...
Wajik Sirat.... Waduh... kalau ke Melaka ini ler jajan yang i paling suka makan... kalau beli kat tempat lain entah kenapa tak sama macam di Melaka...
SAGUN! bukan Shogun! oke.. hahaa.. tahukan sagun tu apa.. dulu jual dalam peket kecil.. sekarang ni dalam botol pun ada! macam mana nak makan tu?? di tonggak ke??? udah ler... beli aje yang peket kecik tu oke! kang tersedak satu hal hahaa...
PULUT HITAM DAN TEPUNG CHA CHA... kalau nak ke kedah.. makan masa dan tak ada masa! haha.. beli sahaja di Melaka yer.. segalanya ada.. dan semestinya yang segar dan tidak berkulat atau berkumbang..:):) RM10 untuk 4 ikat yang tergantung tu oke! i borong berikat-ikat...:):)
Lepas tu ku gantung kat celah tinga dak kerempeng tu hahaa... diam aje ko dia.. suka ler tu.. dapat anak kucing debbie hahaa... pstt tu sekap rambut tu.. baru beli kat pasau melaka oke... RM2.. wah sempat lagi promosi hahaa....
Udah ler tu ekk... rasanya dah habis ku borong kat kedai adik tu ekk.. senyum aje mak dia yang duk ler memerhatikan i snap dan wawancara anak lelaki dia... tu...:):):)

Hah! kalau singgah ke pasau Melaka singgah ler di gerai yang tertera di atas tu ya.. layanan memang mesra dan harga boleh di runding...:):)

Selesai memborong tu ehh.. ternampak pulak t-shirt murah.. ku belek-belek aje.. tak ku beli pun... sebab i akan ke suatu tempat yang lebih.... best dan murah selepas ke pasau tu nanti ekk...:)

Laaaa... apa lah yang di bikin bonda tu ekk... ingatkan dah selesai.. rupanya ada lagi yang bonda borong!
Muahahaa... pelam harum manis.... memang manis..... giler! harga RM10 untuk 3 KG bonda borong 6 KG! waduh!!! macehhh Bonda....:):)
Kalau teringin nak makan vadey.. jangan lupa... kat depan tangga Pasau Melaka tu ada Uncle yang jual Vadey tu yaa... RM1 untuk 3 biji...:)

50% barang yang ku borng lagi 50% ada di dalam kereta duk di celah-celah bonda dan dak kerempeng hahaa... stok untuk 3-4 bulan kot...:):) nanti i share lagi ekk.. ekk..

Rasanya... gambar yang i load dalam blogs ni hampir ke 50 keping walaupun i snap more than 200 pcs... tak per nanti i share lagi ya.... kerana selepas memborong di pasau Melaka tu i ke satu lagi destinasi... makan-makan.... DATANGLAH KE MELAKA BANDAR BERSEJARAH... SEGALANYA ADA DI SITU.. PENDUDUKNYA PERAMAH, BANDARNYA BERSIH, HARGA MURAH DAN BANYAK TEMPAT MAKAN YANG BEST-BEST! I DAH PERGI 80% SEGALA CERUK RANTAU MELAKA.. NANTI I SHARE LAGI OKE... PLAN AKAN DATANG... AKAN BELI SEBIJIK PONDOK DI MELAKA... INSYALLAH DENGAN IZINNYA...:):):):)  tunggu... akan ku sharekan lagi kepada semua.. hanya untuk tatapan dan sekadar berkongsi Informasi dan tiada niat menunjuk atau bermegah... dengan motto.. sharing is caring that's it!

TATA!!!!

Shahriah Abdullah mencatat sesuatu....... BERSAMBUNG.........................

Friday, March 11, 2011

BEST MAKAN SAKAN ~ THE MANHATTAN FISH MARKET TEBRAU CITY MALL JB

 BEST MAKAN SAKAN ~ THE MANHATTAN FISH MARKET TEBRAU CITY MALL JB


The story began more than 180 years ago, at The Fulton Fish Market down on Fulton Street underneath the iconic Brooklyn Bridge.

Here, the fishy action starts even before the break of dawn. You’ll catch sights of rugged men in overalls swing their hooks until mid morning. See huge fresh salmon being weighed on large scales. Butchers cut up tuna fish on giant 3’ by 8’ chopping boards. A sea of men and women haggling prices on fresh seafood over market stalls. The strong smell permeates the air, accompanied by the frenzy buzz of activity.

Open daily from 7 to 9am, this is
where owners of fine seafood restaurants and local seafood stores will swim in shoals to get their supply. They wander from stall to stall, searching for the freshest seafood, knowing that quality is never compromised here. So it is no surprise that every year, more than 150 million pounds of seafood pass through the hands (or shall we say fins?) of this market.

Over the years, The Fulton Fish Market has been relocated, but its reputation remains intact as one of the largest wholesale fish markets in the world.

Inspired by the finest seafood restaurants found along Fulton Street in Manhattan, we serve you only the freshest, lip-smacking American-style seafood. One bite is enough to keep you swimming back!

BEST MAKAN SAKAN ~ MANHATTAN FISH MARKET TEBRAU CITY MALL JB
Muahahhaaa..... ewahhh.. cewahh.. ciwahhh.. macam biasa ler.. CHEF bila tak berkerja di dapur tu.. kiranya OFF DUTY! apa lagi menjengkit ler.... Jalan-Jalan Cari Makan Best Sakan! apa ada kisah.. kerja macam nak rak.. kepala berserabut dok memikirkan mencari sesuap nasi... so sesekali i need a break baby! cewahh... bukan ke tiap masa ko break shasha???? selalu tu tak ler jugak... hanya sesekali jerk.. Kalau keluar berjalan sakan tu... shopping atau window shopping apa-apa hal mesti cari makan dulu... Tips sebelum pergi menjengkit cari makan tu.. pastikan perut tidak di isi selama 3 hari! Muahahaa... boleh giteeewww??? boleh aje hehee.. dan juga TIPS SEBELUM BERSHOPPING.... perut harus di isi terlebih dahulu, jadi masa berjalan tiap deretan kedai tu tak ler... nampak jagung ke.. roti ke... eskrem ke.. manjang asyik menelan air liur.. apa-apa hal mesti isi perut dulu oke! TIPS PENTING NI EKK.. sebelum nak bershopping....
 
Lagi satu kalau you perasan.... ini ler budak yang rajin i heret kalau nak menjengkit ekk.. sebab apa???? nak tahu kenapa??? hui.. hui.. hui. ... ini ler dak Shelly yang rajin tolong mengangkat segala barang yang i borong hahaa.. dah tu dak shelly ni bagus budaknya.. bukan sahaja kuat makan.. ringan tangan tolong menjinjit barang dan bahunya penuh dengan barang yang i borong.. ehhh.. ehh.. rajin dan pandai menasihat i kalau dah rambang mata bila bershopping tu.. tu ler yang i sayang dak shelly my beloved sista ni ekk.. tapi yang tak tahan tu bab makan! memang demanding! wah! lawan taukeh! jom kita tengok!!!
 
melangkahkan kaki di THE MANHATTAN FISH MARKET DI TEBRAU CITY MALL ni.. ini ler salah satu perhiasan di muka pintu masuk tu ekk.. ada pulak muka i terselit celah boya tu ekk.. hehe.. apa pun layanan memang best! dah ler tau hanyir macam kat pasau ahahaa... bersih dan cantik aje ekk.. cool... dan sambutan dan layanan dari perkerja di situ memang mantop! ko berdiri aje depan muka pintu tu.. belum buat keputusan nak masuk ke tidak... WELCOME TO MANHATTAN FISH MARKET!!!!!! huargghhhhh... hampir kena heart attack! oke.... terjerit pekik.... kalau dah cenggitu ko tak nak masukk ke??? i masuk oke hahaa... I LIKE THE SERVICE!!! ada keles..... perkerja pun seperamah idak!
PEMANDANGAN DI DALAM MANHATTAN FISH MARKET... tak ada bau ikan pun hahaa...:):)

JOM!! KITA TENGOK!!! 
APA ADA OFFER!!!

kEBETULAN... memang di situ sedang mengadakan harga ikan tak laku haha.. idak ekk.. segalanya fresh! masih sempat lagi you all nak pergi... PASTA SUPER SAVER... still on from 28th FEB to 1st MAY 2011
memang berbaloi.. kalau you all pencinta pasta.. please dine in here!
Macam biasa ler ekk.. i kan pencinta coffee.. so i order... ESPRESSO... urghh... best!
HARGA : RM3.90
MARKAH DI BERI : 9/10
**cawannya kecil dari penumbuk i oke.. memang cawan ESPRESSO CENGGITU oke..:):)
 
dak shelly order... ICED PEACH TEA... pun best!
HARGA : RM2.90
MARKAH DI BERI : 9/10

CHOWDER OF THE DAY...
Rasanya... yummy... tomato dan ayam... masam-masam.. lemak... you all must try..:):)
HARGA : RM1.90
MARKAH DI BERI : 8/10

 
CAESER SALAD...
yang ni i pilih.. i ni mana boleh jauh dengan salad kan...
HARGA : RM4.90
MARKAH DI BERI 6/10
sayur dia kurang fresh.. dan alat-alat tu sahaja.. sebab i pernah merasa yang lebih best! dan i know how to make CEASER SALAD...:):)
CALAMARI...:):)
Masa ni ler nak makan sotong tanpa.. rasa.. mengalah hahaa..kalau di rumah atau makan bersama gengs2 i tu... i jarang nak makan sotong.. so i pilih sotong sebab nak menikmati tanpa gangguan hahaa.. boleh giteeewww????
HARGA : RM9.90
MARKAH DI BERI : 7/10
**IANYA TIDAK SEPERTI YANG KU BAYANGKAN..:):)
SHRIMP OLIO SPAGHETTI
I LOVES THIS ONE SO MUCH!!! MEMANG SEDAP DAN BERBALOI... UDANG BESAR DAN SEGAR.. RASA PARSLEY YANG NYAMAN... WAH!!! YOU ALL MESTI CUBA YAA...:):)
HARGA : RM17.90
MARKAH DI BERI : 10/10
MEMANG TERBAIK!!! KENA DENGAN TEKAK I EKK..
SEA SPAGHETTI...
YANG ni dak shelly yang order... dia cakap sedap giler! sebab dia hampir giler masa tu! hahaa.. i jamah sikit and memang best! kupang yang ada tercekah meriah di atas tu cukup besar dan fresh! best!
HARGA : RM20.90
MARKAH DI BERI : 9/10
TUSCAN TIRAMISU....
WADUHHH.. WADUHH.. yang ni tell you memang best! rasanya memang STABIL!! haha.. bermakna kena aje dengan tekak i ekk.. enak...:):)
HARGA : RM3.90
MARKAH DI BERI : 9/10
 
 selesai makan tu.. hah! apalagi mintak ler segelas air masak suam.. untuk hilangkan muak.. FREE kot hehe... entah terlupa nak cek....:):)

 LEPAS KEKENYANGAN... TIDO!!!
DAH KENAPA!!! TEBIAT EKK.. TAK MO CENGGITU... BURUK PERANGAI.. DAN GAMBAR DI ATAS TU HANYA SEBAGAI RUJUKAN DAN HIASAN SAHAJA.. HAHAA.. BOLEH GITEEEWWW....:):)

bILLS PLEASE!!!! HUH! MASA NI DAK SHELLY TETIBA CAKAP PERUT DIA SAKIT EK... ewahhh.. taktik lapok! hehe.. waitress memang best! sporting dan layanan cukup istimewa..
MARKAH DI BERI 9/10.. I LIKE...:):):)
LEPAS TU BAYOR LER... apa di tunggu lagi... yer tak??? HAH! LEPAS MAKAN BARU LER BOLEH WINDOW SHOPPING DAN SHOPPING EKK... jadi bila berjalan tu slow aje.. keluar dan masuk dari satu kedai ke satu kedai... bagus untuk penghadaman!! hehe..

Okay.... kengkawan.. kalau rasa nak makan pasta.. datanglah ke sini.. memang  muai, berbaloi dan sedap.. datang dengan perut kosong kalau tak dah tentu tak terhabis ekk.. sebab portionnya banyak you... layanan best! tempat bersih... servis cepat... hidangan dan susun cara oke..:):) datang yer.. i tolong promosi sahaja tak dapat makan free pun...:):):)

PSST.. LEPAS SHOPPING TU... hampir 4 jam! haus dan perut lapar lagi.. i singgah minum petang... di mana tu????? tunggu... nanti i share dengan you all lagi yaa... tiada niat apa pun, menunjuk atau membangga diri... motto yang ku pegang selama ini.... SHARING IS CARING..:):):) HAVE A NICE DAY KENGKAWAN!!!...:):):)

  • BAYARAN DI ATAS TIDAK TERMASUK...
  • 10% SERVICE CHARGE
  • 5% GOVT TAX
  • so jangan terkejut bila bill sampai yaa...:):):)
Shahriah Abdullah mencatatkan sesuatu...... BERSAMBUNG.........................

Monday, March 7, 2011

BEST MAKAN SAKAN GURLS DAY OUT ~ SDS CAFETARIA

SDS CAFETERIA

SDS
is established since 1987. Just like all other cake shop at that time, SDS started business in a small shop in Masai, with her production right behind the small shop house. With not more than 5 workers at that time, varieties of cakes and breads were limited to less than 50.
SDS today is well known for her freshly baked breads, creatively designed cakes and cafeterias with more than 100 varieties of dishes.
In 1995, so as to further expand her business, SDS invested more than 5 millions dollars in setting up a centralized factory. Till 2009, this factory has undergo multiple upgrading and it serves as a centralized production for over 20 outlets, with her current manpower of more than 300.
In years to come, SDS main objectives is to continue offering wide range of products which cater the everyday needs of her customer.

BEST MAKAN SAKAN GURLS DAY OUT ~ SDS CAFETERIA ~ WITH PRINCESS NELLYSHA
Wahh.. dah lama tak up date blogs BEST MAKAN SAKAN ekkk.. terlalu busy.. tak sempat nak masukkan gambar dalam blogs.. ikutkan tak sempat jugak ni.. tapi masukkan ler jugak ekk.. AL-KISAH... bersama my beloved Princess Nellysha tu.. weekends lepas ekk.. cuaca masa tu panas terik... duduk di rumah tak ada kerja nak buat.. kalau ada pun buat-buat tak ada hehee.. boleh gitewww.. kata weekends yer tak? mengajak gengs yang lelain tu semuanya malas nak keluar dengan alasan panas! eleehh.. masa panas ni ler cari cendol yer tak??? ini tak dok ler memerap kat umah.. so i mengajak ler dak kerempeng buah hati i tu berjalan. Berdua-duaan lagi You! ala-ala Gurls day OUT! ler cenggitu kengkononnya... asalnya nak menghirup cendol celah lorong ekk.. ehhh.. bila dah sampai dak kerempeng cakap cenggini.. "PANAS LER MOMMA! CARI TEMPAT ADA AIR COND LAH!" emboihh..... so plan bertukar ekk.. tahu tak, momma dia paling malas nak drive banyak pulak ordernya yer tak... pergi ler jugak ekk.. pusing-pusing tak de parking.... yang ada parking cuma di SDS sahaja.. so masuk ler ke SDS Cafetaria tu ekk... janji ada air-cond... (menyesal jugak keluar tengahari panas mencetang tu ekk...)
Wahh! ini memang ler kesukaan dak kerempeng tu ekk.. membaca menu! i apa kisah..masa tu dok ler snap gambar dan kelaku dia tu ekk.. guna HP jerk.. kang bawak DSLR kena halau plak! hehe.... pastukan...
sini HALAL tak momma???? ewahhh.. apa ingat momma dia ni tak peka ke pat-pat halal dan haram.. halal nak.. aiii.... wah! tu dalam plestik tu... dah dikunyahnya dougnut naik 3 plestik baru menanya halal ke tak ekk!!! pastukan.....
"Yang ni best Ma.." pastu... "Yang ni pun best Maa..." wah! dak kerempeng ni kalau bab mengoder memang tak boleh harap! bab membaca menu suruh ler dia! kalau boleh nak di bacanya dari muka depan sampai muka belakang tu! akhirnya.... dak kerempeng mengoder juga oke.. i biarkan dia orderkan untuk i sekali... bagi dia peluang membuat pilihan cewahh..:):)

CAKE OF THE MONTH....  yang ni i pilih sendiri sementara menunggu dak kerempeng tu baca menu! bukan buat order oke!  nama cake tu... CAKE COCOA MOUSSE... waduh! i tell you memang sedap giler! ada walnut... ada caramel... ada chocolate mousse... almond pun ada.. memang best! sempat lagi kalau you all nak try ekk.. 
HARGA : RM3.90 (SEKEPING)
MARKAH DI BERI : 9/10
i ni jenis pemberi markah yang jujur... trust me..:)
perghhhh... setelah hampir 20 minit baru dak kerempeng ni selesai membuat pilihannya ekk.. pastu tak menyabor! asyik menanya... "Why so late???" wah! dah dia dok memilih naik kematu dak waitress tu nunggu.. ada budak waitress tu kisah???? jom! tengok apa Princess Nellysha order... pilihan 100% di tangannya oke... i tolong setteled bills aje ekk.. ekk.. :):)
Al-Kisah tentang sang air tu ekk.. wahhh!!! ni dia ler memandai mengoder.. i dah cakap.... "Nelly... Ribena Lime Soda tu masam tauu....." wahhh.. dengan confident dia cakap.. "Nellykan suka Ribena.." haah yer ler... ke dia order sebab ada payung terpacak kat atas gelas tu?????
dah ku kata! memang semata pasal PAYUNG Kerdil tu oke!!!!
HAH! amik ko dak kerempeng! menggeliat! menggeletor lidah! masam oke! haha... siap ada asam boy dan lime... tu laa.. tak nak dengor akak cakap cewahhh!!!! tetiba akak hahaaa!!!
aik????? berulamkan air masak jerk keewww??? hehee... dah tak tahan masam ler tu... rasa in lho!
HARGA  : RM5.90
MARKAH DI BERI OLEH TEKAK i : 7/10
pada i oke.. cuma dak kerempeng tu memang anti masam! hehe..:)
Wahhhh!! hengko tengok! kengkonon pilihan dia tepat naaa ler tu.. siap THUMBS UP dan mata tu terpejam terus! yer ler tu....
Gambar nasi dan ayam kari di atas tu... namanya... CURRY CHICKEN SET...
HARGA RM 6.90
MARKAH DI BERI ikut tekak i : 6/10
Ayam sebesau tidak, nasi oke sahaja.... i jamah sikit jerk.. dak kerempeng tu yang makan habis.. tu pun tak habis...

WANTAN MEE SOUP... yang ini dak kerempeng orderkan untuk i... okay laa...
HARGA : RM5.90
MARKAH DI BERI OLEH I SEBAB I YANG MAKAN : 6/10
isi tidak berapa banyak, mee sahaja banyak... terlalu banyak kuah.... kalau anda sedang lapar boleh order ni ekk.. sebab mee banyak makan berdua pun tak habis.. mungkin rasanya biasa sahaja..:):)

Rasanya itu sahaja kot... tak der lagi... bolehlah datang ke SDS CAFETARIA yang berdekatan di tempat anda.. servis boleh tahan, tempat bersih.. toilet pun oke jerk.. selesa dan ber air-cond..:):) harga amat berpatutan kerana setiap portions tu boleh share berdua kot hehee.. itu sahaja untuk kali ini.. ada lagi tempat BEST MAKAN SAKAN yang menarik i nak share dengan you all.. tungguuu..........
ALL THE BEST TO YOU ALL YA! ...:):):)

TATA!!!

shahriah abdullah mencatat sesuatu................... bersambung......