TEKAN 'SIGN IN' NANTI KITA CUTI SAMA-SAMA EKK...

Friday, January 11, 2013

Rombongan Che Sha Ke Zoo Johor!



 Assalammualaikum... :)

Che Sha in the ZooOoooo! :D

Okay rombongan kali ini ke Zoo Johor... rombongan bersama anak-anak yang entah ke berapa puluh kali.. tiap tahun pasti akan ke sini... :D

Dari anak bujang usia 3 bulan sampai laa dah besar panjang 19 tahun (2013) kalau tak ada aktiviti nak buat.. hah! pasti akan ke sini.. tetapi yang istimewanya kali ini i snap gambar banyak-banyak... untuk simpanan dan kenangan dan selebihnya untuk info buat teman-teman yang datang ke Johor Baharu.

Rombongan kali ini seramai 9 orang! ada yang tak interframe dalam gambar.. terutama sekali jurufoto *Pak Habibi* :D

Mungkin ramai yang tak tahu apakah keistimewaan yang ada di Zoo Johor, selain binatang2 yang ada di situ sama sahaja dengan Zoo yang terdapat di negeri-negeri lain.

Setiap tahun pasti ada sahaja pembangunan dan pembaharuan di Zoo Johor.
Dan kali ini perubahan ketara yang boleh i lihat..

Zoo Johor lebih bersih, kandang-kandang haiwan semuanya ada haiwan. Dan yang paling best sekali, layanan pekerja2 di situ sangat peramah dan memberikan kerjasama apabila di tanya.

Dan satu lagi.. jika anda kehausan... yaa.. di situ ada beberapa buah gerai yang menyediakan makanan dan minuman.. dan yang paling parah buat ibu2 yang ada anak kecil.. terdapat pelbagai jenis mainan di situ! muahahaa.. nanti tengok ajelah gambar yang i share di sini yaa... :)

**GAMBAR-GAMBAR HAIWAN TIDAK SEMUA YANG I KONGSIKAN**

dengan alasan tak kuasa nak mengedit gambar.. :D


Okay sebelum i bawa you all melawat Zoo Johor tu.. kita baca dulu sejarah Zoo Johor.. yang mana rasanya tak ramai yang tahu.. bahawa Zoo Johor adalah Zoo pertama di Malaysia dan Zoo tertua di Asia Tenggara.. tu dia.. i pun baru tahu! :))

Jom Baca! **ambil di google**

LATAR BELAKANG ZOO

by ZOO JOHOR on Thursday, June 3, 2010 at 2:54pm ·
1. ZOO JOHOR DENGAN KELUASAN 13.5 EKAR TERLETAK 1 KILOMETER DARI PUSAT BANDAR JOHOR BAHRU, JOHOR, MENGHADAP KE SELAT TEBRAU DAN BERSEBELAHAN DENGAN MASJID SULTAN ABU BAKAR.

2. IANYA MERUPAKAN SATU-SATUNYA ZOO YANG PENGURUSANNYA ADALAH DI BAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI.

3. ZOO JOHOR TELAH DITUBUHKAN PADA TAHUN 1928 OLEH DYMM SULTAN SIR IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR. KERANA MINAT DAN SAYANG PADA HAIWAN, BAGINDA TELAH MENAMAKAN TEMPAT TERSEBUT SEBAGAI ‘KEBUN BINATANG’. DIPERCAYAI ZOO PERTAMA DI MALAYSIA PADA KETIKA ITU.

4. IANYA DI BAWAH PENTADBIRAN DAN KAWALAN PIHAK ISTANA JOHOR. HARGA TIKET KETIKA ITU HANYALAH 40 SEN BAGI SEORANG DEWASA DAN 20 SEN BAGI SEORANG KANAK-KANAK.

5. PADA 1 APRIL 1962, KERAJAAN NEGERI JOHOR TELAH MENGAMBILALIH PENGURUSAN ZOO SEPENUHNYA. DI BAWAH PENTADBIRAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR CAWANGAN KERAJAAN TEMPATAN.

6. HARGA TIKET PULA DINAIKKAN DARI 40 SEN SEORANG DEWASA KEPADA RM1.00 DAN 50 SEN BAGI SEORANG KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 12 TAHUN

7. PADA TAHUN 1994, KERAJAAN NEGERI TELAH BERSETUJU MENAIKKAN HARGA TIKET KEPADA RM2.00 BAGI SEORANG DEWASA DAN RM1.00 BAGI SEORANG KANAK-KANAK BAWAH UMUR 12 TAHUN.

8. WALAU BAGAIMANAPUN MELALUI RM BIL. 634/85 KERAJAAN TELAH BERSETUJU KADAR BAYARAN SEPARUH HARGA BAGI KANAK-KANAK SEKOLAH, ANAK-ANAK YATIM, KANAK-KANAK CACAT DAN PENGHUNI RUMAH-RUMAH KEBAJIKAN.



Baru tahu kan kan... :)

Okay dengan bayaran serendah RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kekanak riang.. maka i selaku ketua rombongan yang berbaju merah menyala tu.. terasa sangat teruja.. apa taknya berjalan di tengah panas! dengan cardigan yang di perbuat dari benang kapas!
perghhh panas WoOoooOooooo :D

Macam biasalah yaa.. nak cerita panjang lebor pun.. dah namanya Zoo.. apa yang ada??

JOM! CHeck it OUT! ;)


itu apa??

Harimau... ya betu.. pandainya :D


Badak Sumbu...

lama jugak nak tunggu dia timbol.. penghabisannya itu aje yang dapat... separa punggung di atas darat! :))
 

Kancil atau rusa?

 


perjalanan di teruskan.. masa ni ada yang mengeluh..
panas dan kehausan..
i cakap..

jalan dulu... :D




kekanak riang tu biasa aje nampak camel.. 
i yang over excited.. memang camtu :D


nampak unta tak excited.. nampak buih bukan main lagi!

masa ni my sis dah kena keluar RM.. anak dia merengek nak buih sabun yang macam pestol tu..

harga?? ya macam biasa.. harga lebih mahal.. sebab apa?? sebab kat dalam zoo :D
 


Ada kiosk menjual pelbagai makanan dan minuman..
haus sangat masa ni..
beli air dan jambu batu...


perjalanan di teruskan...
nampak tak? bersih aje kan... i like... :)
 

Souvinir pun ada.. tapi harga.. mak aii... memang 4 kali lipat!
harap2 harga dapat di kurangkan.. sebab kalau di tempat lain agak murah berbanding di situ...

tak beli pun... serius memang mahal.. tak caya gi beli :D
 

dari dulu taman teman yang ada boat tu memang dah ada..

tetapi tahun 2012 i pergi.. memang banyak perubahannya..

tasik tu bersih tanpa sampah dan semuanya beroperasi dengan baik.. :)

masa ni kekanak dah menjerit nak naik-naik...

sabor! sabor! mak korang pun nak naik sama :D


kenalah tunggu giliran..
ada tempat duduk di sediakan.. so tak jemu menanti giliran yaa..
kebetulan orang tak ramai.. dalam 10 minit lepas tu giliran kami..


keselamatan di utamakan..
bagus macam ni.. i like.. :)

jadi kalau apa-apa terjadi idak ler tenggelam.. tapi timbol :D
 

kenalah bayar yaa.. bukan percuma.. :D
RM10 satu bot besar
RM5 untuk satu bot kecil


TATA!!


Di situ juga terdapat tempat permainan kanak-kanak..
ibu bapa boleh duduk bersantai di situ.. memerhatikan anak-anak bermain, turun naik.. panjat sana dan sini..

kekanak riang i pun sama naik nak join sama...

sorry! nak ke Zoo atau play ground??

terus semua menonong tengok haiwan :D

cuma kawasan itu agak kotor sedikit, mungkin kekanak buang sampah merata-rata.. selebihnya okay.


Masa ni kami semua baru lepas menahan geli dan seram...
kawasan yang beratap nipah tu... ada ular dan haiwan berbisa...
ada juga tupai yang comey momey.. :)


Cuaca panas terik..
berhenti di salah satu gerai yang ada di situ..
makan aiskrim dan memacam lagi snek..


Mat Kool eskrem yang Pak Habibi makan :D


adik i hampir meroyan bila nampak ada gerai yang menjual mainan.. anak dia dok ler melilau kat situ je.. siap cangkung lagi!

"Tengok je lah Mummy..."

**setelah adik i jengilkan bijik mata dia ala-ala terkeluar**

tau takot!  muahahahahaa :D


memang best!
pulak cuaca panas tetapi berangin..
FuYoOohhh tetiba mata rasa macam nak pejam... Zzzzz....


rojak petis pun ada... 


pau pun ada..
makan panas-panas.. perghhhhhhhhh...
tetiba macam tak nak balik! dok je dalam Zoo dengan rimau dan Unta :D


perjalanan di teruskan..

masa ni kami dah berada di dalam zoo hampir 2 jam setengah.. dengan kadar bayaran RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kekanak..

siap ada rojak dan pau! belum cerita ada siarap bandung power!!

perghhhhhhhhhhhhh... antara rombongan yang terbaik yang i pernah kendalikan! muahahahahahah :))


HalOoooOOoooo Fren :D





Hi! :D



Oppah Ganyang Style :D

Tunggang kuda untuk :

RM3 ~ satu pusingan kecil
RM5 ~ satu pusingan sederhana
RM10 ~ satu pusingan U

kami pilih yang RM3 jimat masa :D


apasallah rambut Nellysha camtu guper???

mana mak dia???

macam tak terbela :D


Nellysha...



Tisha...
 

Danish...


Wonta.. yang inilah yang dok mencangkung depan menan tu!
muahahahaaaaa...



apa yang menarik di sini..
sayur-sayuran yang di hidangkan buat semua kura-kura tersangatlah segar!!!
i like.... :D


macam kami ler.. tetap segar walaupun masa tu panas perghh...
balik muka semua berbelang macam kuda belang! :D


HePPp!! apa tengok-tengok!!


Nak tuju lagu boleh tak? :))


Haloooo! Haloo! ya masih kat dalam zoo lagi ni hah!

masa ni dah jam 5:30 petang.. masuk dari jam 2:00 petang! ;))



 

Sekian dulu kisah kali ini..

Insya~ALLAH bila ada kelapangan akan ke sana lagi.. walaupun jarak dari rumah ibu mertua ke Zoo Johor hanya 5 minit sahaja ;)

Biasalah tempat kalau tepi hidung.. jarang di jengah.. 
cuba kalau tempat jauh berdengung.. ehh.. sampai tiap tahun :D
 
Rombongan CHe Sha WAS HERE in Year 2012!!!

Jumpa nanti... N3 seterusnya.. :D

Asslammualaikum...

TATA!!

4 comments:

thisisaina said...

lama tak jumpa amin naik tembam dah . haha

Shahriah Abdullah Novelis said...

Aina memang pon semakin tembam dan macho hahahaa

ksue.mehci@gmail.com said...

Bestnyer Zoo kat sana.... Cantik2 photos Cik Sha...

Unknown said...

Onsemmmm


cantik ssgt..
Thanks bkongsi kak sha sayang