ArAb STreeT SinGApoRe
Apa yang ada di Arab Street??? Hmm... macam-macam ada ekk... nama pun melancong, so segalanya berbeza dengan persekitaran kita di Malaysia eekk... Kampung Glam.. tu nama jalan dan kawasan yang terdapat di Arab Street Singapura. Terdapat deretan kedai di sepanjang jalan ekk.. bangunan lama yang cukup menarik di pandang mata... Ada berbagai jenis kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Antaranya... yang paling popular di sini, kain lace dari luar negara yang berkualiti tinggi... dulu masa kahwin nak buat baju Nikah pun Shasha beli di sini ekk... dengan kualiti yang terbaik, cantik, terkini dan harganya pun lebih berpatutan jika di bandingkan di tempat lain... ada eksesori.. ada barangan rotan yang di perbuat dari tangan... ada gerai makan dan minuman, kedai permaidani khas dari Turki, ada perhiasan dan macam-macam lagilah ekk... jom kita tinjau!
Berjalan kaki sahaja kami berdua... dengan Pak Habibi. Cuaca panas terik masa tu ekk... namun menyeronokkan! Shasha memang suka benar bila melancong ke tempat-tempat menarik macam ni... umpama luas perjalanan... luaslah pemandangan dan ilmu yang diraih...
Tak Sah kalau dah sampai ke sini tak membeli-belah... kain pasang yang cantik dan harga yang di tawarkan pun amat berpatutan... bayangkan harga yang di tawarkan bagi kain lace 4 meter dengan harga $20 (dollar Singapore) kalau di Malaysia.. hmm... mana dapat harga macam tu ekk... belilah sepasang dua... buat kenangan ekk.. tetap berbudget ekk kerana mata wang Singapura amatlah tingginya...
Macam-macam ada...pelbagai barangan anyaman di perbuat dari rotan... macam-macam bentuk!Shasha berkenan betul ada satu bakul tu... memang cantik dan unik, sesuai untuk bawa bekalan piknik. Tak beli pun.. harganya setelah di tukarkan dengan wang kita mencecah ke RM200++ membazir! so letak balik, cari aje di Malaysia ekk... lebih murah kot...
Perjalanan di teruskan.. kali ini kami berada di deretan kedai yang menjual barangan dari Turki... perhiasannnya... lampu, Shisha (yang sedut keluar asap tu heehe..) banyak dijual di setiap kedai ekk.. ada selipar capal, ada seluar dan baju untuk penari 'BELLY DANCER'... hahaha.. teringin jugak! pakkal aje tak tahu bergelek ekk.. tu yang letak semula... kiranya shopping 'touch and go!'mahal you!
Lokasi seterusnya... Makan time!
Yang Syoknya bila berada di Arab Street Singapore ni ekk... segalanya dekat kawasan tu jugak... deretan kedai yang ada semuanya menawarkan pelbagai barangan dengan harga menarik. Yang paling bestnya bila terasa lapar aje kan... tak perlu pening kepala nak isi perut tu... macam-macam Restoran makanan Arab ada di situ. pilih aje nak makan apa ekk... kebab? nasi briyani? murtabak? masakan Turki? segalanya asli dan memang di masak dan disediakan oleh peniaga berbangsa Arab dan Turki ekk... tetiba terasa seperti di Abu Dhabilah pulak!

Pilih punya pilih... kami akhirnya memilih sebuah Restoran yang sememangnya cukup terkenal ekk... RESTORAN ZAM ZAM. Dah beberapa kali Shasha makan di restoran Zam-Zam tu ekk... Nasi Briyani kambing, Ayam dan Daging yang disajikan disitu memang enak! kalau nak tahu macam mana rasanya, kenalah pergi ekk... memang sedap! jangan lupa cuba murtabak daging,ayam dan kambing, memang MARVELOUS!
Selesai makan...kami berjalan dan meninjau lagi tempat-tempat menarik yang terdapat di Arab Street.. macam-macam jalan ada, tapi tak ingat hehee.. Insyallah anda tidak akan tersesat ekk, sebab keluar masuk dari satu lorong yang ada di situ di penghujung jalan pasti akan bertemu dengan jalan besar...
Lokasi terakhir kami ialah... Sultan Mosque atau Masjid Sultan... ada cerita di sebalik Masjid Sultan ini ekk.. bangunan lama yang telah dibina sejak zaman dulu lagi, zaman Sultan... kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah cek di Internet ekk... nak cerita panjang lebar banyak lagi tempat Shasha nak pergi... Ini sahaja yang dapat Shasha paparkan sepanjang berada di ARAB STREET SINGAPORE... kerana ada lokasi yang seterusnya kami lawati sepanjang berada di sANA... I LOVE TRAVELLING!!!!