TEKAN 'SIGN IN' NANTI KITA CUTI SAMA-SAMA EKK...

Thursday, January 10, 2013

Matahari Terbenam Di Sungai Sarawak


Assalammualaikum... dan selamat sejahtera buat semua.. selamat tahun baru! 2013..
dan N3 ini adalah N3 bercuti@bekerja pada tahun 2012..

baru sekarang berkesempatan nak share.. :D

Dan masih di bawah label Kuching Sarawak.. hadoii berapa lama lagi nak habis masukkan N3 Sarawak ni ekk? ikutkan masih ada 5-6 buah tempat menarik yang i belum keluarkan...

satu hal pulak.. i ni kalau nak masukkan N3 blogs cuti-cuti ni wajib ada banyak gambar.. tujuan utama untuk simpanan dan kenangan i sendiri..
dan selebihnya untuk di kongsi kepada teman-teman yang teringin nak ke Sarawak.

Walaupun tidaklah detailed sangat... janji gambar banyak dan you all dapat merasakan sendiri nanti bila tiba ke sana :D


Okay, yang bestnya di Kuching Sarawak ni kan.. di mana sahaja anda pergi... ada sahaja sign board yang akan membawa anda ke satu-satu destinasi.. kiranya tak perlu bertanya pada orang tepi jalan..

dah lah kawasannya bersih dan tenang... selesa sangat sepanjang berada di sana.. orang lain i tak tahulah kan.. itu penglaman i sepanjang berada di sana.. :)

Jika anda teringin nak menyelusuri Sungai Sarawak.. pergi sahaja ke Kuching Water Front City.. di sana tu nanti.. terdapat beberapa pondok khas.. atau kiranya macam mini jetilah yaa... ada orang yang akan berdiri di situ.. so nak sewa bot ke.. perahu tambang ke..tanya sahaja di situ...

harga pun murah... setiap perjalanan ada waktu yang telah di tetapkan.. kalau terlepas kenalah tunggu untuk turn anda.. :)


Tu dia.. dengan tangan tersangkut kat situ.. kiranya dah bersedia nak berlayar ler tu hehee..

i masih ingat masa tu i baru sahaja selesai bertugas di Kuching.. terus balik ke bilik hotel, tukar beg, tukar kasut dan terus menonong ke sini..

dengan motto... tak sabor-sabor nak naik bot :D


Peace Yaw! :D
bukan i sorang aje dalam bot tu yaa..
ada lagi penumpang yang lain..
satu keluarga yang cukup peramah.. dari KL bercuti..
pastu kami dok ler berbual sepanjang berada dalam bot tu..
kiranya bot tu macam kami yang punyalah! di pendekkan cerita :D


Phewwitt... sebenarnya nak buat aksi... Titanic..

You Jump! i Jump!

baru nak berdiri aje..bot tu dah bergoyang.. maka jadilah yaa..

I sit you snap photo ya Pak Habibi :D


Okay rasanya tak ada apa yang perlu i ceritakan.. 
dah namanya sungai...
masa duk atas bot ni pun i senyap je..
benar-benar menikmati keindahan semula jadi..
selalunya tak macam tu.. :D


Okay masa untuk melihat gambar-gambar..

selamat menjamu mata.. ;)







TATA!!! :D

 masa ni i TATA kat dia orang tu tau..
dan TATA i di balas you! Awwww!! :D



i TATA jugak kat pak cik tu.. tapi tak cakap apa.. apa..
tu yang agaknya Pak Cik tu macam confused..

mesti dalam hati dia cakap cam ni..

"Aku kenal dia ke??"

muahahahaaaa :))













Dan senja pun muncul...

masa ni.. kami di dalam bot semakin sepi..

dalam hati i sebut....

Subhannallah! Subhanallah!!!






Dan tiba-tiba...

ada sesuatu yang menarik perhatian i.....
masa tu tiada seorang pun yang perasan tau...
i sorang je.. cuba perhatikan betul-betul gambar di bawah tu.. 


 agak-agak bentuk apa??



yaaaa...betul tu..
bentuk kepala buaya sedang berdiri tegak...
perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

masa ni i tak duduk menyenget ala-ala santai lagi dah masa ni..

duk tegak.. tengah sikit... :))



 siapa yang pernah ke BAKO National Park mesti dah pernah tengok gambar macam di atas tu kan.. mengikut kisah Pak Cik yang bawa bot tu.. dia cakap asalnya ianya hanya sebuah bukit,
dan bukit itu telah di hakis dan terbentuklah bukit/batu yang menyerupai bentuk kepala buaya...
*cerita ini dikisahkan oleh pemandu bot, dan bukan i yang memandai menokok tambah yaa** :)


 Pengalaman yang tidak mungkin akan i lupakan sampai bila-bila :)


di kala ini jam baru 6:25 Azan Maghrib sayup-sayup kedengaran..
enjin bot semakin laju membelah senja...
hati sayu meninggalkan Sungai Sarawak yang cukup indah.. ciptaan Yang MAHA ESA..


Selamat tiba...
selesai sudah..
hanya kenangan terindah yang masih utuh dihati ini
cecewahhh tetiba keluar ayat novel.. :)


Selesai Maghrib...

Isi perut... yang lapar di lambung arus sungai :D

Dan yang bestnya di Sarawak ni kan..

di mana-mana anda berhenti... di situ pasti ada kedai makan!

dan yang best dan pastinya tidak kira jam berapa perut berbunyi.. 2am? 4am? ada aje kedai yang menyediakan hidangan yang enak-enak dengan harga yang berpatutan..

I Love Sarawak!

Sekian dulu.. sambung nanti Kisah Sarawak.. rasanya kita sambung kisah lain ler pulak yaa.. bagi laluan destinasi percutian yang lain.. ;)

Assalammualaikum..

TATA!! 

Monday, December 10, 2012

Kuching Sarawak ~ Waterfront City Night View



Assalammualaikum... dan selamat sejahtera..
Terima kasih buat semua teman-teman yang sudi berkunjung di blogs cuti-cuti i yang satu ini.. hanya sekadar mengabadikan kenangan untuk rujukan bila dah tua-tua nanti... ada jugak gambar berjalan berdua dengan Pak Habibi i tu.. di bawah remang-remang cahaya neon... sungai Sarawak yang luas terbentang mengalir lesu... sambil-sambil tu tetap ingat...

"Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya!"

itu aje yang kami berdua bayangkan bila dok bergambar celah tiang tu tau.. cuak manjang.. bila ada kayu hanyut.. wah! sama-sama dok perhati.. kayu ke buaya! :))  


Sepanjang 3 malam 4 hari di Kuching Sarawak.. 3 malam tu jugaklah kami berdua akan menyelusuri tepian Sungai Sarawak yang cukup nyaman di sapa angin sepoi-sepoi bahasa.. terasa tenang dan mata dok ler leka memerhatikan sekitar kawasan yang cukup bersih dan aman... langsung tiada rasa cuak atau ragu-ragu ketika berada di sana.. walaupun di kala itu.. malam kian pekat dan manusia kian berkurangan.. yang kedengaran hanyalah kocakan air sungai yang menyapa tubir batu yang ada di situ...cecewahhhhh.... susun ayat novel kononnya :D


i ni memang ler sukakan keindahan.. tak kiralah pemandangan apa pun.. sungai ke.. laut ke.. gunung ganang ke.. semua i suka..
yang penting.. bersih dan aman.. dahhh..
jawabnya aje memang leka ler jawabnya..
pemandangan di atas itu adalah bangunan Yayasan Sarawak... sangat cantik di simbahi cahaya lampu neon di malam hari.. siang wajahnya bertukar ngeri   :D gambar waktu siang nanti i share... menghijau di hujung sana.. segar mata memandang tau..


lorong yang tersedia untuk pejalan kaki menyelusuri sungai Sarawak....
suasana ketika itu agak riuh-rendah kerana ada ramai pengunjung yang berhimpun untuk bermain sejenis permainan yang di namakan 'Api-APi' gambar tak dapat nak share kerana kurang elok..
psstt.. i pun sama naik mencuba bermain dengan 'Api-api' dan juga sempat ku borong untuk di bawa balik :))

seronok berjalan di situ.. jalan tu perlahan-lahan bukan menonong.. walaupun 3 malam berturut-turut kami ke sana.. namun tiap hari suasana tetap berbeza... eshh.. pendek cerita memang sukalah dok berjalan kat Waterfront tu.. :D

**apasal bahasa i agak formal neh?????* :))


ada banyak boat sewa untuk membawa you all semua menyelusuri sungai Sarawak..
pilih aje nak yang mana satu..
ada banyak jeti khas untuk menyewa bot atau perahu tambang.. dengan harga yang berpatutan...


River Cruise Sarawak..

ini yang paling eksklusif...
di bandingkan dengan bot-bot yang tersedia ada.
yer ler.. dah namanya pun cruise bukan bot yaa tak? ya giteeww ;)) 
baca apa yang tertera di atas.. yaa..


tu dia.. belakang i tu ler... Sarawak River Cruise
besar..
tinggi..
dan harganya juga.. mahal di bandingkan dengan yang lain..
ya... sebab Cruise tu menawarkan pelbagai pakej.. termasuk welcome drinks :D


Surau@ bilik sembahyang pun ada... so tak perlu risau..


dan sepanjang jalan tu... ada sahaja gerai yang menjual pelbagai jenis minuman dan makanan ringan..
harga macam biasa.. tidak terlalu mahal..
serius i cakap yaa..
di Sarawak memang murah... 


dan i terjumpa kerepek ubi yang sedap giler ni kat salah satu kiosk yang ada di situ!!
terus ler beli sepeket dan buka dan kunyah juga di situ! :D
sedap!
esoknya i beli lagi :))
bukan tu je.. ada macam2 lagi jenis kerepek yang di hasilkan oleh penduduk kampung di Sarawak.. tak ke hebat tu.. murah pulak tu!


Haus?
Lapar?
Nak minum teh tarik sambil menikmati keindahan waktu malam di Kuching Waterfront City?
usah bimbang dan risau..
ada banyakkkk kedai makan dan minum..
semuanya best! best!
harga juga lebih kurang sama macam di Semenanjung.. so tu ler pasal i tak terkejut sangat.. :)


Bukan itu sahaja... di sepanjang jalan itu juga...
jika nasib anda baik..
ada live band!
percuma!!
wah! best betullah! :D
Nampak tak adik comel tu?
yaa... sekeluarga tu yaa.. Ayah dan abang-abangnya turun padang sekali.. dan adik tu yang jadi penyanyinya..
suara cute! masa i lalu kat situ.. adik comey tu tengah nyanyi lagu Najwa Latif... Kosong! Kosong! Kosong!
i pun nyanyi sama tau.. **dalam hati :D**
ramai yang duduk kat tembok.. betul-betul berhadapan tempat adik tu menyanyi...
silalah hulurkan *imbuhan seikhlas hati* punyalah susah payah adik tu menyanyi.. key tinggi okeh! ko ada :D      


3 malam berturut-turut.. ke situ..
rasanya tiap gerai yang menjual apa perabah makanan semuanya ku terai! muahahahaa :))
Pak Habibi kalau baru couple dengan i sure give-up! 
awek dia dok membaham segala apa yang ada depan mate! :))

elehh... setakat eskrem.... ;)


ikutkan hati nak beli dua.. dan kedua-dua eskrem tu i yang punya!

tak sampai hati.. datang berdua.. jadi bagilah sorang secalong!

muahahahaa :))

Slurppp ahh.. makan eskrem sambil jalan-jalan cuci mata kat tepian Sungai Sarawak..
best ke sha??

Best ke???

mau taknya..
romantis gitu.. awwwww :D


Beli je eskrem..

WOooShHHhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

hambik ko!!
 
hujan pun turun dengan lebatnya.. ini gambar masa pertama kali kami ke situ.. hari yang berikutnya langsung tak ada setiti hujan pun.. :))

terus lari bawah tempat berteduh yang di sediakan.. ada banyak yang di sediakan di situ.. ala-ala pondok..

so macam anak ayam kami tumpang berteduh bawah pondok tu..

sambil makan eskrem???

Yaa.. laaa... muahaahhaaaa :D


hujan lebat sangat..

best betul masa ni..

memacam yang i menungkan..

termasuklah.. sambil dok jeling air sungai tu...

"Ada tak buaya ekk??"

:))


pemandangan dari pondok tempat i berteduh...
hujan lebat.. dan angin kencang..

masa ni i tak berapa sejuk sebab.. pakai sweater...

eskrem pun dah habis masa ni :D



hujan..... nyaman.........

tapi sayangnya.. ada orang senyum senget laa....
nak tahu kenapa???


Pondok tempat i berteduh tu laaa.......
ada jual souvinir!

muahahaha.a.. Pak Habibi senyum kelat..

i???

tak perlu kata apa-apa.... :D



hasil borongan..

i pilih...

Pak Habibi bayor :D


Malam kian larut.. sebaik sahaja.. i selesai memborong key chain dan beberapa jeni lagi souvinir..

Pak Habibi terus tahan teksi..

Alaaa........................................... apasal cepat naaa balik????????

terus ler naik teksi... menuju terus ke hotel.. sebab masa tu dah jam.. 11:45 malam..

langsung tak terasa ada di situ.. cepat benar masa berlalu...

**mungkin leka sebab dok pilih souvinir tu kot?? miowwwwwww** :D


Hujan-hujan...
Lapo....

makan roti canai.. teh tarik!!!

waduhh... terbaik!! nyaman... betullah..

kenangan yang tidak i dapat lupakan sepanjang berada di Kuching Sarawak :)


lepak di lobby hotel..
sembang dengan Pak Guard..

boleh???

dengan i segalanya mungkin ;)


Sekian dulu.. tunggu next N3...

Menyelusuri Sungai Sarawak dengan Sarawak River Boat.. dan bukan Cruise :D

hanya sekadar berkongsi dan tidak lebih dari itu..

Assalammualaikum...

TATA!!