TEKAN 'SIGN IN' NANTI KITA CUTI SAMA-SAMA EKK...

Friday, May 11, 2012

Kuih Keria Haji Jalil Limbongan Melaka


Assalammualaikum... apa khabar semua.. wahh dah lama tak update blogs cuti-cuti i ni ekk.. kalau nak ikutkan tiap minggu ada sahaja tempat baru yang kulawati... cuma nak masukkan N3 tu aje yang tak berkesempatan..

Maklumlah i ni kalau nak masukkan N3 kat blogs cuti-cuti i ni semestinya nak kena buh gambar banyak-banyak naa..
kata nak berkongsi info... tak pulak reti nak bubuh gambar 2-3 keping.. so hari ni i beri laluan dulu pada N3 yang ini yaa..
dah nak masuk 2 bulan hahahaahaa.. baru ku masukkan KUIH KERIA HAJI JALIL NI EKK..
tak pe.. janji kongsi jugak info kat you all...
meh kita kenal dulu.. di mana dan siapa dia gerangan Tuan Empunya kuih keria yang sedap sangat tuh!


Inilah dia rupa gerai tepi jalan...
KUIH KERIA HJ. JALIL LIMBONGAN..

buka dari pukul 2-6 petang! lambat habis!
tutup hari Jumaat

No telefon...


Okay untuk alamat.. silalah telefon yaa.. betul-betul tepi jalan.. berhadapan dengan tepi pantai.. wahhHHH...



Inilah dia Taukeh Haji Jalil The Founder Of Kuih Keria yang cukup terkenal di Melaka dan Serata Malaysia.. selalu masuk suratkhabar dan tv hokey!
Hi! Haji Jalil! hehehhe...

Kata beliau.. perniagaan ini telah dia jalankan sejak berpuluh tahun dahulu.. dia lah yang jadi tukang goreng dan isteri Hj tu laa yang tukang gentel kuih keria... nak tahu berapa Kilo sehari keledek yang digunakan???

kalau tak silap i..

40KG KELEDEK SEHARI!!!!
UNTUK BUAT KUIH KERIA YANG CUKUP SEDAP GILER!!

tidak termasuk, ubi, pisang goreng dan lelain lagi.. Syukur Alhamdulillah.. murah rezeki Haji Jalil sekeluarga.. aminn...:))

Jom! kita tinjau apa yang ada!!


huahh... basikal siapakah ini?? tidak mungkin i punya! hehehe... baru lagi nih! heh!


tu diaa.... melangkahkan kaki aje.. wahh.. mata terus terjojol!!!
memacam ada... keropok lekor ada.. keria dah tentulah TRADEMARK kan.. getok ubi.. pisang goreng dan.. wahh memacamlah! kecurr aje masa ni tau...
dan kesemua yang di atas itu adalah anak dan ahli keluarga Haji Jalil...:))


getuk ubi... huaaa....


kuih bom! Tebaborr.. huaaa....hh


kecur sudah masa ni.. first time datang dan memang teruja sangat nak merasa...:)) 
KUIH KERIA HAJI JALIL


PSST NAMA Abang yang baju belang oren tu kan.. nama dia MAWI! hehehehhh
betapa prihatinnya i.. semua ku tanya hokey!


tu dia... laksa asam dalam bungkus untuk yang nak tapau... lai! lai!


i order semangkuk.. nak test... sedap ke tak Abang Mawi buat hehheehhe


order kuih keria banyak naaa...........
*bukan banyak macam gambar di atas tu yaa.. muahahahahahhaa*


kuih bom! tebabor pun i order...:))


cepat! cepat! cop! tempat!! orang ramai keluar masuk.. kami yang dari tadi datang baru nak masuk! muahahahhahahahaa..


tu dah sampai.. KUIH KERIA HAJI JALIL... BAUNYA...perghhh...
harum sangat!!! nak tahu kenapa?? dan apakah keistimewaannya???


isi keledek 80% dan tepung hanya 20%
ko bayangkan macam mana punya best!!!!!
dan yang paling best di sira dengan GULA MELAKA ASLI!!!
yOUuuUuuUUUUU.... HUAAAHHHH


TOING!! TOING!! besor hokeyyy!!!


alolooooooOOooooo mucuk brunos pun nak buat cam comet ekk... aloOOlOooooo...


wah! laksa asam sampai!!
SLURPPPPP!!!
SEDAP!!! DAN TERBAIK!!!


jom! tengok macam mana proses nak buat KUIH KERIA HAJI JALIL..
yang sedap GILER!!! tuuuUUuu


guna kawah hokey! minyak penuh....
panas dan berbahang sangat masa ni..
i snap gambar pun jauh naa...


goreng guna kayu api hokey!
bayangkan bau dan rasanya macam mana!


tu diaa.. kuih keria dah masuk dalam kawahh.. wahhh... jakon naa masa ni taw...


bila dah masak angkat, memang pakar betullah HJ Jalil tu taw..
dia boleh agak bila nak angkat.. bukan di kacaunya selalu pun...
sekali-sekala aje dia kacau...
kalau i goreng keria kat rumah 3 bijik.. ehh ku kacau sentiasa! hahahaha


yaa.. masa untuk menyira kuih keria dengan
gula melaka asli!! 
wahhhh... jakon naa masa ni taw...


tu dia.. gula melaka dah pekat...


keria dah masuk dalam air gula melaka...
sedia untuk di jual!!!! panas! panas!!
baunya masa tu perghhhhhhh


Haji Jalil masukkan dalam dulang kuih keria tu ekk..
satu-satu hokeh dia cekut guna penyepit..
sebab tak nak bergentel atau melekat antara satu sama lain.. Awww!!


sedia untuk di jual!!!
dan juga dimakan!!!
i makan banyak naaa.. dan beli bawak balik pun banyakk naa... 
bukan selalu dapat ke sini yer tak??


You alls.. jangan lupa kalau ke Melaka singgah di Gerai Kuih Keria Hj Jalil yaa...
walaupun buka dari jam 2 petang hingga 6 petang...
kekadang tu pukul 4 dah selesai!!
so apa tunggu lagi... Redah! jangan tak redah ko bedah aii..:))


sekian sahaja N3 kali ini yaa... ada banyak lagi N3 yang belum sempat ku masukkan...
banyak tempat makan dan tempat menarik yang i dah jelajah termasuklah over the sea.. cuma tak berkesempatan nak share...
nak mengedit gambar tu yang lecehhhh naa... 
so jumpa lagi..
di harap bersabar untuk N3 seterusnya yaa.. macehh...
jaga diri, senyum selalu.. muahzzz

TATA!!

Tuesday, March 13, 2012

BECA MELAKA TERBAIK!

BECA MELAKA TERBAIK!


Assalammualaikum... masa mengedit blogs ni mengejor nak share kat you all semua.. maklumlahkan... sekarang ni kan musim cuti sekolah.. so kepada sesiapa yang berkunjung ke Bandaraya bersejarah Melaka tu.. hah! tolonggGGgglahhh jangan lepaskan peluang naik beca tu yerkkk... memang terbaik i tell you! bukanlah kali pertama i ni naik beca di Melaka tu hah! boleh katakan dari anak no 1 dari kecik sampai ler mereka tu dah besor panjang akan ku heret naik atas beca tu hah! wahh sekarang ni kan semakin canggih beca di Melaka tu hah! banyak gambar yang i snap tapi sebahagian sahaja yang i share kat you all.. aduhaii lecehhh lerrr.. nak mengedit gambor nak mengecikkan pixel segala aduhaii... ehhh.. dalam leceh2 tu.. berpuluh jugak gambor yang i dapat edit.. so i harap you all jangan ler termun eekkk... kata berkongsi kan kan... okay untuk info lanjut tentang negeri Melaka sila klik sini ---->>> ALL ABOUT MELAKA

*CREDIT TO GOGGLES*

oKAY sambung cerita ni ekk.. kali ni i pergi ke Melaka tak tido rumah adik.. i tido Otel.. kalau tido umah adik i tu.. alamatnya manjang ke Pasau Melaka manjang ekk.. so kali ni balik kampung ketiga i tuu.. umpama ala-ala pelacong asing naaa giteeewww.... *pengsan!*


Pasangan bahagia giteeww.. Pak Habibi dan Dak Kerempeng Nellysha.. menonong berjalan ekk.. berpimpinan tangan gitewww... dengan alasan nak ke tandas dan malas nak beratur panjang! 


Pokok yang menarik perhatian i... depan tandas *pengsan*


Peace yo! dak kerempeng Nellysha... selepas ke tandas... wajah penuh ceria dan teruja!!!


"Paaa... nak naik beca Papa!!!"
Dak kerempeng ekk... padahal awal-awal lagi apak dia dah berbunyi... "I tak nak naik beca ekk... panas!"


tu diaa... becaaa...... kreatif betullah dia orang ni kan... i ni dok ler leka snap beca2 yang ada kat situ... jangan muak udah ler ekk..*masa tu panasssSSSSSSS sangat*


tayar beca... tahu??


kreatif pak cik beca tu kan kan.....


"Hah! Timah abang balik lewat hari ni.. pelancong ramai bebenau nii.." anggauunya muahahaha... steady okeh abang beca tuu..:))


"Pelancong ramai bebanau ni Bedahh... Abang dari tadi dok atas beca!" gitewwww.... *pengsan*


Abang Beca... menanti pelancong.... *masa ni dak kerempeng Nellysha dok ler merengek nak naik beca.. Apak dia buat derkkk.. aje... pehhhh!!


nak naik beca tak dapat.. Dak kerempeng posing celah Kota A Famosa... jadi ler nak.. walaupun hentah berapa kali dah ko posing kat situ yer nak.. sabauuu yer..


meriam lama... nak tahu lebih lanjut klik ler sini yerkkk... --->> ABOUT MELAKA


Kota A Famosa....


batu yang ada di bawah meriam tu ekk...


memula tu malas nak masuk kat dalam tu ekk.. tetiba macam ada sesuatu... dak kerempeng berbunyi..
"Momma ada painting laa.."
mau tak masuk! masuk ler muahahaha...

  
memang berbakat.. melukis dan melakar hanya menggunakan sebatang pensel... wahh lama i kat situ ekk.... mau tak beli.. satu lakaran RM10.. memang berbaloi-baloi....



lantai dari batu bata... sejarah lama... untuk info silalah klik sini yaa --->>> ABOUT MELAKA



ADA pameran buku tentang sejarah Melaka yer... memang ramah warga Melaka... siap peace yo!


yang ni bukan beca... hentah apa ke nama.. molek aje Abang tu ekk.. ehhhh.... macam cerita Titanic laa.. free hands lagi youUUuu... boleh pulak ber sms hehehe...


tengah berjalan tengah panas.. tu ehhh berdedai Beca lalu ekkk.. dak kerempeng merengek lagi nak naik beca.. i oke aje.. tu pak habibi i yang tembam tu susah bebenau nak di ajak naik! takut tayar pancit ke??? muahahaaaa....



masa ni lagilah dak kerempeng rasa tercabar!!! mau taknya.. budak 3 orang dok tertenggek atas beca...dia pulak berjalan kaki tengah panas! muahahhaa.. cian dak kerempeng... tak per kita jalan lagi manalah tahu apak ko tu sejok hati kan kan.. sabau ekk...


motor korang ada speaker macam tu??? ada??? tak ada oke.. hanya beca Melaka aje yang ada.. Terbaik i tell you! pecah gegendang telinge oke... memacam lagu ada... makhluk Tuhan paling seksi punya lagu pon ada... ko ada???


jalan punya jalan.. jumpa pokok ni.. baca betul-betul apa yang tertulis kat sign board tu ekk... siapa yang naik beca mesti tak nampak pokok ni.. untuk betul dak kerempeng kan kan...


tu diaa... eee scaryyyy.... 


Muzium Islam Melaka.... cantikkan...


pintu masuk Muzium Islam Melaka...


sure pak habibi nak pujuk dak kerempeng tak payah naik beca nih!!!


sahhh!!! kalau dah menyengih cenggitu guperkan kan... tak boleh jadi ni ekk.. dah ler panas... tak bagi naik beca pulak tu...


apa lagi.. sekaki ler.... muahahahaa... panas aje Pak Habibikan.. 


Dak kerempeng memang bijak.. dapat topi... bukan penghalang untuk dia menahan pak beca okeh.... di tahannya ko.... Screeetttttt....


Penerangan penuh panjang dan leborr... dari abang beca.. umpama i pelancong asingg gitewwkan.. *pak habibi senyum kelat naaa...*** 


memula i snap gambar tempat duduk beca tuuu.. pastuuu.. 


pastu i snap gambar dalam beca tu.. *bahagian dalam depan*


pastuu.. i suruh dak kerempeng dok atas beca tu.. dengan alasan nak bergambauu ajeee.... ajeee....


pastuuu... kami bertiga bertenggek okeh!!!! *pengsan*
psstt patutlah Pak habibi i tu tak nak naik beca.. sendat naaa kooooooo!!!!! haishhh.... patutlah muahahahhaa.. dan dak kerempeng kekal duduk kat situ ekk.. ala-ala pelancong asing giteewww.. aduyaii pon!!


puas ko dak kerempeng Nellysha duduk kat bahagian depan atas besi... "Sakit tak?" "Takk pon... best!" giteewww sebab nak sangat naik beca kan kan.. malam ko menggerang sakit punggung siap ekk... *pitam*


sampai aje sini....


"Payung dik.. panas sekarang ni..." ehhh dak kerempeng nyambut aje.. apak dia snap gambor jauhhhh naaa.......


"Dik terompah dik... cantik dik" wahhh... promosi besar besaran nih!!!


terompah!!!! cermin mata hitam!!! dalam beg plastik tu.. ada ayam plastik yang kalau ko picit bunyinya memang menaikkan darah!!! aduyaiiii....... gasak!


kengkonon... panas! nak berkipas... tak dapat jek! pak habibi buat dek aje.. cett..


 pastu sambung lagi naik beca.. abang beca ni memang best lah.. mana tempat yang dia lalu tu dia terangkan itu apa ini apa... i yang dah berpuluh kali ke situ.. dok syiok mendengarnya... siap berhenti dan yang best tu siap tolong ambilkan gambar kami bertiga... terima kasih abang beca...:)))) kan dah kata beca Melaka terbaik!!!


abang beca tu cakap... ini ler pokok Melaka.. wahh!! selama berpuluh tahun.. baru  hari tu i tahu... tak sia-sia naik beca Melaka.. terbaik!!!


jangan ber SMS ketika mengayuh beca... duduk atas beca tak ape oke...:)))

pernah tengok Hang Tuah dan Hang Jebat???


Aduhaiii memacam ada kat melaka yerkk.. tak larat dah... okaylah... nak share ler sedikit info untuk you all yang baru nak ke Melaka atau yang sering ke Melaka tu yerk... naiklah beca melaka.. memang terbaik! pengayuh beca di situ sangat peramah dan akan cerita pada you all serba sedikit sejarah Melaka... harga untuk satu beca... RM15 hingga RM25 dan ada juga sehingga RM80 bergantung kepada destinasi dan lokasi yang ingin anda lawati..... i sewa satu beca tu RM25.... i bagi xtra RM5 sebab abang beca tu peramah melayan dan sanggup menanti kami memborong terompah, kaca mata hitam, kipas, topi dan memacam lagi... macam ler tak ke sana lagik! padahal kekadang tu.. sebulan naik 2-3 kali.. ingat setiap kali ke sana... tetap tak akan sama.... dah tu jerk.. nanti i share lagi yaa....


Last but not least.. penat abang beca tu mengayuh.. menanti kita di tepi tuu.. apasalahnya sekali-sekala kita duduk pulak atas beca tu.. tak ler abang beca tu boring dok ber sms yerr... BECA MELAKA TERBAIK!!!!


TATA!!!!