TEKAN 'SIGN IN' NANTI KITA CUTI SAMA-SAMA EKK...

Wednesday, November 24, 2010

FraSer'S HiLL





FrAseR's HilL



Fraser'S HilL
Fraser's Hill... sebut aje nama tu, terus kepala senoneng heee... apa taknya lepas balik dari Fraser's Hill aje terus mabuk, seminggu tak hilang! Walau apa pun percutian bersama keluarga tersayang memang menyeronokkan. Percutian bidan terjun ekk... asalnya nak ke Cameron Highlands tapi sayangnya 'Fully Booked' jadi kami telah menukar rancangan terus ke Fraser's Hill. Kebetulan memang tidak pernah kesana. BUkan tak tahu atau tak teringin nak ke sana sebelum ini. BIla plan nak ke Fraser's Hill aje, mesti ada aje mulut yang cakap cam ni ekk.. 'Fraser's tak ada apa-apalah... cuma sejuk aje... boring!"... tu yang tak sampai tu....

Syukur Alhamdulillah... setelah senoneng melalui jalan yang berliku dan selekoh tajam sepanjang memanjat ke atas tu selama hampir 2 jam kalau tidak salah ekk.. sampai juga kami akhirnya... tapi cuma di kaki bukit Fraser tu aje ekk... kena pulak menanti giliran untuk sampai ke tingkat atas. Ada jadual waktu untuk naik dan turun. Hmm... ingatkan Kapal Terbang aje ada time ekk.. di Fraser's Hill aje ada macam tu heheee.. Sampai aje di puncak Fraser's Hill kami terus 'Check-In' Apartment Silver Park dengan kadar bayaran RM280 lebih kurang laa ekk.. berserta 4 breakfast. Suhu masa tu mencecah ke 16'C...sejuk dan dingin. Udaranya segar.. berkabus dan memang best! Sunyi tanpa suara kenderaan yang lalu-lalang..

Puas Hati! Keadaan di dalam Apartment, sungguh memuaskan hati. Ruang tamu yang luas dan pemandangan yang cukup indah dari arah balcony. Memang
mengasyikkan....

















Sampai dah lewat petang, tak makan lagi. Ramai pulak anak-anak kecil, tanpa membuang masa terus melilau mencari makanan untuk mengalas perut. Lain yang kami cari, lain pulak yang kami jumpa. Berada di Pekan Fraser's HIll, dimana terdapatnya 'Clock Tower' mercu kemegahan Fraser's Hill. Membeli-belah sedikit cenderahati dan kemudian terus mencari lokasi, masjid dan juga kedai makan. Harga memang berpatutan dan layanan juga okaylah, rasa masakannya pun okay jugak, dah lapar agaknya, berpinggan-pinggan kami makan hehheee...



Keesokkan harinya bangun awal subuh, suasana begitu dingin dan udaranya sangat nyaman. Pemandangan ketika itu benar-benar mengusik jiwa... keindahan ciptaan yang Maha ESA. Sayunya hati... speechless... pemandangan yang terbentang di hadapan mata seperti lukisan yang di lakar di atas kanvas.. mengasyikkan...























Bersiap seadanya, kami terus bersarapan pagi, menikmati hidangan yang simple dan sama aje macam yang di hidangkan di hotel-hotel tempat kami menginap sebelum ini. Makan roti bakar disapu dengan jam memang enak! sejuk pulak tu memang lapar memanjang...
Tanpa membuang masa, selesai bersarapan pagi. Terus kemas beg dan kami check-out lebih awal, perjalanan di teruskan kerana tidak mahu turun ke bawah lewat petang. Lokasi seterusnya 'Smoke Olde House' rumah gaya ala Ingeris. Reka bentuk rumah lama itu yang menarik hati kami. Nyaman suasana di sekitar 'Smoke Olde House' landskape yang menawan hati, bunga yang tumbuh berwarna-warni memang memukau
mata yang memandang!

Perjalanan di teruskan lagi, Lokasi seterusnya 'AIR TERJUN JERIAU'.... masuk kami ke dalam ekk.. ingatkan dekatlah air terjun yang kami cari tu...jalan punya jalan jumpa sungai aje...Air Terjun tak jumpa! jauh lagi ke dalam katanya. Air sungai yang jernih mengalir tenang di celah batu sungai yang berlumut. Sejuk mata memandang. Menarik juga... ada tempat berehat dan bersantai, ada juga pengunjung yang berkelah di tepi sungai tu ekk.. ada buai.. ada pohon-pohon hutan yang tumbuh meliar... memang mengasyikkan...

Masa cepat berlalu, asyik sekali melihat keindahan semulajadi di Fraser's Hill tak sedar hari semakin petang. Bergegas kami mencari lokasi seterusnya, walaupun kami tahu mungkin tak sempat nak mencari tempat yang menarik di Fraser's Hill. Lokasi seterusnya kami berhenti dan berehat mencari makan tengahari sebelum bertolak ke Johor Baharu. Berhenti makan di 'Food Garden' tempat makan yang memang 'TIP TOP!' segalanya ada di sana ekk.. Ada buffet masakan 'ALA JOHOR' dahlah enak, layanan mesra dan harganya memang murah! Banyak lagi kedai makan yang menawarkan masakan yang istimewa...selain makanan yang pelbagai jenis, ada kedai cenderahati malah lebih murah dari kedai yang kami singgah semalam. Belilah apa yang patut sebelum pulang... Ada juga taman permainan kanak-kanak yang dihiasi dengan pelbagai jenis bunga yang bermacam warna.

Perjalan di teruskan.... Akhirnya selesai juga percutian bidan terjun kami ke Fraser's Hill. Jika ada yang mengatakan Fraser's Hill tak ada apa-apa... anda silap! Segalanya ada di Fraser's Hill....Boleh jungle tracking, Ada Horse Riding, Ada pokok pine.. bunga-bungaan yang tumbuh meliar, keindahan semulajadi yang belum tercemar dan tiada bangunan yang tinggi melangit... yang bestnya tiada lori! Aman dan tenang tat kala berada di sana.... kalau tak percaya kenalah pergi sendiri ekk... rasai kenikmatan yang telah ALLAH SWT ciptakan... Insyallah jika ada peluang dan kelapangan waktu... akan ke sana lagi nanti.... walaupun terpaksa menahan mabuk!

No comments: