TEKAN 'SIGN IN' NANTI KITA CUTI SAMA-SAMA EKK...

Monday, March 14, 2011

FUN AND ADVENTURES PLUS MAKAN SAKAN AT PASAR AWAM MELAKA


FUN AND ADVENTURES MAKAN SAKAN
 AT PASAR AWAM MELAKA

wAHHH... kali ni i bawak you all pergi membeli -belah ke suatu destinasi yang cukup istimewa.. kwang.. kwangg.. kwangg.. ehh.. jangan pandang sebelah mata... i kalau pergi tandas awam pun boleh jadikan cerita hebat tau! hahaa.. sebab tu nama blogs i ni TRAVEL AND ADVENTURE FUN VACATIONS... BEST MAKAN SAKAN.. itu dah semestinya... okay di mana terletaknya PASAR AWAM MELAKA TU EKK???? jom redah!!!


Pasar Besar Melaka Sentral merupakan bangunan yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Melaka Sentral telah dilantik untuk mengurus dan mentadbirkannya. Perasmian telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 14hb Mei 2004. Semua aktiviti perniagaan di Pasar Besar Jalan Tun Ali telah berpindah ke Pasar Besar Melaka Sentral dan beroperasi sepenuhnya pada 15hb Mei 2004.
Tarikan utama di Pasar Besar Melaka Sentral ialah kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pusat bandar dan dilengkapi dengan kemudahan awam yang efisyen.

Selain itu la mempunyai laluan pejalan kaki yang menghubungkan Pasar Besar Sentral dengan bangunan terminal dan bazar.

Terdapat banyak pilihan jualan seperti ikan, sayur, daging dan lain-lain pada kadar berpatutan.
AL - KISAHnya....

Melaka umpama rumah atau kampung keduaku... suka betul dengan Negeri Melaka, walaupun i di lahirkan dan di besarkan di Johor.. semenjak adik bertugas di Melaka selama lebih kurang 5 tahun... Bonda sering ke sana, dia pun suka menetap di Melaka... apa taknya.. kebetulan rumah adik tu terletak di tengah-tengah MITC... nak ke Melaka Wonderland berjalan kaki pun boleh.. nak ke Pasaraya Maideen pun dekat, nak ke Melaka Planitarium pun depan rumah aje ekk.. nak ke Taman Buaya? nak ke Taman Rama-Rama? Nak ke Zoo Melaka??? alahai tu hah! depan mata aje.. dan setiap kali ke Melaka tu mesti ler singgah ke Pasar Awam Melaka.. kiranya aktiviti i paling wajib jika berada di Melaka ekk.. awal-awal pagi dah ke Pasau Melaka... apa yang syiok bebenau tu ekk??? jom!!! ikut i... 
Dak kerempeng my Princess Nellysha.. selalunya dia tak ikut kalau ke Pasau ekk.. pagi tu boleh pulak dia mandi dan bersiap-sedia nak ikut ke Pasau Melaka... kalau dah dia mengikut tu ada aje ler tu nanti.. aduhaii... layankan aje ler ekk...:):)
Tu dia melangkah masuk aje ke dalam pasau Melaka tu.. itu ler pemandangan yang you all akan nampak.. yang i paling suka pasau Melaka ni.. lantainya bersih dan tidak basah! tu ler.. yang i paling suka tentang pasau Melaka ni ekk....
Wahhh!! Pak Habibi i tu dengan dak kerempeng tu ekk.. kalau dah jalan menonong aje ler ekk.. i pulak yang terpaksa jadi jurukamera.. nak harapkan Pak Habibi??? hui.. huii.... tak kuasa! kata dia ekk.. elehh malu ler tu... i sorry ekk.. kalau dah minat  i tak akan pedulikan orang sekeliling... i snap tang sana... snap tang sini dengan DSLR i yang i kasihi tu ekk..
Bonda tersayang... kalau dah namanya Ibu dan wanita mana boleh di pisahkan dengan pasar yer tak?? kat situ macam-macam ada.. i ni jenis rambang mata.. dan mulut tak reti dok diam ekk.. ada sahaja yang i akan tanya dan lepas tu snap, beli dan ku bawa pulang.. pastu masak ler untuk di makan.. takkan nak di buat perhiasan yer tak???
Macam-macam ada.. segalanya segar dan yang bestnya.. persekitaran bersih dan teratur... i like...:):)
Kunyit... segar dan murah... i tak beli sebab kat belakang rumah kalau di buat jual pun boleh... hehee..
Limau nipis... aduhai nampak aje limau nipis yang menghijau segauuu bijik mata i tau.. i borong... sebab i suka buat air limau nipis suam.. waduh seger.....:):)
Lengkuas.... segar dan besar... i beli jugak selalunya di tempat i lengkuas yang di jual alahaii.. kering dah macam batang pokok ubi oke!
Halia tua... paling bagus di rebus airnya dan minum... elok untuk badan yang berangin hahaa.... i beli sebab besauuu dan segauuu....:):)
Kwang.. kwang.. jering my Beloved Jering!!! paling i suke.. tapi i tak beli sebab pokok jering belakang rumah sedang lebat membuahkan hasilnya.. sepinggan di pasau Melaka tu harganya RM2... siap di kupas kulitnya... best tul! i like..:)
Wahhh!!! belimbing buluh.. pun i suke.... memang tengah musim.. i beli jugak sebab.. pokok belimbing buluh belakang rumah belum besar lagi buahnya...:) RM2... hampir setengah kilo mak cik tu bungkuskan untuk i oke! kalau nak cuci kuku pun elok.. bersih dan kilat aje kuku kita tu ekk..:)
Masuk bab ulam-ulaman.. aduhaii i ni memang ler hantu ULAM! tak kira ler ulam apa pun.... yang di atas tu Ulam daun pucuk gajus.. baunya, rasanya memang best!
Ulam pucuk tenggek burung.. kalau di Johor.. di Melaka i lupa nak tanya.. apa ke namanya...:):) RM1 seikat... berbaloikan.. dengan khasiatnya lagi.. waduh!
Serai.... seikat RM1.. besau dan segauu... i tak beli belakang rumah banyak..:)

Rebung... yang ni kalau Bonda dia teringin nak makan dia akan beli.. tetapi i memang tak reti makan.. walaupun Bonda masak enak macam mana pun... entah ler kenapa...:)
Tempeh... memang ler my Fav...:):):)
Daun Kaduk... yang ni i beli...walaupun i dok kampung ekk..nak tah kenapa?? sebab Pak Habibi i kalau mesin rumput dia tarah sampai licin pokok kaduk yang tumbuh melata tu ekk.. 1 ikat RM1.50 nanti nak masak lemak buh daun kaduk memang enak... gitu.. jangan jadi kaduk naik junjung udah ler hehe..:)
Buah Keluak... ahah! yang ini memang i cari-cari sejak dulu.. kalau masakan baba dan nyonya buah keluak ini ler yang akan di bubuhnya.. 1 biji 50sen.. i beli 5 sahaja.. nak cuba masak... :):) suka dan teruja bila terjumpa buah keluak... first time in my life..:):)
KERISIK!! waduh! kalau ke Melaka i memang tak akan miss beli kerisik asli ekk.. yang bestnya kerisik di pasau Melaka ni.. udah ler asli.. murah pulak tu... RM2 satu peket untuk masakan 1 ekor ayam atau daging... i borong sebanyak idak.. sebab i paling tak suka buat kerisik di rumah! makan masa dan cepat tua haha....
ACAR LIMAU... 1Mangkuk RM5 aduhaii... nampak segau aje kan.. i memang suka masak kari ikan dengan jeruk limau nipis... rasanya hmmm.. nanti i share di blogs masakanku di sini ekk >>> http://shahriahnovelisresipe.blogspot.com
ACAR BUAH ATAU ACAR TAHUN... acar ni i selalu buat sendiri.. dah kehabisan stok.. so i beli semangkuk.. kalau masak nasi berlauk macam Nasi Briyani atau Nasi Arab.. acar wajib ada! RM5 untuk semangkuk...

Petai... bergayutan di sepanjang lorong.... segau dan yang bengangnya isi cenonet jerk haha.. sama ler di kampung i ekk.. panjang jer boleh harap isi tarak! tapi i beli jugak hahaa...
Pelam muda!!!!!!! ini ler yang ku tulis dalam nota sebelum berangkat setiap kali nak balik kampung keduaku.. Melaka hehee.. PELAM MUDA JANGAN LUPA!!! yezza.. me and my PA neng Naya memang hantu pelam muda.. walaupun kami berdua tidak mengidam ekk... Fav!!! no 1 dunia...:):) hanya pelam cenggitu rupa... pelam kampung/pelam telur/pelam epal.. pelam jenis lain biasa-biasa sahaja..:):) pelam ni i borong 3 KG.. RM10....
Pelam Telur!! akak yang jual tu cakap ekk... aduhaii.. i paling suka kalau pelam bulat dan ala-ala senget-senget gitu guper! i beli 3KG! so dah ada 6 KG PELAM MUDA!!! untuk awet muda.. kononnya ler tu! mengader ler tuh!
Hah! Bangku pun ada! mana ko nak carik zaman sekarang bangku cenggitu guper!!! RM5 satu bangku.. i borong.... err....
macam kembau siam dah dak kerempeng tu kena mengangkut bangku kayu hahaa... i borong 2 sekaligus! siap tempah lagi dua besau sikit dari saiz asal tu ekk.. minggu depan turun lagi ke melaka.. i like pasau Melaka lah!
Wahh.. Bonda tu ekk.. kalau tak singgah membeli pokok sebatang dua memang tak sah! apa lagi bertambah ler koleksi pokok bonda... bonda borong pokok limau purut Thailand dan pokok bunga raya sebesau alam.. entah koleksi yang keberapa i tak ingat hahaa.. yang penting pokok-pokok yang pernah bonda beli sebelum ini tumbuh dengan segauunya.. kat tepi rumah tu ekk. dah ada yang membuahkan hasilnya.. i like...:)
Kata nak sarapan kat food court atas pasau tu bonda??? ehhh.. nyempat lagi bonda memilih sekap rambut untuk dia dan cucunya yang kerempeng tu ekk.. i tak minat...:):) semenjak bertudung ler hahaa.. kalau tidak i borong sakan hehe...

Tu! tu! tengok tu.. dak kerempeng dapat anak kucing! dah di bubuhnya nama Debbie... ko putar aje skru.. nanti anak kucing tu berbunyi dan berjalan terkedek-kedek! aje memang tau! ini Pak Habibi dia ler jadi mangsa.. i sibuk snap gambor.. tetiba aje dah mengendong anak kucing hahaa.. cute i suke..:)
Telah berada di tingkat 2.. di mana ada food court.. macam-macam ada.. gambar di bawah itu adalah pemandangan dari bahagian atas Food Court.... nampak bersih dan teratur aje kan.. i like...:):)
Food Court Pasar Awam Melaka.. macam-macam ada.. i tak snap setiap gerai sebab rasanya i dah pernah share sebelum ini.. so ini adalah antara jualan yang ada di Food Court. cakap aje nak makan apa? nasi ayam? nasi impit? lontong? mee rebus? roti canai? nasi campur? macam-macam ada... i like...:)
Bonda makan Mee rebus... tetel... 
Pak Habibiku makan nasi lemak 3 bungkus! sekaligus.... dengan wajah selamba dia berkata.. "Ala.. orang dah biasalah makan 3 bungkus! you tulis kat blogs orang baca dah tak heran!" hahaa... itu ler ekk... orang lain tak hairan... i yang hairan.. apa tak jemu ke tiap hari makan nasi lemak??? heeee... dan i cuma makan satay daging 5 cucuk aje oke! yang lain pak habibi sebat! ngelat!
Selesai bersarapan kami turun semula ke tingkat bawah.. di sebelah kanan terletak lorong-lorong kecil.. di situ bermacam-macam jenis hasil dari negeri Melaka.. dan ini adalah tempat yang wajib i kunjungi setiap kali ke pasau melaka.. kalau bahagian ikan dan daging terletak di bahagian paling belakang sekali.. i tak pergi sebab..  kat kampung i lagi berlubur ikan fresh hehe... kang kalau ku beli aje memang busuk ikan tu ekk, apa taknya.. lepas tu bukan terus balik.. ehh.. ada lagi tempat dan lencongan seterusnya.. so pasal ikan dan daging i share lain kali ekk..:):)
Tu dia.. bila tiba bab-bab memborong segala benda yang ada kat rak, bawah rak, yang tergantung, tak tergantung... pak habibiku akan keluar peluh dan berpeluh-peluh haha.. kerana dia terpaksa duduk berlama-lama di situ.. kerana... akan bermulalah sesi wawancaraku bersama si tukang jual! Pak Habibi kisah! i langsung tak kisah! hahaaa
Gula Melaka.. siapa yang tak kenal gula Melaka??? asalnya dari Melaka ke?? dari Johor kalau di buat pun i tetap sebut gula melaka.. dan kalau you all nak tahu.. i hanya akan beli gula melaka asli dari MELAKA dan tidak di kampung i.... peket di atas tu i memang suka.. siap dah di potong siap-siap ekk.. so kalau nak masak just ambil satu dan campak! plung! hehee.. RM10 untuk sepeket..:) stock untuk 3 bulan... tunggu ada lagi tu....
Gula melaka bentuk asli... yang ni i memang akan beli... sebab rasanya lebih sedap dan asli dari yang peket di atas tu.. kalau nak buat kuih i guna gula melaka yang berbentuk macam gelas tu ekk.. rasanya lebih enak, asli dan agak mahal sedikit.... 
BELACAN MELAKA IS THE BEST!!! memang the best... kalau beli mesti stok banyak-banyak.. bakar dan simpan dalam botol kedap udara.. lagi satu kalau i borong belacan melaka mesti ler i jadikan buah tangan untuk jiran dan keluarga di JB... i kan pencinta belacan! Pak Habibi pun hahaaa
tIba bab dodol melaka.. ini yang paling best.. saiznya bermacam jenis.. selain berupih, ada jugak saiz comey momey dan bentuk tiga segi... saja aje rasanya ekk.. i like...:):)
Bahulu kawin! tu dia ko! akak yang jual tu cakap cenggitu ekk.. cantik bentuknya rasanya sama sahaja dengan bahulu cermai yang comey momey tu.. kata akak tu kalau di melaka ada kenduri kahwin orang suka bagi tetamu dengan kuih bahulu ni ler... oooHhhh gitewww...
Inang-inang... yang ini memang wajib i akan beli sebab hero i nombor 1 tu memang ler hantu inang-inang ekk.. di kampung i panggil rengginang agaknya sebutan jawa kot.. beras pulut yang kukus dan kemudian di jemur.... selepas tu nak makan tinggal goreng dan akan mengembang wahhh... memang best!
CENCALUK MELAKA IS THE BEST!! yang ni tak perlu ler cerita yer tak?? kalau nak beli tu.. beli ler di pasau Melaka.. kerana terjamin halal beli ler dengan peniaga berbangsa melayu dan rasanya lebih segar dan enak.... di banding yang di beli di tepi-tepi jalan tu yaa.. kawan-kawan...
Wajik Sirat.... Waduh... kalau ke Melaka ini ler jajan yang i paling suka makan... kalau beli kat tempat lain entah kenapa tak sama macam di Melaka...
SAGUN! bukan Shogun! oke.. hahaa.. tahukan sagun tu apa.. dulu jual dalam peket kecil.. sekarang ni dalam botol pun ada! macam mana nak makan tu?? di tonggak ke??? udah ler... beli aje yang peket kecik tu oke! kang tersedak satu hal hahaa...
PULUT HITAM DAN TEPUNG CHA CHA... kalau nak ke kedah.. makan masa dan tak ada masa! haha.. beli sahaja di Melaka yer.. segalanya ada.. dan semestinya yang segar dan tidak berkulat atau berkumbang..:):) RM10 untuk 4 ikat yang tergantung tu oke! i borong berikat-ikat...:):)
Lepas tu ku gantung kat celah tinga dak kerempeng tu hahaa... diam aje ko dia.. suka ler tu.. dapat anak kucing debbie hahaa... pstt tu sekap rambut tu.. baru beli kat pasau melaka oke... RM2.. wah sempat lagi promosi hahaa....
Udah ler tu ekk... rasanya dah habis ku borong kat kedai adik tu ekk.. senyum aje mak dia yang duk ler memerhatikan i snap dan wawancara anak lelaki dia... tu...:):):)

Hah! kalau singgah ke pasau Melaka singgah ler di gerai yang tertera di atas tu ya.. layanan memang mesra dan harga boleh di runding...:):)

Selesai memborong tu ehh.. ternampak pulak t-shirt murah.. ku belek-belek aje.. tak ku beli pun... sebab i akan ke suatu tempat yang lebih.... best dan murah selepas ke pasau tu nanti ekk...:)

Laaaa... apa lah yang di bikin bonda tu ekk... ingatkan dah selesai.. rupanya ada lagi yang bonda borong!
Muahahaa... pelam harum manis.... memang manis..... giler! harga RM10 untuk 3 KG bonda borong 6 KG! waduh!!! macehhh Bonda....:):)
Kalau teringin nak makan vadey.. jangan lupa... kat depan tangga Pasau Melaka tu ada Uncle yang jual Vadey tu yaa... RM1 untuk 3 biji...:)

50% barang yang ku borng lagi 50% ada di dalam kereta duk di celah-celah bonda dan dak kerempeng hahaa... stok untuk 3-4 bulan kot...:):) nanti i share lagi ekk.. ekk..

Rasanya... gambar yang i load dalam blogs ni hampir ke 50 keping walaupun i snap more than 200 pcs... tak per nanti i share lagi ya.... kerana selepas memborong di pasau Melaka tu i ke satu lagi destinasi... makan-makan.... DATANGLAH KE MELAKA BANDAR BERSEJARAH... SEGALANYA ADA DI SITU.. PENDUDUKNYA PERAMAH, BANDARNYA BERSIH, HARGA MURAH DAN BANYAK TEMPAT MAKAN YANG BEST-BEST! I DAH PERGI 80% SEGALA CERUK RANTAU MELAKA.. NANTI I SHARE LAGI OKE... PLAN AKAN DATANG... AKAN BELI SEBIJIK PONDOK DI MELAKA... INSYALLAH DENGAN IZINNYA...:):):):)  tunggu... akan ku sharekan lagi kepada semua.. hanya untuk tatapan dan sekadar berkongsi Informasi dan tiada niat menunjuk atau bermegah... dengan motto.. sharing is caring that's it!

TATA!!!!

Shahriah Abdullah mencatat sesuatu....... BERSAMBUNG.........................

No comments: