Tuesday, July 17, 2012

Sup Sitam BP Walk, Terbaik!!!


Assalammualaikum, :)

Wahhh lama dah tak update blogs cuti-cuti i ni, macam biasa alasan yang bakal ku taip sebab leceh nak edit gambar dan kena masukkan gambar bebanyak ya gitewww :))

Kali ni i nak bawak you makan sakan di SUP SITAM BP WALK atau nama penuhnya BATU PAHAT WALK... bermakna di Bandar Batu Pahat, Johor. Tahukan Batu Pahat kat mana? tak tahu sila cari di Googles :D


Gerai Sup Sitam ni terletak betul-betul di hadapan Bank HSBC macam gambar di atas tu.. so mudah kalau you all nak cari. Buka pada jam 6 petang sehingga 12 malam sahaja. Cuti hari AHAD! wahh lain kan hari cuti Sup SItam tu... ahad ngko aii.. mujur i singgah hari Sabtu :))

Landmark lain yang senang you all nak cari.. Gerai Sup Sitam bertentangan dengan Pejabat Pos Batu Pahat haa... sama jugak macam gambar di atas tu.. tutup ya pejabat pos tu sebab dah malam :D


Ini dia taukeh atau founder Sup Sitam Haji Sitam nama penuh lupa nak tanya. Jangan memain.. jelingan maut tu hokey! hensem kan? 

Haji Sitam ni dah ler hansem :D peramah dan kelakar.. memacam yang i tanya. dia jawab.. i like! perniagaan selama lebih 20 tahun bermula dari bawah dan sekarang ni.. sebut aje Sup Sitam semua orang dah tahu.. i baru tahu hari yang i pergi tu sebab ternampak Haji SItam tu ler :))


Bersusun periuk sup tu yaa.. bermacam jenis sup ada.. sebut aje apa you all nak Insya~ALLAH ada! kalau tak de bermakna dah selesai :D dan katanya jualannya cepat habis dan selalu gerai tutup awal... high-5! sikit Haji! ;)



Tiap-tiap jenis daging, tulang daging dan bla.. bla biasanya memerlukan lebih 20KG sehari! perghhhh hebat!


pekerja Hj Sitam sedang membuat kerja... sibuk okey! tapi memang best! semuanya peramah dan sopan macam boss mereka jugak! cayalah!


Boss buat kerja laju aje.. pantas dan cekap! hah! tu sup yang kami pesan tu.. masa ni dah kecur tak sudah.. bau sup tu.. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh nak tahu kena ler cuba :D

Wahhh... order cepat je sampai! macam ni ler yang best! servis baik punyer!


tengok roti dalam mangkuk tu bukan sikit okeh.. banyak tu.. sila kosongkan perut anda sebelum ke sini :D


Sup gear box! terbaik.. kuah pekat dan banyak yaa.... serius memang sedap!!!!


Sup campur... ini i punya.. memang meleTOP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :D


memula hirup dulu kuah guna sudu... ya giteww.. lepas tu ambil sekeping roti cecah dalam sup tu... ya giteww jugak... pastu cekuh aje guna tangan untuk hongges tulang gear box tu yaa.. hilang serta-merta kesopanan dan kesusilaan... ya gitewwww :D


Nellysha cakap best! maknanya best sangat ler tu :D sebab dia bukan peminat sup :)

Kepada semua kengkawan yang teringin nak makan sup Sitam yang sedap tu jangan lupa singgah sini yaa.. :))

Sekian N3 kali ini..

Kepada yang belum join kuiz tu masih belum terlambat... banyak hadiah yang di tawarkan malah lebih dari 30 hadiah hebat yang bakal di miliki oleh anda semua.. Insya~ALLAH..


Adakah soalan KEEMPAT bakal di keluarkan di sini?? :D :D :D manalah tahu yer tak? tak pe cari dulu dan kumpul 3 soalan yang telah dikumpulkan sebelum ini.. sekian terima kasih..

Jumpa lagi... Assalammualaikum :)

TATA!!


9 comments:

  1. Hi Sha...nampak lazat!..tapi erkss jauh...saya jarang sesangat gi BP tu :)

    ReplyDelete
  2. dah jumpa soalan kuiz keempat, banyak lagi ker kak???huhuhu

    ReplyDelete
  3. dh dpt dh jawapan utk soalan kuiz ke 4..yeay..

    ReplyDelete
  4. wah best2... =))

    http://dapurcikwan.blogspot.com/2012/07/soalan-keempat-kuiz-kak-shahriah.html

    ReplyDelete
  5. cikwan dah siap soalan 4 =)

    http://dapurcikwan.blogspot.com/2012/07/soalan-keempat-kuiz-kak-shahriah.html

    ReplyDelete
  6. waaa, best nya, ada mak macam kak sha, spotingg. bole bawa jalan 2 seyh.

    ReplyDelete
  7. AKAK..
    saya dah siapkan kuiz terkumpul 26-30...berdesup je nak siapkan..huhu.masih mencari2 jawapan lg ni...guano ni..tutup tirai jam bpa kak ?

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meninggalkan Jejak Anda semua.. Walaupun komen anda akan lewat sedikit berbalas.. Terima Kasih teman..:)