Tuesday, November 23, 2010

HeRBs aND sPIcES pARADiSe


Herbs And Spices Paradise ~ Nasuha Herbs At Muar
Terletak kira-kira 2KM dari tol Pagoh. Mudah ada nak cari ekk.. 'THE KEY WORDS'.. jangan segan bertanya, jika tak nak tersesat jalan hehee.. sebab kami sesatlah juga. Akhirnya ketemu juga 'HERBS AND SPICES PARADISE~NASUHA HERBS~ Apa yang menarik di situ??? Shasha sukakan... Pemandangan yang cukup indah, semulajadi dan sejuk mata memandang. Udara yang segar dan nyaman macam berada di tengah-tengah hutan ekk... Apa yang ada di situ? Okay, ada 'RESTORAN HERBAL'.... mesti cuba 'NASI BRIYANI HERBA' memang enak dengan harga RM15 satu pinggan besar... boleh kongsi 2 orang ekk, Air herba yang bermacam-macam jenis mengikut kategori. Contohnya jika kita selalu sengal kaki, ada air herba yang dibancuh khas ekk... Ada 'MUSEUM HERBAL DAN SPIECES'... boleh beli apa jua jenis herba dan spices ekk... dengan harga yang berpatutan, bahan-bahan yang asli dan segar. Cara susun atur dan hiasan di dalam Museum tu pun menarik dan cantik. Terpakulah mata memandang... dan yang bestnya... rekaan dalaman itu hasil kreativiti Tuan punya 'NASUHA HERBS' keless gitu. Bila dah kenyang, dah membeli-belah buah tangan tu, bolehlah bersiar-siar pulak ekk... jalan kaki ke? Uish.. taklah... jangan takut.. Ada 'TRAM' boleh naik ekk....dengan bayaran RM10 seorang. Pusing-pusing sekitar kawasan lebih kurang 45minit kita di bawa bersiar naik 'TRAM' tu ekk. Di NASUHA HERBS... keadaannya berbukit-bukau... memang adventure bila duduk atas 'TRAM' tu... ada pulak tourist guide, memang syoklah. Tiba di atas puncak bukit 'NASUHA HERBS' pemandangan yang terbentang di hadapan mata perghhh.. SUbhannallah... memang cantik. Ada 'LOGS CABIN'... rumah yang di perbuat dari kayu ekk... boleh menginap dengan kadar bayaran yang perghhh... boleh tahan mahalnya. Ada 'KILANG' dimana rempah ratus di proses di situ. Ada berbagai jenis tumbuhan dari jenis herba, seperti kayu manis, cengkih dan macam-macam lagi. So Shasha sarankan kepada sesiapa yang sukakan kehijauan dan juga nak tahu macam mana rupa pokok rempah ratus yang selalu kita gunakan untuk memasak tu, datang ler ke 'NASUHA HERBS'... memang Adventure memang puas hati... selamat meninjau ekk....
<---Di dalam 'Museum Herba'. Sebelah kiri tu pintu untuk masuk ke dalam 'Restoran Herba.'









Di dalam 'RESTORAN HERBA' lihat lantai tu ekk.. dari batu pabbles memang sejuk aje.. macam terapilah pulak hehee...
*Macam-macam menu ada ekk.. segalanya berasaskan Herba dan Spices. Cuak juga masa tu takut entah boleh terima ke tidak tekak kami hehee..






*Tu dia... segala macam kami pesan ekk.. 'NASI BRIYANI HERBA', 'AIR HERBA', 'SUP HERBA'...



















'AIR TEH HERBA' memang luar biasa rasanya ekk... mujurlah tak pekat.. ringan aje rasanya. Menyegarkan! must try...











'ROJAK HERBA' memang sedap! macam rasa rojak petis juga... cuma di tambah herba so rasanya herba tu tidak berapa ketara sangat ekk...





"ABC HERBA" hehehe.... pelikkan???? okay rasa ABC tu sama macam biasa, cuma agar-agar yang warna hijau tu aje yang ada rasa herba... sikit aje... dan lepas makan tu, tak pulak jadi 'HULK!' hahhaa... must try ekk


Selesai menikmati hidangan yang enak tu... bila perut dah kenyang kenalah Excersize ekk... apa kata orang... 'TURUNKAN NASI' haaa... tengok dekat 'INFORMATION COUNTER' ada di sediakan 'TRAM'... so naik ler kami 'TRAM' walaupun cuma duduk bertenggek aje ekk.. tak berlari heehee...
Tu dia... bertenggek atas 'TRAM' memang syok! ada pulak tukang cakap tu.. So Shasha yang suka bercakap tu, kali ini tukang jadi pendengar pulak ekk... hehee.. udara segar dan nyawan.. di kelilingi pohon herba yang menghijau memang best!



Sampai aje di atas puncak 'NASUHA HERBS'... haaa.. kali ini barulah Excersize... berjalan kaki kami ekk.. meninjau sekitar puncak yang cantik dan nyaman udaranya... macam atas gunung gitu ekk.. Ada 'LOGS CABIN' cantik... di perbuat dari kayu sebatang-sebatang ekk... macam rumah 'Cottage House' gitu.. Shasha suke ekk...


Pemandangan di sekitar kawasan atas puncak 'NASUHA HERBS' memang cantik... hijauuu..... udara nyaman...... terus memasang angan-angan.. lepas ni, bila dah pencen.. nak buat rumah kat hutan! Sofa yang Shasha duduk tu... adalah keadaan di dalam 'LOGS CABIN' memang nyaman dan selesa sangat!


Ada banyak lagi gambar-gambar menarik sepanjang berada di 'NASUHA HERBS' hanya ini sahaja yang dapat di paparkan. Kalau nak tahu lebih lanjut... kenalah pergi ekk... Psstt... jangan lupa borong 'HERBS AND SPICES' yang ada di 'NASUHA HERBS AND PARADISE' EKK... TU TENGOK TU... cik Kak Nellysha borong sakan!
Ada banyak lagi tempat menarik untuk di lawati di Malaysia ni ekk... bersambung.....


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meninggalkan Jejak Anda semua.. Walaupun komen anda akan lewat sedikit berbalas.. Terima Kasih teman..:)