TEKAN 'SIGN IN' NANTI KITA CUTI SAMA-SAMA EKK...

Thursday, July 19, 2012

Mr Teppanyaki City Square Johor Baharu



Assalammualaikum, :) Kali ini i nak bawak you all semua makan hidangan Jepun tanpa memerlukan visa dan juga tambang pergi balik naik belon :D

MR. TEPPANYAKI

terletak di Aras 3 Food Court City Square Johor Baharu

Buka 10 pagi ~ 10 Malam

*apa yang anda perlu sediakan ialah wang secukupnya* :D


Dah namanya pun food court dah tentulah tempatnya terbuka ya, tak. Agak luas dan selesa. Anda boleh memilih tempat duduk di hadapan tempat Mr Tepan tu memasak secara open konsep atau duduklah merata-rata di sekitar kawasan dan tiada sesiapa yang akan saman anda semua. Best betul :))


ini antara menu enak yang di sediakan di situ...


Sentiasa ada tawaran pakej yang murah dan berbaloi-baloi... pilih sahaja pekej apa yang you all suka :D


Dan i telah memilih  Australian Venison Set
daging rusa.. wahhh dari Australia lagi you.. tak perlu ke Australia kat JB dah ada..:))


ini bukan kali pertama i ke sini dah banyak kali termasuk juga di KL. 
kalau ternampak signboard Teppanyaki confirm tak jengah resto lain dah.. nak tahu kenapa?
Sebab i suka tengok Mr Tepan tu membuat demo masakan secara live! :))


Ya, ini daging rusa yang i pesan tu.. waduhh merah kelernya... masa ni i dok leka melihat Mr Tepan tu menunjukkan skill memasaknya depan i.. bau mentega, bau bawang putih dan i banyak kali bersin sebab serbuk lada sulah masuk celah hidung! :))


tu dia hampir selesai..
pantas aje ngko dia memasak atas kuali khas yang leper tu.. panas okeh! :))


dah siap!
bukannya bertumis bagai.. laju je.. cempak! cempak! dah siapppp :D


tu dia... dah siap set yang i pesan tu.. tak sampai 10 minit dah terhidang..
siap ada iringan taugeh goreng siap berekor! muahahahaa... :))



set yang i pesan ni siap ada nasi sekali ya...


dan juga sos pencicah... sedappp


siap ada miso sup.. sedap... masam-masam gitewww...


Yang ini Anak-anak i pesan.. ayam..


di hirisnya ayam tu dengan dua pisau sekaligus!
ko boleh?
i tak boleh :))


tolak sana.. tolak sini.. pantas dan cekap!


siap tabur serbuk lada sulah pastu botol tu dia lambung! lambung!
mana ler i tak bersin! :))


Ada sayur sawi pun ya.. campur dalam taugeh goreng tu... rendah dia simple aje bawang putih garing dahhhhh... sedap ngko aii... apasal masak kat rumah tak sesedap tu?
sebab berbayar kot :))


tu dia.. taugeh siap di goreng...:)


dah siappppp... dalam 10 minit semua dah boleh ngap!


menu-menu lain yang ada.. nasi goreng dia pun sedap... :)


Telur dadar dia punyalah tipis.. suka betullah.. berseni... :D


ada anak orang melayu tak suka makan makanan Jepun...


Nelly makan nasi campur :))


dia dah selesai makan.. kami tak selesai lagi.. sebab dok makan dan order lagi hehehehe...
dah tak tentu arah dah tu.. kami semua buat derk jerk..
tunggu kami semua selesai makan bukan selalu dapat ke Jepun..
kwang.. kwang.. :))


MR. TEPPANYAKI

Memang sedap hidangannya.. tidak semua Teppanyaki yang sedap.. dan i pernah cuba beberapa tempat ini adalah salah satu yang sedap cara dan hidangannya...

kalau nak cuba dan teringin bolehlah datang sini yaa.. atau pun tempat yang berhampiran kerana MR. TEPPANYAKI ni ada di mana-mana sahaja sekarang ni.. :)

Pstt... jangan lupa cuba daging rusa tu tau.. memang terbaik!
lembut dan sangat enak!

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
BERSEDIA SOALAN KE~8???
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:



:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Sekian sahaja N3 kali ini.... 

Assalammualaikum... :)

TATA!!



Tuesday, July 17, 2012

Sup Sitam BP Walk, Terbaik!!!


Assalammualaikum, :)

Wahhh lama dah tak update blogs cuti-cuti i ni, macam biasa alasan yang bakal ku taip sebab leceh nak edit gambar dan kena masukkan gambar bebanyak ya gitewww :))

Kali ni i nak bawak you makan sakan di SUP SITAM BP WALK atau nama penuhnya BATU PAHAT WALK... bermakna di Bandar Batu Pahat, Johor. Tahukan Batu Pahat kat mana? tak tahu sila cari di Googles :D


Gerai Sup Sitam ni terletak betul-betul di hadapan Bank HSBC macam gambar di atas tu.. so mudah kalau you all nak cari. Buka pada jam 6 petang sehingga 12 malam sahaja. Cuti hari AHAD! wahh lain kan hari cuti Sup SItam tu... ahad ngko aii.. mujur i singgah hari Sabtu :))

Landmark lain yang senang you all nak cari.. Gerai Sup Sitam bertentangan dengan Pejabat Pos Batu Pahat haa... sama jugak macam gambar di atas tu.. tutup ya pejabat pos tu sebab dah malam :D


Ini dia taukeh atau founder Sup Sitam Haji Sitam nama penuh lupa nak tanya. Jangan memain.. jelingan maut tu hokey! hensem kan? 

Haji Sitam ni dah ler hansem :D peramah dan kelakar.. memacam yang i tanya. dia jawab.. i like! perniagaan selama lebih 20 tahun bermula dari bawah dan sekarang ni.. sebut aje Sup Sitam semua orang dah tahu.. i baru tahu hari yang i pergi tu sebab ternampak Haji SItam tu ler :))


Bersusun periuk sup tu yaa.. bermacam jenis sup ada.. sebut aje apa you all nak Insya~ALLAH ada! kalau tak de bermakna dah selesai :D dan katanya jualannya cepat habis dan selalu gerai tutup awal... high-5! sikit Haji! ;)



Tiap-tiap jenis daging, tulang daging dan bla.. bla biasanya memerlukan lebih 20KG sehari! perghhhh hebat!


pekerja Hj Sitam sedang membuat kerja... sibuk okey! tapi memang best! semuanya peramah dan sopan macam boss mereka jugak! cayalah!


Boss buat kerja laju aje.. pantas dan cekap! hah! tu sup yang kami pesan tu.. masa ni dah kecur tak sudah.. bau sup tu.. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh nak tahu kena ler cuba :D

Wahhh... order cepat je sampai! macam ni ler yang best! servis baik punyer!


tengok roti dalam mangkuk tu bukan sikit okeh.. banyak tu.. sila kosongkan perut anda sebelum ke sini :D


Sup gear box! terbaik.. kuah pekat dan banyak yaa.... serius memang sedap!!!!


Sup campur... ini i punya.. memang meleTOP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :D


memula hirup dulu kuah guna sudu... ya giteww.. lepas tu ambil sekeping roti cecah dalam sup tu... ya giteww jugak... pastu cekuh aje guna tangan untuk hongges tulang gear box tu yaa.. hilang serta-merta kesopanan dan kesusilaan... ya gitewwww :D


Nellysha cakap best! maknanya best sangat ler tu :D sebab dia bukan peminat sup :)

Kepada semua kengkawan yang teringin nak makan sup Sitam yang sedap tu jangan lupa singgah sini yaa.. :))

Sekian N3 kali ini..

Kepada yang belum join kuiz tu masih belum terlambat... banyak hadiah yang di tawarkan malah lebih dari 30 hadiah hebat yang bakal di miliki oleh anda semua.. Insya~ALLAH..


Adakah soalan KEEMPAT bakal di keluarkan di sini?? :D :D :D manalah tahu yer tak? tak pe cari dulu dan kumpul 3 soalan yang telah dikumpulkan sebelum ini.. sekian terima kasih..

Jumpa lagi... Assalammualaikum :)

TATA!!


Monday, July 16, 2012

Pertandingan Kuiz Bakal Bermula Tidak Lama Lagi! Apa Yang Perlu Anda Lakukan? Mudah Sahaja!



Assalammualaikum, 

Memandangkan semakin ramai yang menjadi rakan di dapur maya i ini, kian hari kian bertambah dan jumlah kunjungan juga di luar jangkaan.. dalam tempoh yang singkat semenjak i reti Berblogs dan berjalan ke rumah kawan-kawan blogger.. Syukur Alhamdulillah kian hari kian akrab hubungan yang terjalin di alam maya ini. Walaupun tidak pernah bersua muka namun keakraban antara kita semakin erat terjalin. Terima kasih semua... 

Dengan itu i berbesar hati ingin membuat kuiz mudah khas buat semua dan sesiapa sahaja dan tiada yang terkecuali. Ada hadiah menarik menanti anda semua.. tentang hadiah dalam tempoh terdekat akan i paparkan. Sekarang apa yang perlu anda lakukan mudah sahaja. Sila baca arahan di bawah itu, setelah anda penuhi semua syarat, tunggu arahan seterusnya dalam tempoh yang terdekat. 

Soalan kuiz akan di keluarkan secara berperingkat dan soalan kuiz tidak terhad di blogs masakan, tetapi juga di lain-lain blogs i yang lain tu. Jadi you all nak kena peka dan follow setiap masa dan cari soalan kuiz itu di blogs yang bakal ku paparkan sebentar lagi.

Dengan Motto  :

 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew' :-D

*juga perlu anda taip setiap kali anda join kuiz ini, motto di atas tu ya :-D*

:
:
:
:

Pertandingan Kuiz Bakal Bermula Tidak Lama Lagi! Apa Yang Perlu Anda Lakukan? Mudah Sahaja!
:
:
:
:

Langkah pertama :

  1. Sila tags gambar di bawah ini setiap kali anda semua ingin turut serta di dalam pertandingan kuiz ini. 
  2. Setelah itu tampalkan di setiap N3 yang anda buat dengan tujuan memanjangkan silaturahim dan lebih ramai lagi yang turut serta dan penyumbang trafik paling banyak adalah kiraan pemenang paling UTAMA.
  3. Dan buatlah apa jua cerita yang anda rasakan perlu :-D
  4. Dan jangan lupa taip : 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew :-D'


:
:
:
::
:
::
Langkah Kedua :

  1. Join atau tanda 'LIKE' di Fan Page Shahriah Abdullah klik sini >> http://www.facebook.com/pages/Shahriah-Abdullah-Masterchef-Malaysia/250614934995434
:
:
:
:
:
:
:
:
Langkah Ketiga :

Join kelima-lima blogs Shahriah Abdullah iaitu :

Langkah Keempat :

  1. Link kan kelima-lima blogs itu di tepi blogs anda semua.
:
:
:
:
:
:
Langkah Kelima :

  1. Sentiasa follow tiap N3 yang bakal ku kongsikan di dalam kelima-lima blogs yang ada. *bergantung kepada blogs yang aktif di masukkan N3*
  2. Setelah itu kumpulkan soalan kuiz sehingga di beritahu.

Okay rasanya setakat ini itu sahaja, mudah sahajakan.. apa yang perlu anda lakukan hanya ikut DAHULU 5 Langkah yang di atas.

Soalan kuiz Insya~ALLAH bakal ku kongsikan tidak lama lagi. Jadi jangan terlepas pandang.. kerana hadiah yang bakal ku hadiahkan ada lebih 30 HADIAH MISTERI*setakat ini* kelak akan di paparkan :-D

Tarikh tutup... RAHSIA :-D

Yang mana tak faham tu bolehlah turunkan sebarang pertanyaan di sini yaa.. 

Sekian terima kasih..



Gambar masakan di atas ini bakal ku kongsikan di lain N3, harap bersabar :-D


 Assalammualaikum 

TATA!!