TEKAN 'SIGN IN' NANTI KITA CUTI SAMA-SAMA EKK...

Monday, November 26, 2012

Kuching Sarawak ~ Mira Cake House ~ Kek Lapis Sarawak


Assalammualaikum.. dan salam sejahtera semua :)

Wah! N3 kali ni berkaler-kaler.. mata i pun naik bepinau masa nak edit gambor :))

Tak tahu nak edit yang mana satu.. terlalu banyak gambar.. jadi i main pakai cekot je.. tak kuasa nak tengok satu-satu.. dah tu kalau kat Mira Cake House aje ada 300 keping gambor.. macam mana nak pilih :))
yang biasa edit gambor dan pilih gambor tahulah macam mana punya lebam bijik mata ni hah!
tak pe.. tak pe.. tujuan ikhlas ingin berkongsi info tidak lebih dari itu...
jauh sekali nak bagi korang kecur! ;))


Okay nampak tak i? :D
okay i berdiri betul-betul di hadapan Mira Cake House...
Terletak di Kampung Gersik di mana ianya betul-betul bersebelahan dengan Kampung Boyan di mana tempat i makan Mee Kolok Pak Lah N3 sebelum ini KLIK SINI

Ada banyak gerai yang menjual Kek Lapis Sarawak di situ.. antaranya Kek Lapis Dayang yang sangat popular di Kuching...

Kami tak singgah di situ kerana waktu dah hampir nak senja.. so i dan Pak Habibi pakat singgah sahaja di Mira Cake House.. tinjau dan lihat bagaimana hebatnya Kek Lapis Sarawak yang cukup terkenal di Malaysia...

Alamat Mira Cake House adalah seperti di bawah :

Mira Cake House
Kiosk No 15 Tebingan Permaidani BGS
Kampung Gersik
90350 Kuching Sarawak
 
Tu dia.. alamat penuh siap poskod lagi ngko aii.. 
sebarang pertanyaan bolehlah terus post kan kesana dan bukan ke i yerk.. :))

Kalau tak cukup stem.. hah boleh call terus yaa... ;)

HP : 010 ~ 545 3112

Okay dah meh! kita tinjau macam mana rupa Mira Cake House tu yaa.. ;)


memula sekali amik bakul dan posing menyengit cam tu :))

cantik deco kat situ.. i like.. sebab banyak bunga roses *tiruan*  dan warna merah ;)



dan banyak anugerah yang Mira Cake House raih yaa..
idak pulak ku baca.. 
dan ada juga souvinir untuk di jual..
cantik-cantik taw! aww....

 cute kan :D


Okay JOM! terjah...


Bukan hanya kek lapis Sarawak aje ada jual di situ..
cemilan pun banyak tau...
semua hasil dari penduduk Sarawak


masa i tengah dok kais-kais beg manik dari hasil buatan tangan tu kan..
Pak Habibi bisik sloww______ aje :D

"Nak beli souvinir ke.. kek Lapis Sarawak?"
Wahh! giteew...


i bukan boleh tengok key-chain bagai ni tau.. tangan ni gatal je.. mengais dalam bakul..
tak beli pun.. sebab nanti Pak Habibi sound lagi :D 


Sarawak Laksa Paste pun ada jual di situ..
i tak beli di situ.. beli tempat lain.. tu lain N3 i share ekk.. ;)


Kuih cincin.. memang popular di Sarawak..
tapi dulu i pernah makan dan beli di Sabah :D


dan memacam lagi ada jual di situ..




Okay kat bahagian dalam tu kan..
ada beberapa pekerja yang sedang memproses pembukusan kek lapis Sarawak..
kek lapis Sarawak di buat di Kilang Mira dan bukan di situ..
di situ hanya untuk kiosk jualan sahaja yaa.. 
 
 
Banyakkan kek lapis Sarawak dan Kek Basah Sarawak..
pekerja sibuk bekerja.. tapi bila di soal ramah sangat jawab tiap soalan dari i yang memang ler terover bertanya itu dan ini.. tq yaa dik sebab sudi melayan :D 


antara kek Lapis Sarawak yang siap di bungkus
dan sebentar lagi ada seorang lagi pekerja yang akan susun di atas rak..


Kalau you all dongak sikit..
hah! tu ada tv besor yang menunjukkan proses pembuatan Kek Lapis Sarawak..di Kilang Mira yang satu lagi.. khas untuk proses Kek Lapis.. leka masa tu i taw... bukan ku hirau mana Pak Habibi jam tu! muahahahaaa.. info berguna.. bukan selalu dapat peluang macam tu yaa tak?


Dan yang paling best sekali..
mereka sediakan sebuah meja panjang yang penuh dengan pelbagai jenis Kek Lapis Sarawak dan Kek Basah Sarawak.. pilih je yang mana berkenan..
masa ni i dah rambang tekak.. bukan mata! :))
semuanya sedap..


 buat cam tu pun tak de sape nak marah!
cuma Pak Habibi i je macam bebulu cikit.. alooOoloOOoo... :D

 Okay dah!
meh! kita tinjau kek lapis Sarawak Mira yang terusun begitu rapi dan sangat bersih sekali persekitarannya.. cewaahh..  serius memang kemas dan teratur..  tu ler yang i suke... :D
 

Nampak tak tu!
AF punya lagu pun ada!
Menuju Puncak!
mau tak beli.. :)


 1 Malaysia pun ada!!!

Nampak tak harganya tu??

RM10 besor tau potongan kek lapis tu..

Hishh.. isshhh.. memang berbaloi-baloi.. i tell you...
dah lah sedap, enak lemak dan berkrim..



TM NET!
siapa pakai line tenet kena beli ni.. murah tu awww :))


Jangan tengok i.. tengok betul-betul apa nama tulisan tu :D


Yaa... masa ni i dah gelak sakan dengan Pak Habibi..

Kek Lapis Mael Lambong! ko ada! muahahaaa :))

hadoii.. nak lagi ke??

okay i share lagi ekk.. sikit je lagi.. tak kuasa nak edit gambor :))


 Kek Dalam Kek... cantik betullah..
hmm.. pandai betullah idea dia orang ni..
i ni bukan boleh tengok benda pelik sikit...
mulalah ku tenung lelama..
dah kena tegur dengan Pak Habibi wah! ala-ala macam baru tersedar dari mimpi.. macam mana agaknya muka i masa tu ekk???
sure mulut melopong dahi berkerut.. kepala teranguk-angguk sebab teruja! muahahaa :))


Hah! yang ni Pak Habibi yang dok leka menengok.. :))



tu dia.. peminat Ombak Rindu..
anda wajib beli bila datang kes ini :D


 Bukan tu je.. ada beratus-ratus jenis lagi kek di situ.. pendek cerita... segala apa yang ada kat kedai kek tu semuanya ku snap gambar.. *setelah Pak Habibi tak kuasa nak snap gambar!* :D


setelah selesai.. i telah menerima award...

**sebab peninjau paling lama dan teliti duduk berjam2 dalam kedai kek tu!**

Poyo... psstt... SHAHRIAH WAS HERE!
 hehehe... :D


dan... inilah sebahagian... kek Lapis Sarawak dari Mira Cake House yang i borong..
rambang mata dan tekak!!!
Pak Habibi macam nak melalak! :))
i okay je.. tetap cool foreva.. ;)


Psstt.. jejaka kacak yang berdiri sebelah i tu.. adalah anak pengusaha Mira Cake House..
dan katanya perniagaan ini telah turun menurun sebanyak lebih 10 keturunan!!!
bayangkan dah berapa generasi???

hebat tak hebat!


dan akhirnya..
dengan perut kekenyangan makan kek lapis Sarawak di Mira House..
i dengan bangga dan gembira tahap GABAN!
berjaya membawa pulang kek Lapis Sarawak sebanyak tidak..
khas untuk keluarga dan saudara-mara... :)

Bukan itu sahaja..

Kek Lapis Sarawak di Mira Cake House juga ada di packing dengan harga yang cukup murah!

serendah RM5!!!

mana nak dapat macam tu????????

Syukur Alhamdulillah... apa yang ku impikan menjadi kenyataan... :) **tidak termasuk bergambar dengan anak taukeh :D


Pemandangan di Sungai Sarawak yang terletak  di hadapan Cake Mira House...



Jeti yang tidak pernah sepi..
Perahu tambang yang sentiasa penuh sesak dengan pengunjung dan penduduk yang menggunakan Perahu sebagai pengangkutan utama mereka untuk ke seberang sana.. Water Front Kuching...



Pengalaman yang tidak akan i lupakan sampai bila-bila...
Mira Cake House Terbaik!!!


Kepada kawan-kawan yang bercadang nak ke Sarawak tu...
jangan lepaskan peluang ke Mira Cake House..
tempat bersih, cantik dan menarik...
taukeh dan pekerjanya juga peramah dan sentiasa memberikan bantuan... 
harga murah.. kek yang enak lazat dan berkrim..
servis cepat dan cekap...
dan yang penting sekali..
Kepuasan yang memang tahap 99!!

Mira Cake House Best!


Gambar di atas tu.. atas perahu.. bersama Kek Lapis Mira..

senyum je tu... sebab puashati...

I LOVE SARAWAK!



Nantikan N3 yang seterusnya... tungguu...

Sekian.. dulu.. jaga diri.. terima kasih kerana sudi membaca..

Assalammualaikum..

TATA!!

5 comments:

Amie said...

walla Sha... kita yang tengok gambar pun rasa puas hati....banyaknya kek lapis!

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tu laa..Kak Amie.. mau tak rambang mata.. hadoii memang best i tell you.. akak tinggal dekat je boleh ler pergi selalu hehee.. ;) tq Kak Amie cayanggg

Unknown said...

oh dah kedai baru kak sha eh..t lik umah MIL nak ziarah la..puas ati kan zila dulu pun selalu beli situ..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Ohh kedai tu baru ya Zila.. memang best banyak pilihan dan enak sangat! kirim salam MIL yaa.. ;)

Amoi Farah said...

Suka beli cake lapis kat situ sedap sangatt