TEKAN 'SIGN IN' NANTI KITA CUTI SAMA-SAMA EKK...

Thursday, July 19, 2012

Mr Teppanyaki City Square Johor Baharu



Assalammualaikum, :) Kali ini i nak bawak you all semua makan hidangan Jepun tanpa memerlukan visa dan juga tambang pergi balik naik belon :D

MR. TEPPANYAKI

terletak di Aras 3 Food Court City Square Johor Baharu

Buka 10 pagi ~ 10 Malam

*apa yang anda perlu sediakan ialah wang secukupnya* :D


Dah namanya pun food court dah tentulah tempatnya terbuka ya, tak. Agak luas dan selesa. Anda boleh memilih tempat duduk di hadapan tempat Mr Tepan tu memasak secara open konsep atau duduklah merata-rata di sekitar kawasan dan tiada sesiapa yang akan saman anda semua. Best betul :))


ini antara menu enak yang di sediakan di situ...


Sentiasa ada tawaran pakej yang murah dan berbaloi-baloi... pilih sahaja pekej apa yang you all suka :D


Dan i telah memilih  Australian Venison Set
daging rusa.. wahhh dari Australia lagi you.. tak perlu ke Australia kat JB dah ada..:))


ini bukan kali pertama i ke sini dah banyak kali termasuk juga di KL. 
kalau ternampak signboard Teppanyaki confirm tak jengah resto lain dah.. nak tahu kenapa?
Sebab i suka tengok Mr Tepan tu membuat demo masakan secara live! :))


Ya, ini daging rusa yang i pesan tu.. waduhh merah kelernya... masa ni i dok leka melihat Mr Tepan tu menunjukkan skill memasaknya depan i.. bau mentega, bau bawang putih dan i banyak kali bersin sebab serbuk lada sulah masuk celah hidung! :))


tu dia hampir selesai..
pantas aje ngko dia memasak atas kuali khas yang leper tu.. panas okeh! :))


dah siap!
bukannya bertumis bagai.. laju je.. cempak! cempak! dah siapppp :D


tu dia... dah siap set yang i pesan tu.. tak sampai 10 minit dah terhidang..
siap ada iringan taugeh goreng siap berekor! muahahahaa... :))



set yang i pesan ni siap ada nasi sekali ya...


dan juga sos pencicah... sedappp


siap ada miso sup.. sedap... masam-masam gitewww...


Yang ini Anak-anak i pesan.. ayam..


di hirisnya ayam tu dengan dua pisau sekaligus!
ko boleh?
i tak boleh :))


tolak sana.. tolak sini.. pantas dan cekap!


siap tabur serbuk lada sulah pastu botol tu dia lambung! lambung!
mana ler i tak bersin! :))


Ada sayur sawi pun ya.. campur dalam taugeh goreng tu... rendah dia simple aje bawang putih garing dahhhhh... sedap ngko aii... apasal masak kat rumah tak sesedap tu?
sebab berbayar kot :))


tu dia.. taugeh siap di goreng...:)


dah siappppp... dalam 10 minit semua dah boleh ngap!


menu-menu lain yang ada.. nasi goreng dia pun sedap... :)


Telur dadar dia punyalah tipis.. suka betullah.. berseni... :D


ada anak orang melayu tak suka makan makanan Jepun...


Nelly makan nasi campur :))


dia dah selesai makan.. kami tak selesai lagi.. sebab dok makan dan order lagi hehehehe...
dah tak tentu arah dah tu.. kami semua buat derk jerk..
tunggu kami semua selesai makan bukan selalu dapat ke Jepun..
kwang.. kwang.. :))


MR. TEPPANYAKI

Memang sedap hidangannya.. tidak semua Teppanyaki yang sedap.. dan i pernah cuba beberapa tempat ini adalah salah satu yang sedap cara dan hidangannya...

kalau nak cuba dan teringin bolehlah datang sini yaa.. atau pun tempat yang berhampiran kerana MR. TEPPANYAKI ni ada di mana-mana sahaja sekarang ni.. :)

Pstt... jangan lupa cuba daging rusa tu tau.. memang terbaik!
lembut dan sangat enak!

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
BERSEDIA SOALAN KE~8???
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:



:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Sekian sahaja N3 kali ini.... 

Assalammualaikum... :)

TATA!!



1 comment:

Unknown said...

waaa, saya pun penggemar makanan jepun, biasa laa darah jepun kata kan * berangan sekejap. hoho