Restoran Hua Mui terletak di simpang Jalan Terus Johor Baharu...
Buka setiap hari...
Bagi penduduk jati Johor Baharu memang dah sedia maklum..
sebut sahaja Restoran Hua Mui..
semua dah terbayang-bayangkan chicken chopnya yang enak..
fav i Mee Hua Mui.. memang tak pernah miss punyalah..
Nasi goreng cina nya pun sedap... ;)
Dulu kalau you all makan di sini...
setiap hidangan yang you all pesan akan di hantarkan sekali dengan acar tumis.. timun dan karot.. memang sedap di makan dengan nasi goreng...
tapi sekarang tidak lagi mereka hidangkan..
kenapa?
hentah tak menanya ler pulak :))
sangat popular bagi penduduk sekitar banda Johor Baharu..
terutama yang bekerja di tengah Bandar Johor Baharu..
dulu masa i kerja makan gaji..
tiap minggu memang tak pernah miss makan dengan gengs waktu lunch :D
i selalu makan di tingkat atas..
tangganya sangatlah curam dan tirus..
masa nak turun tu memang nak kena pegang tangan tangga tu...
serammm you :D
bersih dan sangat selesa..
walaupun hiasan dan susun atur meja dan kerusi tu.. ala-ala zaman dulu giteww... ;)
Jom! jengah deco bahagian atas Restoran Hua Mui tu yaa...
penimbang ni dari dulu dah ada...
dari i belum lahirkan Amin my Hero no 1 tu dah ada penimbang jenis kaduk ni tau...:))
Dan kalau you all nak tahu.. i dulu masa mengandungkan Amin selalu timbang kat atas tu..
tak mahal 20 sen je :D
sekarang tak pasti boleh guna lagi ke tidak ek? :D
tingkap pun pesen jeman dulu kala..
mana nak jumpa lagi tingkap cam ni?
sekarang semua dah modern :D
Pemandangan dari celah tingkap tu...
kenderaan memang sentiasa sibuk..
parking memanglah susah nak dapat..
2-3 kali pusing hah! nasib-nasiblah dapat parking dekat depan Restoran Hua Mui...
nampak masjid... ;)
Nampak tak Jalan Dhoby?
dulu i dah share kan..apa yang ada kat Jalan Dhoby tu ;)
Deco dalam Restoran Hua Mui...
Menteri Besar Johor pun pernah ke sini..kopi dia memang manTOP!
meja dan kerusi yang simple dan ala pesen lama..
bersih dan kemas teratur.. i like..
pekerjanya pun semuanya orang Islam.. ;)
Bila you all membuat pesanan...
nanti dia bagi kacang sepiring...
kacang tu sedap tau!
lebih sedap dari kacang time raya :D
JOM! Tengok Menu!! :D
Antara menu dan harga yang ada di dalam menu..
makanan yang i pesan tak dapat nak share..
dah separuh jalan ngap!
baru teringat gambar belum ambik! :))
lapo benor.. lagi pun hanya guna HP je... ;)
Air yang kami pesan.. :)
Jadi kepada anda yang teringin nak makan chicken chop ala Hainan Style bolehlah datang ke sini yaa..
harga berpatutan.. walaupun restoran ini sentiasa penuh dan padat dengan pelanggan..
servis memang cepat!
toilet pun bersih... ;)
dan i sudah ke sini dari kecik lagi.... kenangan bersama Arwah Ayah dan Bonda masih segar di ingatanku hingga kini..
Kini anak-anak pulak yang i hangkut... sejak mereka kecik lagi..
Jika anda ke Johor Baharu jangan lupa..
singgah di...
Restoran Hua Mui....
Bersambung ke destinasi yang seterusnya..
Sekian...
Assalammualaikum.. :)
TATA!!