TEKAN 'SIGN IN' NANTI KITA CUTI SAMA-SAMA EKK...

Saturday, February 5, 2011

SARANG BUAYA TEMBAGA DI TANJUNG LANGSAT PASIR GUDANG JOHOR BAHARU

SARANG BUAYA TEMBAGA DI TANJUNG LANGSAT PASIR GUDANG JOHOR BAHARU
OHHH!!! PocoTTT!!! Ewahhh.. cewahhh.. cewahhh... pembuka mukadimah i kali ini oke! i semakin berani! malahan mengalahkan mendiang 'CROCODILE HUNTER!' gituh.. ayat kena power baru you all nak membaca teruja! ewaHHH.. kengkonon ler.. teruja ke?? memang ler kurang teruja dah kalau molut buaya tu kena plaster! hahhaa! mulut i ni yang patutnya kena plaster masa tu tau.. memacam yang i tanyakan.. okey ler nanti kita citer panjang. Memula i nak terangkan dulu apa ke dia nama tempat dan lokasi percutian i kali ini oke... Shahriah Abdullah mula mencoretkan sesuatu buat tatapan dan informasi buat teman-teman sekalian alam ekk.. ekk.. sila betulkan tempat duduk anda semua cewah! cewah! cik puan novelis dah mula nak menonyeh ni ekk.. tonyeh bukan sebarangan tonyeh oke! segalanya tentang buaya tembaga! oke! okay.. coretanku bermula...
Destinasi perlancongan pada kali ini adalah di Sarang Buaya Pasir Gudang. Pusat bandar Pasir Gudang terletak di sebelah timur bandaraya Johor Bahru. Cara yang mudah untuk kesana adalah melalui pengangkutan awam atau memandu sendiri yang mengambil masa 40 minit dengan anggaran jauh lebih kurang 35 kilometer. Pasir Gudang terkenal sebagai bandar industri di negeri Johor yang berasaskan kepada industri berat, kimia, minyak kelapa sawit dan sebagainya. I melalui tol kempas dengan bayaran tol RM2.10 aje murah ko! jalan pulak lengang! orang sibuk beraya collect ang pow raya cina! i sekeluarga gi menjengah buaya tembaga oke! pastukan...
Lokasi Sarang Buaya ini terletak berhampiran dengan Pelabuhan Tanjung Langsat yang berkeluasaan 8 ekar. Ia dibina dalam kawasan habitat paya bakau. Pada masa ini terdapat sebanyak 12 buah kolam telah dibina bagi menempatkan pelbagai saiz buaya tembaga. Ia akan menempatkan sebanyak 592 ekor buaya tembaga dan telah mendapat kelulusan dari Jabatan Perhilitan melalui permit khas. Kini, sebanyak 144 ekor buaya telah diperolehi dan ditempatkan di 6 buah kolam yang berukuran 1’6 inci hingga 10 kaki dan pelbagai peringkat umur buaya dari 1.5 tahun hingga 15 tahun. Hah! dah nak sampai dah tu...
 tu dia.. dah sampai pun.. cuaca masa tu aduhaii panas mencetang! pak habibi terus keluarkan payung! rupanya kalau you all terlupa nak bawak payung di situ di sediakan oke! memang panas! panas! dan berbahang aduhaii..
pstt.. dah di bagi pinjam payung sila kembalikan semula oke!
i bawak sendiri dah masuk baru tahu! ahakz!
 waktu melawat:
dari jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang
harga tiket ada promosi 50%
wah! ingatkan giant aje ada diskaun! situ pun ada oke!
so masa ni ler ajak ler jiran tetangga datang satu bas oke!
 waHhh.. tu bukan menyengih sebab teruja nak tengok buaya tembaga oke! tetapi kepanasannya tu penyebab kami semua menyengih! yer ler tuh!
 tu dia.. ternganga ko buaya batu tu!
dia pun kepanasan jugak kot hehehe...
replika buaya tembaga itu yang menyambut kedatangan kami ekk...
apalagi.. ingat senang ke dapat berposing dengan buaya besor dan keras cenggitu! posing... jangan tak posing oke
wah! tinjauan di mulakan.. ada ler buaya tembaga yang sedang berlingkau kepanasan kat dalam kolam tu ekk.. masa tu.. just tengok. dalam hati cuma cakap.. Ohhhh... buaya... tanpa pengertian oke! haha... pastukan tetiba...
wah! nampak tak siapa si gagah yang makai pakaian seragam tu.. nama dia Encik Piza (psstt.. manjakan nama dia...heee..) memang best! THUMBS UP! segala penerangan di berikan kepada kami, begitu teliti dan sungguh bersarang di hati ini.. cewahh macam sarang buaya tembaga tu jugak oke!
penerangan penuh terperinci tentang buaya tembaga! wah! barulah i faham dan kenal apa itu buaya tembaga dan jenis species buaya oke!
CROCODILE IS BIGGER THAN ALLIGATOR OKE!
now i teringin nak jadi CROCODILE! kap! kap! bunyi macam buaya tembaga mengetap mulutnya yang panjang tu ekk..
JOM! i bawak you all meninjau sekitar kolam buaya tembaga!!
harap maaf ler i ni rendang aje orangnya, so bila nak tengok buaya tu kena ler memanjat oke!
apa gelak! ciptaan semulajadi oke hehee..
i terangkan satu persatu oke.. tak lah secara detail tetapi apa ilmu yang di turunkan kepada i tu tadi, i turunkan pulak pada you all ekk..

TAHUKAH ANDA.........
bahawa buaya mempunyai 66 batang gigi yang tajam!!!!
wow!!! i ingat 65! haha.. setiap kali gigi buaya tu patah dia akan tumbuh semula oke! so berhati-hati! buaya lebih bahaya dari bayi dan nenek atau atuk yang tak de gigi tu oke!
kalau you all terserempak dengan buaya yang kakinya ala-ala melepek cengitu.. gambar di atas tu, BE COOL... dia memang tengah melepak tu.. dan pergerakannya agak terbatas oke! cuba ler lalu depan buaya tu haha..aje memang tau! jangan oke! nahas!
buaya ada 2 kelopak mata!
wahhh!!! macam i ler hahahaa... aje memang ekk.... ingat tu... 2 kelopak mata.. bukan satu macam manusia ekk.. atau rusa! atau lembu! atau kambing juga! hehee
pstt.. buaya juga tiada lidah! oke! no lick! lick!
huhuu!!
Buaya ada telinga oke! cuma tak bertindik aje ekk... telinga buaya terletak di bahagian belakang matanya.. kalau di selak... cak! nampak ler telinganya.. cemana gaya tu i tak cek oke! banyak kerja lagi nak buat ekk..
hah! gambar atas tu bukan buaya oke! tu i! sedang memberikan penerangan dengan tapak tangan leborrr... apa yang ilmu i dapat tu i share lagi dengan anak-anak i oke.. so i tak lupa! psstt.. kenapa sifir sampai laa i tak boleh hafal??? ahakz!
TAHUKAH anda... buaya mempunyai 5 jari di hadapan dan hanya 3 sahaja berkuku!!!
cuba cek jari korang ada 5 jari, 5 kuku tak???
kalau sama macam buaya.. wah! anda sungguh hebat! ahakz!
dan.. jari belakangnya cuba ada 4 sahaja dan kuku hanya 3 sahaja!
perghh.. i memang hebat! ahakz!
tahukah anda... kawasan sarang buaya tu di kelilingi oleh pokok bakau dan air laut...
memang cantik you...
sejuk sahaja mata memandang.. i ni memang ler pencinta kehijauan, ketenangan, kelautan dan...
of coz! i akan posing di belakangi oleh pepohon bakau tu oke... ewahh!
tahukah anda buaya hanya makan 50 kali dalam setahun!
wahh.. dah tu yang di bahamnya manusia setiap hari tu mitos ke???
itu i tak berani komen oke! takut!!!
dan di sarang tu... penjaga buaya tu hanya bagi makan seminggu 2 kali..
buaya-buaya tu semua dah makan.. ehh.. i ada tetiba di baginya lagi makan..
termereng-mereng mulut buaya tu makan ayam oke!
psst.. ayam fresh ko! sayangnya... buat kari kan ke berbaloi ahakz! segau dan fresh oke bukan bangkai! kata penjaga buaya tu.. baikkan dia orang.. ish.. ish.. kaya pun yer jugak! untungnya jadi buaya heheh
Wah! kalau dah mulut buaya tu tersonget ke atas tu.. ada ler babak cerita tu ekk.. babak bergambor bersama buaya!
ko tak takut ke sha?
i takut?
semestinya tidak oke! i want to be crocodile hunter after this! huhuhu
nampak tu i cool aje oke!
adehh... dehh... kalau dia bungkus pakai selimut pun i gerun oke!
 cewahh.. apa kes hero i yang nombor dua tu?? muka toye aje ekk..
pstt... padahal takut! hahaa....
 kalaulah buaya tu boleh bercakap.. mesti dia cakap cenggini!
'WEI! PEGANG GUA BETUL-BETUL BOLEH TAK!!!'
hahaa... tu baru hero no 2.... hero no 1 pulak ekk..
 wow! COOL! hehee... pun penakot! cett!!!
 wahhh.. ini tak boleh jadi bila i tengok yang hero 1 dan hero 2 tak kena cerekau!
tu dia...
ku belek-belek..
ku cuit-cuit ekornya oke!
bila i dah jinak dengan buaya tu kan ahak!
 tu dia... baik punya selendang! dari ekor buaya tembaga oke!
korang ada ke???
i tanya ni...
free hands lagi YOuu.. mata ternaik ke atas!
sipi style! ahakkkkkkkkzzzz....!!!!
aduhaii, tengak syok menggayakan selendang ekor buaya tu.. anak dara kerempeng i ajak balik!
lecehkan bawak dia.. dah ler penakot ya hamfunn!!
bonda pun sama geli manjang!
pstt.. pak habibi i lagi ler... manjang bagi alasan..
'I TOLONG SNAP GAMBAR AJE...' yek eleee...
Okaylah.. rasanya cukup ler info yang i share kali ini oke... jangan lupa singgah ke Johor tu.. silalah datang
ke...
SARANG BUAYA TEMBAGA DI TANJUNG LANGSAT PASIR GUDANG JOHOR BAHARU
asyik gi shopping aje kan.. di situ ada banyak ilmu yang akan kita perolehi.... selain dari buaya tandasnya jugak oke! bersih dan tidak berbau! itu keutamaan i kalau ke sesuatu lokasi....
 Princess Nellysha sedang memikirkan lokasi seterusnya..........
TATA!!

shahriah abdullah novelis menulis sesuatu..........




























No comments: