TEKAN 'SIGN IN' NANTI KITA CUTI SAMA-SAMA EKK...

Wednesday, August 8, 2012

BERBUKA PUASA DI VIVO AEON BUKIT INDAH JOHOR


Assalammualaikum... :)

Wahh laju aje mengupdate N3 bukan apa.. takut kang berlubur dalam folder.. wah ini kisah baru aje berlaku nih! Petang tadi bersamaan 8hb Ogos 2012, Ramadan ke 19 kami berpakat anak beranak berbuka di VIVO.. antara fast food atau Bistro yang sentiasa menjadi pilihan kami sekeluarga...:)

Alamatnya :

VIVO @ EAON BUKIT INDAH JOHOR
G-07 GROUND FLOOR
AEON BUKIT INDAH SHOPPING CENTRE
JALAN INDAH 15/2 BUKIT INDAH
JOHOR

TEL : 07 232 8782


Kami sampai 35 minit awal terus membuat tempahan.
Maklumlah datang untuk berbuka puasa..
kami datang berempat, Abang Amin datang dengan teksi kerana dia kan di kolej.
Sampai ngam-ngam, teksi dia betul-betul belakang kereta i..
pastu lambai-lambai macam tak pernah jumpa 12 tahun! :))
bulan puasalah katakan so kami di hidangakan dengan sepiring kurma yang nampak kering tetapi bila di kunyah wah lembut! kisahnya :D


sementara menanti pesanan sampai rutin sekeluarga membaca apa yang patut..:)
Abang Aemir adalah penyokong Manchester United...:D
psst i pun :))


Abang Amin penyokong setia Chelsea...
i pun... *terpaksa sebab anak dah suka demi berlaku adil i pun sokong Chelsea..:)
Kalau Chelsea menang i sokong Chelsea.. kalau Manchester Menang i paling kuat bersorak.. wah giteeww.. kan ke adil tu namanya :D


dak kerempeng Nellysha.. mood berpuasa macam tak makan 16 hari!
melepek tak sudah.. jangan ko banyak soal..
dia mulalah cakap.. cam ni..

"Mana boleh cakap banyak.. nanti haus!"
perghhhh.. dok ko diam2 ya nak :))


"Mom! is that you?????"

Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... masuk majalah lagik!
majalah apa tu?? hehehee.. tu nanti i update kat blogs penulisan i yaa..
i pun tak perasan sampailah Abang Amin tegur...:D


Wah terus ler posing manja celah Abang Amin sebab dia puji maknya tu kan :D


ini sampai dulu sebelum hidangan tiba :D


pilihan i dan Abang Aemir juga Pak Habibi
Pak Habibi cuma makan kerak tepi tu sahaja... bagus kan... :D


pilihan Abang Amin...
dia memang kuat makan! macam berpuasa 11 hari tak jumpa makanan..


pilihan Pak Habibi...


pilihan Abang Aemir


pilihan Abang Amin lagik!
baru tahukan dia memang kuat makan.. badan maintain camtu gak!
Mak Abang Amin yang berdiet macam nak rak.. seket cuma longgar suku inci aje perghhhh


my pilihan panjangkan sosej tu :D


piihan Nellysha.. dah settle bills baru nak selesai..
haus aje bukan lapar katanya.. perghhhhhh


air yang kami pesan.. yang berpanah tu i punya awww..
pastu berat susah nak turun macam hairan gitewww :))


pencuci mulut tiramisu.. share reramai

di bawah ini menu yang ada di VIVO





Pak Habibi yang belanja.. :D
Tq so much Pak Habibi.. kami cakap serentak macam upin & ipin...:D


chilli flakes dan parmesan cheese..:)
selesai makan terus bergegas...


punyalah ramai insan beratur semata-mata nak eskrem baskin percuma 1 scoop!
Pak Habibi jeling i macam hint tak nak join ke?
terus i jeling dengan maksud tersirat..

"Dah kenapa?? sale banyak tu.. rugi beratur kang mall tu tutup!"

ya giteeeww :D



Psst tertinggal sekeping gambar.. :D
ini pun kami order... 
kepada yang ingin berbuka puasa dan tiada idea datanglah ke VIVO yaa.. macam2 hidangan yang tersedia.. harga memang agak mahal sedikit.. tapi enak..
cuma tak ada tempat cuci tangan :( kenalah menapak ke tandas awam.. mujur tak jauh cuma 10 tapak.. hepp bulan puasa kurang tenaga hokeh! :))

Markah Ikhlas i berikan 8/10

Sekian sahaja perkongsian kali ini...

Assalammualaikum..

TATA!!

6 comments:

Salmi Khairil said...

kak sha terliur saya dengan semua makanan tu,,nak makan tapi jauh sangatlah..huhuhu

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

gambar celah Abang Amin tu macam Khatijah Tan lah.. pelakon fofular tuuuu... maknya Piere Andre..

zuwaidah said...

tak sempat lagi nak berbuka di luar, rasa malas pulak nak bersesak di luar..tapi sekali sekala best kan. gantung periuk!!!!

QasehnyaRania said...

dah tak dapat ke vivo bukit indah sebab dah pindah key el..kalau lah dulu jumpa blog akak awal2...hmmmmm,boleh set g dating kan...=)

QasehnyaRania said...

opppss..lupa..jom singgah sini cuci mata jap..hehe

http://lobaksusue.blogspot.com/2012/08/menarik-dan-tertarik.html

Sawanila said...

Eh ni blog kak shariah masterchef le...hi kak...