TEKAN 'SIGN IN' NANTI KITA CUTI SAMA-SAMA EKK...

Saturday, November 24, 2012

Kuching Sarawak ~ Perahu Tambang ~ 50 Sen












 Cakkk!!

Assalammualaikum..dan salam sejahtera semua :D

Tu dia... bukan main lagi tu.. ala-ala main cak! cak! giteew :D Okay gambar di atas tu di ambil masa i menaiki perahu tambang di jeti Kuching Waterfront. Dah bersedia belum nak ikut i ronda-ronda ni? Okay.. i cerita dari awal ehh... kalau ada kuaci elok benor ler tu! sambil mengunyah kuaci sambil ikut i bercuti! :)) *poyo jek*
 

i pergi hanya berdua.. tak bawak anak-anak sebab i ke Kuching atas urusan kerja.. Insya~ALLAH ada rezeki i akan bawa anak-anak ke Kuching.. Amin.. :)

Bertolak pada 16hb November 2012 (Jumaat)
bertolak dari International Airport Sultan Ismail tepat jam 12:45 tgh
*kena tulis untuk rujukan i masa akan datang* manalah tahu nyanyuk! selisih!


Touch down! di Airport Kuching pada jam 1:50 ptg...
Alhamdulillah segalanya lancar.. dan lengan Pak Habibi kali ni tak lebam kena cengkam dengan i.. sebab pilot tu terror cilok2 atas awan! muahahaaa :)) ada je kan kan...
gambar di atas tu.. hah! jalan raya di Airport Kuching.. pun ku snap jugak untuk tatapan bila bosan! :))


Tu dia.. van dah menanti kami berdua awww!
khas untuk di bawa terus ke Hotel penginapan.. tang hotel, tambang dan peninapan di Kuching tu lain bab i cerita ekkk... :)

Okay dah ready ke belum?
i dah start nak story dah ni.. are you ready???
**jangan tidak ;))



pheewwwitttt.... *kononnya* :D

Okay sebelum nak berjalan dan menjelajah tempat-tempat menarik tu.. silalah pakai pakaian yang menyerap peluh *cotton, ringan dan tidak tebal.
Jangan nak berseket-seket kembang atau boleh sapu atas jalan raya :)) *skirt
tali pinggang nak pakai boleh di dalam atau pun di luar no problem :)) bukan apa senang nak amik gambar nanti tak nampak sangat perut.. ala-ala tahan napas bila nak bergambar. jadi orang tak tengok perut..tengok tali pinggang! :))
**tips untuk i sebenarnya.. yang lain nak ikut pun boleh! :D

Cermin mata hitam jangan lupa.. panas terik! idak ler mata tu terenyit-kenyit! :))


pakailah kasut dan bukan selipar.. lebih ringkas dan selamat.. manalah tahu tersandung batu.. dah selamatt.. :))
pakailah juga sarung kaki atau pun stokin..
jadi bila berjalan selesa dan kaki tidak berpeluh.. barulah selesa..
nak naik perahu tak ler selipar tu hanyut dalam air... *masa nak naik perahu* berlaku depan mata i.. sorang mak cik pakai kasut bertumit.. bukan main glamour.. sekali nak naik perahu... wah! tinggal kaki ayam jerk! :))


okay let's GO!
gambar di atas.. jalan yang kami mula-mula lalui...
tak naik teksi.. kononnya nak bersaing dengan pelancong asing!
pelancong asing guna map... kami menonong aje jalan setelah tanya direction dari pekerja di Hotel.
Akhirnya.. sesat! muahahaa... :))
idak ler sesat teruk naa.. ada jalan pintas.. kami lalu jalan jauh.. okaylah tu! :D
*eksesais tu namanya* :D

Dan satu lagi Hotel tempat kami menginap juga terletak di tengah-tengah bandar Kuching.. so memang nak ke mana-mana pun hanya perlu berjalan kaki tak sampai 5-10 minit dah sampai ke satu-satu tempat.. *kalau berjalan laju ler :D


Wah! nampak tak tu..
Jalan raya di Bandaraya Kuching sangat bersih!
tak ada sampah pun tau.. i like... :D
kenderaan pun tak banyak yang lalu-lalang..
susah nak nampak motor!
aman je... best!


Bukti!
i berjalan tengah jalan raya.. (tak berapa tengah) sepi je.. masa ni.. hati dah berbunga-bunga.. sebab lain yang i bayangkan.. lain bila sampai di Kuching... :)

Terus-terang yaa.. i bayangkan bandar Kuching sesak dan padat.. dengan kenderaan yang lalu-lalang.. bunyi motor.. lori... bas.. dan rupanya.. sangkaan ku meleset... terus bincang dengan Pak Habibi.. dah pencen sok nak pindah Kuching! :))



terdapat banyak bangunan yang tinggi dan menarik...
nampak tak kereta?
selang 3-4 minit barulah lalu satu dua buah kenderaan..
ke masa i datang sana.. semua cuti? duk kat rumah je? 
hagaknya ekk.. ;))


Tu dia.. nampak tak kucing batu tu.. 
bila i google.. ramai pelancong yang datang abadikan gambar kat situ..
why not! :))

Jalan lagi dan terus lagi maju ke depan.. kami berjalan ikut sedap kaki je...
panas terik masa tu taw.. tu yang manjang menyengih je tu.. awww.. ;)


antara bangunan yang ada...
tinggi dan ada ukiran pada bangunan tu....


Khatulistiwa.. restoran dan cafe..
open 24 hrs!
masa kami lalu kat sini.. i dah happy je.. sebab apa tau.. bila malam kalau lapo senang nak tuju!
serius i memang suka kalau melancong tempat yang ada menyediakan kedai makan 24 jam.. mudah!
tapi kami tak pergi pun situ... kami pergi tempat lain bila lapo.. tu N3 lain i story ekk...

Jalan punya jalan...
sampai jugak akhirnya di Kuching Waterfront..
masa ni i dah teruja sangat.. sebab selalunya tengok di tv dan google je.. sekarang i dah berada di tepi sungai Sarawak!!
*suka tahap 33!* :D  


 Masa tiba di Waterfront tu... ada banyak jeti tau.. so i tak singgah lagi. jalan punya jalan.. ada sorang Pak Cik tu panggil...

dan dia cakap kalau naik perahu tu nanti dia akan bawa ke seberang sana.. di mana ada ramai penduduk yang menetap di situ.. Kampung Boyan Dan Kampung Gersik...
i ingatkan kampung biasa aje tau.. sekali bila dah jejakkan kaki di sana tu!!!
Wahhh! bestlahhhh..... juga lain seperti yang i bayangkan ;)


posing dulu sebelum naik perahu...
bukan selalu dapat buat camtu.. ;)
i ni dok ler leka.. suka sangat lihat pemandangan yang terbentang depan mata..
nyaman dan tenang.. biasalah i ni bukan boleh nampak air.. mulalah berangan dan idea pun mari! ;)


Lagilah terkejut MONKEY!!!
bila Pak Cik tu mintak i 50 sen!!!

i macam terkejut.. pelik bin ajaib..
50sen??????

dunia sekarang ni masih ada lagi ke 50 sen untuk naik kenderaan???

"50 je dik..."
hadoi masa tu terkial-kial nak keluarkan duit.. kami berdua jadi RM1...
kenapa murah sangat?????????

nak naik perahu tak berapa sangat teruja.. pasal 50 sen tu yang buat i TERUJA TAHAP KRITIKAL!!

pengsannnn...... @______________#


tu dia.. dah macam dalam tin sarden! :))
tak pe.. tak pe.. tambang serendah 50 sen ko nak komplen memacam?
bersyukurlah.. masa ni keterujaan i terhadap tambang 50 sen belum lagi berakhir.. malah semakin membara! cewahhh :))


Dengan tambang serendah 50 sen yang sangat berbaloi-baloi darab sejuta kali :D
dan i duduk di hujung sekali... kepala terpaksa tunduk sikit.. dah lah i ni rendang orangnya. kena tunduk lagi.. duduk atas dek.. apalagi kesempatan yang ada i snap ler apa yang ada atas perahu tu...
nampak tak apa yang ada??

1) tuala mandi :D
2) kole :)
3) periuk kecik :D
4) minyak petrol 

bukan tu je.. ada lagi..


tu dia... gelen minyak petrol.. betul2 belakang i.. peh! seram ngko aii.. ;) tak pe life jacket ada.. tetiba kan.. :))


ehhhh... tarmos pun ada..
dulu masa i kecik rumah mak i pun ada taw.. ;)


Cakkkk!!! tu dia dah sampai..
tak sempat habis sangap! dah pun tiba.. punyalah dekat..
mengikut kata pilot perahu tu.. nama uncle tu Pak Cik Ali.. peramah orangnya.. gagah pun ya! :D



 inilah kenderaan yang sering di gunakan oleh penduduk kampung Boyan dan Gersik.. sejak dulu lagi...
kerana tambangnya murah dan masa juga singkat untuk tiba ke bandar Kuching..

50 sen! 50 sen! sampai laa.. macam tak puashati.. apasal 50 sen????
bayangkan Pak Cik tu nak kena bawa penumpang ulang-alik setiap hari.. katanya dari jam 7am sehingga jam 11:30 malam..bayangkan...
pssttt.. nampak tak Pak Ali pakai apa? ;) 
dah biasa kot.. tu yang tak tercicir.. ;))


okay dah tiba di Kampung Boyan dan Kampung Gersik.. kena sebut sebab kampung ni sejalan dan bersebelahan sahaja...
nampak tak waterfront di belakang i tu...


takut tak naik perahu?
tak takot pon.. tapi bila dah tiba atas darat.. bila i leka dok tenung air sungai yang mengalir tenang tu..
perghhh... terus teringatkan kisah bujang senang!


ada food court.. taw...
macam-macam jenis makanan Sarawak ada jual di situ..
bab ni i share next N3 ekk..
dan kat tepi-tepi jalan tu.. ada ramai orang berniaga souvinir... banyak naa... memacam ada.. tentang souvinir nanti i share N3 lain ekk..
tetapi hati i cukup tertarik apabila melihat sesuatu dari jauh...


yaa... i selalu dengar tentang gambir Sarawak.. dan amat popular di Sarawak..
i snap gambar ni.. manalah tahu ada sesiapa yang nak beli.. hah! call nombor di atas tu.. namanya.. Amran dan bukan AMARAN! :))


tu dia.. rupa gambir Sarawak..
ingatkan macam bentuk gambir yang Arwah nenek i selalu makan! :))
kisahnya camtu... ishh.. ishh..


antara khasiat gambir Sarawak..

1) Mengubati sakit gigi.. cara guna.. asah sedikit kayu gambir tu dan letakkan di gigi...
2) Terkena sengatan berbisa.. contohnya lipan dan jengking.. sapu sikit... Insya~ALLAH baik.. katanyalah kan..
3) Untuk nafsu.. hah! yang ni malas nak cerita dan malas nak percaya.. cecewahh... :D



antara souvinir yang ada di jual.. bab ni nanti i share panjang lebor.. sebab i tahu ramai yang suka bershopping.. :)


buah durian pun ada tau...
mereka jual ikut biji dan bukan KG...
ada yang sebiji RM10 sehingga RM20
i teringin jugak nak rasa...
tak kesampaian sebab esoknya tu i ada event.. kang ada sendawa bau durian!


Terdapat banyak juga gerai yang menjual terubok ikan masin...
next N3 nanti i share yaa...


River Cruise Sarawak...
besar tau.. boleh naik dengan kadar bayaran RM60.. ada welcome drinks dan ada tarian kebudayaan masa Cruise tu bergerak...
kisah panjang lebor nanti i share next N3 ekk...  


Dah Senja masa ni.. nampak tak kedai yang bercahaya tu.. yaa.. di situlah i beli Kek Lapis Sarawak.. i tak beli di Dayang yang sangat terkenal tu..
i beli di Mira Cake House...
Next N3 nanti i story yaa...


hari kian senja... azan Maghrib berkumandang lebih kurang jam 6:30 petang..
dah nak gelap...
kami pun bergegas pulan ke hotel dengan menaiki teksi... ;)
tak larat nak jalan dah.. :D


cantik kan...
i memang sukakan pemandangan.. dan ketenangan...
di pendekkan cerita... memang seronok!


sekian dulu.. panjang lebor dah bercerita ni.. bagi i edit gambar lagi yaa.. bukan mudah nak pilih dan susun.. lepas tu bercerita macam ni... kalau buh gambar je boleh ke??
tak perlu taip?
lepas tu tinggal scrool down dan lepas tu dahhhh... terus tekan google hahaaaa...


Nantikan N3 seterusnya.. TunGGuuu tawwww!!!

Assalammualaikum..

VVVvvRRrrOOoooooMmmm!!!!

TATA!!

1 comment:

Anonymous said...

Dulu masa tahun 80an, kalau nak g pasar kitorg guna perahu tambang utk g seberang, bayar cuma 10 - 20 sen je. Bas takut nak masuk kpg ktorg sb jalan kecik.