TEKAN 'SIGN IN' NANTI KITA CUTI SAMA-SAMA EKK...

Friday, May 10, 2013

Bumbu Desa The Curve



Bumbu Desa

Lot G-49. PSN Surian
The Curve Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya Selangor
 

Assalammualaikum...

Lama dah tak update blogs cuti-cuti i ni kan.. sibuk dengan pelbagai urusan sehinggakan tak ada masa langsung nak jengah blogs i yang satu ini.. hari ini i ada free sikit so i kuatkan semangat.. edit gambar dan update ler blogs yang dah berhabuk dan bersawang ni hah! :D

Okay... sepanjang menyepi ada banyak tempat menarik yang i lawati... cuma kesempatan untuk berkongsi masih lagi ciput-ciput.. so i share mana yang ringkas sahaja dulu.. bab makan ler yang ringkas yer tak? :))




Okay Setiap kali i outstations.. perkara yang memang i tak akan tolak ke tepi.. adalah bab.. bab... YA! BAB.. mencuba makan tempat-tempat menarik.. Slurrp Ahhh... Jangan Lupa Baca Bismillah :D 

Bila dapat mencuba hidangan atau sajian yang baru... idea untuk i mencuba atau menerokai dunia masakan lebih luas dan terbuka... seronok dapat melihat setiap hidangan yang dihidangkan di dalam pinggan dan di susun atur di atas meja.. dengan pelbagai cara.. wahh! tak ke tu namanya HEBAT! sangattt HEBAT!! :D




Okay kali ni i bawak you olls semua mencuba masakan dari Sunda & Padang. i dah biasa makan masakan hidangan Padang sebab my PA berasal dari Padang.. jadi bila tengok aje hidangan yang terhidang i dah tahu dan dah dapat agak bagaimana rasa hidangan tu.

Kebetulan cuaca panas terik masa tu.. dan i telah berjalan sakan sepanjang hari, memang cadang nak makan nasi..sebab perot lapar... tekak dahaga... so jalan punya jalan.. singgahlah di Bumbu Desa.. 

Okay! JOM! i bawak you all makan... :D 

        Bumbu Desa


Antara hiasan yang ada di dalam restoran Bumbu Desa...
(i ni rendang aje orangnya.. mendongak masa snap gambar ni :))
 

for your info..
i cuma snap guna Handset jer.. tak guna DSLR sebab takut ada yang rasa terganggu bila i snap gambar..
sekian harap maklum :D


Susunan kerusi di bahagian luar restoran..
cuaca panas terik masa tu...
i pulak pakai jaket.. perghhh.....
 terus ler duduk kat dalam ada aircond.. YEAY!!


punyalah panas.. tiba kat dalam.. tetiba... tak berasa pun aircond tu tauu.. laa nape????

:( :(

ke aku yang pakai baju naik dua lapis??? :D

Psttt.. tapi i tetap control ayu.. berlakon seolah-olah.. sejuk sampai ketulang som-som!!

PergHHhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :D


Tu dia... orang sibuk pilih lauk-pauk..

i dok lahhhhh leka snap gambar sana-sini..

mujur guna HP so idak ler rasa bersalah sangat sebab kecik.. bunyi pun tak de :D

i put silent mode ;))


Tu dia..
sambal tomat  dan sambal hijo ni wajib ada.. tak sah kalau makan nasi padang kan kan..

apa yang menarik perhatian i.. ialah perkakas yang mereka gunakan..

i sanggup tak makan taw... leka dok mencuit meraba!

muaahahhahaa :))


Tuuuu..... Tuu... Tuuu...

Ayam goreng peha sebesar tidak tu...

hadoiii i sorang aje tu makan tu.. memang teringin sangat masa tu..

Sebelum makan i baca Bismillah dan doa makan..

walaupun masa tu tahap kelaparan macam bepinau dah mata i :))


Nasi... Nasi nilah yang i suka..
jenis beras hancurr.. hadoiii... sedap betul... peroi aje gitu.. beras kampung katanya :D 



Okay di bawah ni... you olls baca ler sendiri yer.. tiap deretan hidangan yang ada di situ...
hanya sebahagian yang i kongsikan di sini....










Dessert i tak cuba..

sebab lepas tu i dah ada tempat untuk i mentekedarahhhh tempat cuci mulot yang lebih MANTOP!

tu nanti i share... okayyy... ;))

bila nak share???

Hentahhhhhhh :))


Harap Maklum..

Harga Memang MELETOP!

Dah namanya Nasi Padang.. memang begitu...

Ada satu lagi tempat nasi padang yang i pernah makan tu lagi perghhhh...

PENGSAN!


 Sedap ke?

Jawapan jujur dan ikhlas dan markah dari i...

7/10

Servis okay tak?

Jawapan jujur dan ikhlas dan markah dari i...

8/10
*Pelayan kat situ sangat peramah*

Bersih ke tidak?

Jawapan jujur dan ikhlas dan markah dari i...

9/10

toilet sorry i tak masuk..

you need tisu???
Don't worry... dia buh banyak tisu dalam gelas atas meja.. so tak perlu lambai-lambaikan tangan nak tisu xtra... depan mata tu jerkkk....

yang lain semua okay! aje laa kott... ;))



Shahriah Was There!

Where??? Where???

Bumbu Desa
The Curve!!


 *poyo sangatkan* :D

Sekian dulu.. sambung nanti..... Insya~ALLAH..

Assalammualaikum

TATA!!

Thursday, January 24, 2013

Johor Baharu ~ Red Bow Cafe Puteri Harbour Theme Park Part 1


Assalammualaikum.. Yaa.. bertemu kembali cuti-cuti bersama Shahriah & Family.. cewahh...

Album percutian December 2012.. bersama anak bongsu koret-koret tak lain tak bukan Princess Nellysha.. dan di temani oleh sepupu kesayangannya Sweet lil Gurl Tisha (kasut pink) dan Qistina (skirt kembang semangkok! :D) dan yang comey je tu Mak Nellysha... ;)) tak lupa juga Jutaan terima kasih buat Jurukamera Tersayang Pak Habibi TembamBom i.. gambar tak de... kalau dia masuk sekali.. semestinya kami memerlukan perkhidmatan orang yang lalu lalang kat situ :D


Yang paling excited nak ke Puteri Harbour Theme Park tu.. dah tentu-tentulah Nellysha, Tisha dan Qistina... kalau tanya i... perghh jangan cakap ler yerk.. i lagilah super excited!!! :D
Pak Habibi Nyaris tak nak join.. pastu sama nak snap gambor?? Terima Kasih Pak Habibi sebab super sporting walaupun bahu dia jatuh je.. muahahahaa so sweeett... kannnn ;)


Nellysha dan Tisha memang tak sabor-sabor lagi dah... jarak rumah i bukanlah jauh sangat nak ke Puteri Harbour Park.. kalau naik kereta pecut dengan had kelajuan yang di tetapkan.. hanya 35 minit.. kalau slow and steady ala-ala menikmati pemandangan kanan-kiri pun cuma 45 minit! ;)

Kami bertolak awal... sebab memang cadang nak breakfast kat situ.. 

Okay Opening Hours :

Opening Hours

Name Details
Opening Hours Monday to Sunday from 10.00 am to 6.00 pm
Closed On Tuesday except during school and public holidays

Entertainment Schedule

All schedules are subject to change without prior notice
 


Sampai je.. terus beratur beli tiket.. sampai awal so orang tak ramai.. walaupun kami dah agak masa tu mesti ramai orang sebab musim cuti sekolah.. hari Sabtu pulak tu.. Syukur Alhamdulillah tak ramai.. best betullah!!!

Ticket Prices


if you are Malaysian.. please bring along your IC and your kids MYKad okay.. so dapat harga tiket murah :)

kami beli 2 Park Pass soOooOOo... total kami berlima lebih kurang RM400++ resit dah buang :D *menggeletor tangan Pak Habibi masa nak membayor :D*

Tak pe i share detail tentang Ticket Prices : *share dari Google*

Ticket Prices

Attraction Ticket Type Regular Price With MyKad Buy Now
Sanrio Hello Kitty Town Adults / Children RM 65.00 RM 50.00
The Little Big Club Adults / Children RM 65.00 RM 50.00
2 Park Pass Adults / Children RM 110.00 RM 85.00

* MyKad refers to Malaysian identity cardholders

* Free Admission for kids under 3 years old.



Terms & Conditions

  • All tickets are valid for single entry only
  • Re-entry into parks is not allowed
  • Tickets sold are not refundable or exchangeable
  • Any alteration or mutilation on the ticket shall render it null and void
  • Age and/or physical restrictions may apply to certain rides; kindly refer to the information board posted at the entrance of all rides
  • The park will not be responsible for any unattended children
  • Unauthorised business transactions or commercial activities shall be prohibited within the premises of the parks
  • The Management, its staff and agents shall not be responsible for any loss, injury or damage of life and property within the premises
  • Commercial photography, filming and journalistic coverage shall be strictly prohibited
  • No outside food and beverages shall be allowed in the parks
  • Dangerous materials, explosives, weapons and/or sharp objects shall be declared and surrendered prior to admission
  • No pets shall be allowed in the premises
  • The Management may vary the Terms and Conditions from time to time without any prior notice
  • The Management and staff reserve the right to refuse entry and/or expel from the premises any person(s) in breach of the Terms and Conditions


DONE! ;)

OKay dengan pembelian 2 Park Pass tu.. you all boleh masuk ke :

Sanrio Hello Kitty Town
&
The Little Big Club

Ada 3 tingkat... tau... dan jangan haraplah you all dah masuk situ dapat balik sebelum Park tu tutup.. ada 3 aktiviti yang kami tak dapat sertai kerana kesuntukan waktu...:)

i share the activities.. cukup masa ke tidak... ;)


SANRIO HELLO KITTY TOWN @ LEVEL 1
Hello Kitty Town Entertainment Schedule
THE LITTLE BIG CLUB @ LEVEL 2 & 3
The Little Big Club Entertainment Schedule


Nanti you all akan dapat tau.. sekeping kad warna merah.. so masa you all masuk tiap park tu nanti mereka akan cop... kad itu hanya untuk...

Sanrio Hello Kitty Town

 di mana di situlah you all akan jumpa dengan Hello Kitty.. bermacam-macam aktiviti menarik yang ada dalam tu.. yang bestnya... kita yang mak dan bapak budak pun boleh join sekali aktiviti yang ada.. tu nanti i story next N3... *doakan i rajin edit gambor yaaa ;)

OKay.. lepas dah beli tickets tu.. marilah kita bersarapan dulu yaa... dan masa tu jangan ler terkejut...

anggaplah you all berada di Japan dengan tukaran wang RM! muahahaaa....


Tu dia.. ikutkan kekanak riang tu nak masuk sekarang jugak!
belum bukak nak aaiiii... sabor... sabor...

tu yang muka jadi camtu :))

Red Bow Cafe


Siapa yang memang sukakan Hello Kitty mesti tahu apa dia Red Bow tu kan kan..
Okay yang mana tak tahu i bagitahu ya.. Red Bow Cafe tu adalah...

 
 Yaa.. pandai.. BOW atau ribbon yang ada kat atas kepala Hello Kitty tu yaa... ;)


Peace Yo!
dok lek.. lok.. Mak nak pergi mengoder pemakan korang semua... :D

 
 tu... Mak tengah mengoder tu... ;)

Harga????

Hehehheehhhh kan dah cakap.. anggaplah you all di Japan tetapi bayaran dengan RM..

Sempat jugak i tanya adik cashier tu..

"Dik.. semua ni dari Japan ke?"

Tak kak! muahahahahaha... tu dia...

Piring Hello Kitty..
Tisu Hello Kitty..

Wah! anak-anak cool aje.. ni yang mak yang sedang menaip ni.. over excited... :D


Nasi Goreng, Ayam & Salads... ;)
 



1 orange juice
2 coffee
1 muffin
2 nasi goreng
3 keping croissant

TOTAL : RM60++ ;)


Bismillah.. selesai sekelip mata! :))


Pasal nakkan.. paper bag Hello Kitty..
tetiba muffin yang tinggal suku kami pek! muahahahaa


Ready To Go!!!!


Ada locker.. kalau you all malas nak bimbit beg tangan yang berat dengan barang kemas tu..
boleh simpan kat sini... ;))

RM1 sahaja.. boleh simpan sehingga Park Tu tutop! hebatkan! :D


Kunci Lek Lok...
padahal yang kami simpan cuma muffin 3 suku dan coffe tinggal suku jugak! muahahaa...

elakkan pembaziran.. jang buang makanan yang tak habis ;)
 

Level 1...

Hello Kitty Town!!

Best! pelbagai aktiviti ada dalam tu... tau.. Next N3 nanti i share kat you all semua... ;)


Assalammualaikum...

TATA!!