Assalammualaikum.... :)
Syukur Alhamdulillah.. akhirnya... sampai juga ke Kuching Sarawak.. Bumi Kenyalang yang cukup indah ciptaan yang Maha ESA....
Pertama kali menjejakkan kaki ke sana...
satu pengalaman yang tidak mungkin akan i lupakan... cukup menarik! dan best GILER! :D
Citarasa masing-masing.. tapi bagi i yang memang suka melancong di mana sahaja..tak kiralah tempat tu tersorok ke.. ketinggalan zaman ke.. hutan ke.. yang penting setiap kali i menjelajah.. niat tu memang ingin sangat melihat sesuatu yang baru... dengan motto..
"Jauh perjalanan.. Luas Pengalaman.."
Yaa.. kononnya giteeww... ;)
**foto secawan kopi dan sepeket cookies sambil menikmati pemandangan di awan biru...**
Pengalaman sepanjang 4 hari 3 malam di Kuching Sarawak adalah satu pengalaman yang cukup menarik dan akan i ingat sampai bila-bila.. sangat menyeronokkan! ** i memang sentiasa bertenaga benor ala-ala berkuasa KUDA! :))
kalau tiba bab mejengkit bagai ni! :))**
Datang ke Kuching Sarawak bukannya makan angin atau pun honeymoon :D
tetapi atas undangan.. hanya sehari sahaja dan selebihnya i dan Pak Habibi kesayangan i tu telah menghabiskan waktu dengan menjelajah beberapa tempat menarik di Kuching Sarawak..
Tak banyak tempat yang i dapat pergi.. kerana waktu terlalu singkat dan Insya~ALLAH ada rezeki dan umur panjang semestinya i akan ke sana lagi... Insya~ALLAH
**Foto pemandangan di awan biru.. Subhannallah..**
Sebelum berangkat ke Kuching Sarawak.. i dah bersedia dari segi mental dan fizikal :D
Takot naik kapal terbang walaupun dah banyak kali menaiki pesawat.. i takot masa naik dan masa kapal terbang tu nak naik ke atas dan atas... hah! tu je.. lepas tu dah okeh.. dan jangan ler kapal tu bergegor.. aje memang lebam lengan Pak Habibi kucengkam! muahahaaa :)) psstt.. cerita sini habis sini ;)
dari segi fizikal pulak.. beberapa minggu sebelum berangkat i dah eksesais cikit je tak banyak.. jalan dan jogging.. kononnya mengumpul stamina bila nak menjengkit di Kuching tu nanti! :))
dan serius ehh.. kami berdua berjalan tanpa non-stop! berehat pun untuk solat dan selepas tu jalan dan jalan lagi! wah! giteewww.. :D
**Foto pemandangan di awan biru dan di bawah tu.. Kuching Sarawak!**
i akan cuba update kisah pengalaman berada di Sarawak mengikut beberapa kategori...
contohnya tempat yang i lawati, tempat makan dan lain-lain lagi..
tak pasti berapa BAB@PART yang bakal i kongsikan pada semua.. juga buat rujukan dan kenangan i di masa akan datang :D
**foto hari pertama.. dah mula berjalan... selang 30 minit selepas check-in hotel :D**
Antara tempat yang sempat i lawati : TUNGGU BAB/PART SETERUSNYA KHAS untuk TIAP TEMPAT YANG i Lawati
- Kuching Waterfront City (setiap hari, pagi, petang dan malam~menikmati suasana sungai Sarawak yang sangat tenang *walaupun sentiasa cuak takut ada buaya :D )
- Menaiki Perahu Tambang Dengan Harga 50 sen
- Kampung Boyan, Gersik
- Mira Kek Lapis Sarawak
- Pasar Satok
- Santubong Beach Resort
- Teksi River (menyelururi sungai Sarawak dan Menikmati pemandangan matahari terbenam)
- Jong's Crocodile Farm
- Sarawak Cultural Village
- Yong Huat Heng Earthenware Factory (Kilang buat pasu Sarawak)
- Sekitar Bandaraya Kuching
- Main Bazaar
- Souvinir
- Tempat makan
- Dan beberapa lagi buah tempat
Semuanya akan i masukkan berperingkat-peringkat mengikut tiap tempat yang i lawati.
Jadi mudah untuk kawan-kawan untuk rujuk bila nak ke Sarawak nanti.
Walaupun percutian i taklah sehebat mana.. yang penting i ikhlas ingin berkongsi pada semua...
ya giteeww...
di bawah ini i masukkan dulu beberapa keping gambar.. dan kisah selanjutnya... bakal menyusul... bagi i edit gambar dan susun kenangan di Sarawak ni agar lebih jelas dan terperinci.. terima kasih :D
gambar di atas...
hari kedua.. 17 hb.. November memenuhi undangan pihak Buku POPULAR KUCHING SARAWAK...
seronok sangat! **memang ler teruja giler bila sekeliling i di penuhi dengan buku.. nyaman giteww*
kisah sepanjang majlis di atas sila KLIK SINI
hari pertama... sebaik sahaja check-in hotel dan terus ler memulakan perjalanan...
hanya berjalan kaki sahaja... sekitar bandar Kuching dan Water front..
cuaca panas terik.. teruja punya pasal.. tetiba tak terasa... tup! tap! tangan berbelang! :))
Jeti di water front...
di sini i menaiki perahu tambang 50 sen..
kisah lanjut nantikan yaa.. ;)
Pemandangan water front Kuching... masa ni i dalam perahu... :D
pemandangan dari Kampung Boyan.. water front Kuching.. naik perahu tambang tak sampai 5 minit dah sampai.. ;)
Jualan ikan terubok masin...
ada banyak gerai yang menjual di tepi jalan Kampung Boyan...
orangnya rendang.. menonjet gitu gaya nak ambik kek lapis Sarawak.. :))
borong kek Lapis Sarawak di Mira Cake House..
memang menarik! nanti i share kat you all ehh.. :)
Tu diaa... Pak Habibi tunjuk skills buat pasu Sarawak..
jadi ke??? tunggu nanti i share ehhh.. :))
Yeeeewww.... takut dan ngeri..
Crocodile feeding di Jong's Crocodile Farm.. nanti i share ehhh ;)
i tahu ramai yang suka bila tiba bab shopping nih!
nanti i share ehh.. banyak i borong taw! awww... :)
Sarawak dan Sabah memang terkenal dengan pucuk midin..
di pasar Satok.. i borong dekat 3 KG! hehheee.. dah masak pon.. dapnya!
x-boperen i! :))
di Sarawak Cultural Village
psst.. nampak tak jejaka yang berbaju merah tu? itulah tourist guide kami.. Cik Mamat nama dia.. yang best tu kan.. macam berjanji kami bertiga pakai keler merah! muahhaaaa asyik giteewww ;) (kacakkan mamat tepi i tu.. jangan memain pahlawan tu okeh! dia bagi i rambutan!) :)) masam! hehheee..
pemandangan matahari terbenam di Sungai Sarawak.. perjalanan selama sejam dengan menaiki river taxi... nanti i story ehh..ada kejadian pelik taw!
water front Kuching.. tiap malam lepas solat maghrib mesti akan datang ke situ.. menyelusuri sungai Sarawak.. sambil menikmati pemandangan di waktu malam.. memerhatikan gelagat manusia yang ada di situ dan makan eskrem waktu hujan lebat! nanti i story.. :)
Lobby hotel tempat i menginap..
juga ada kisah pelik! nanti i share ekk... sabor.. bab ni yang paling last sekali :D
Okaylah.. cukup setakat ini dahulu..
mukadimah kononnya..
nantikan episod penuh kisah sepanjang i di Kuching Sarawak!
best ke tidak??
tunggu kisah selanjutnya yaa... :D
VrOOooomMmmmmmmmmmmmmmmmm!!
Perjalanan bakal bermula..
stay tune!!
Shahriah dan Pak Habibi akan membawakan anda terus ke Kuching Sarawak dengan pelbagai kisah dan tempat menarik untuk anda lawati!!!
**poyo**
>____________*
**Gunung Santubong**
Sekian jumpa lagi..
tunggu N3 seterusnya yaa... sabar menanti.. banyak gambar yang nak kena edit.. huuhuu...
Assalammualaikum..
TATA!!
Wa.....bestnya jenjlan....kuching lgi tu.....:-)
ReplyDelete