TEKAN 'SIGN IN' NANTI KITA CUTI SAMA-SAMA EKK...

Tuesday, March 13, 2012

BECA MELAKA TERBAIK!

BECA MELAKA TERBAIK!


Assalammualaikum... masa mengedit blogs ni mengejor nak share kat you all semua.. maklumlahkan... sekarang ni kan musim cuti sekolah.. so kepada sesiapa yang berkunjung ke Bandaraya bersejarah Melaka tu.. hah! tolonggGGgglahhh jangan lepaskan peluang naik beca tu yerkkk... memang terbaik i tell you! bukanlah kali pertama i ni naik beca di Melaka tu hah! boleh katakan dari anak no 1 dari kecik sampai ler mereka tu dah besor panjang akan ku heret naik atas beca tu hah! wahh sekarang ni kan semakin canggih beca di Melaka tu hah! banyak gambar yang i snap tapi sebahagian sahaja yang i share kat you all.. aduhaii lecehhh lerrr.. nak mengedit gambor nak mengecikkan pixel segala aduhaii... ehhh.. dalam leceh2 tu.. berpuluh jugak gambor yang i dapat edit.. so i harap you all jangan ler termun eekkk... kata berkongsi kan kan... okay untuk info lanjut tentang negeri Melaka sila klik sini ---->>> ALL ABOUT MELAKA

*CREDIT TO GOGGLES*

oKAY sambung cerita ni ekk.. kali ni i pergi ke Melaka tak tido rumah adik.. i tido Otel.. kalau tido umah adik i tu.. alamatnya manjang ke Pasau Melaka manjang ekk.. so kali ni balik kampung ketiga i tuu.. umpama ala-ala pelacong asing naaa giteeewww.... *pengsan!*


Pasangan bahagia giteeww.. Pak Habibi dan Dak Kerempeng Nellysha.. menonong berjalan ekk.. berpimpinan tangan gitewww... dengan alasan nak ke tandas dan malas nak beratur panjang! 


Pokok yang menarik perhatian i... depan tandas *pengsan*


Peace yo! dak kerempeng Nellysha... selepas ke tandas... wajah penuh ceria dan teruja!!!


"Paaa... nak naik beca Papa!!!"
Dak kerempeng ekk... padahal awal-awal lagi apak dia dah berbunyi... "I tak nak naik beca ekk... panas!"


tu diaa... becaaa...... kreatif betullah dia orang ni kan... i ni dok ler leka snap beca2 yang ada kat situ... jangan muak udah ler ekk..*masa tu panasssSSSSSSS sangat*


tayar beca... tahu??


kreatif pak cik beca tu kan kan.....


"Hah! Timah abang balik lewat hari ni.. pelancong ramai bebenau nii.." anggauunya muahahaha... steady okeh abang beca tuu..:))


"Pelancong ramai bebanau ni Bedahh... Abang dari tadi dok atas beca!" gitewwww.... *pengsan*


Abang Beca... menanti pelancong.... *masa ni dak kerempeng Nellysha dok ler merengek nak naik beca.. Apak dia buat derkkk.. aje... pehhhh!!


nak naik beca tak dapat.. Dak kerempeng posing celah Kota A Famosa... jadi ler nak.. walaupun hentah berapa kali dah ko posing kat situ yer nak.. sabauuu yer..


meriam lama... nak tahu lebih lanjut klik ler sini yerkkk... --->> ABOUT MELAKA


Kota A Famosa....


batu yang ada di bawah meriam tu ekk...


memula tu malas nak masuk kat dalam tu ekk.. tetiba macam ada sesuatu... dak kerempeng berbunyi..
"Momma ada painting laa.."
mau tak masuk! masuk ler muahahaha...

  
memang berbakat.. melukis dan melakar hanya menggunakan sebatang pensel... wahh lama i kat situ ekk.... mau tak beli.. satu lakaran RM10.. memang berbaloi-baloi....



lantai dari batu bata... sejarah lama... untuk info silalah klik sini yaa --->>> ABOUT MELAKA



ADA pameran buku tentang sejarah Melaka yer... memang ramah warga Melaka... siap peace yo!


yang ni bukan beca... hentah apa ke nama.. molek aje Abang tu ekk.. ehhhh.... macam cerita Titanic laa.. free hands lagi youUUuu... boleh pulak ber sms hehehe...


tengah berjalan tengah panas.. tu ehhh berdedai Beca lalu ekkk.. dak kerempeng merengek lagi nak naik beca.. i oke aje.. tu pak habibi i yang tembam tu susah bebenau nak di ajak naik! takut tayar pancit ke??? muahahaaaa....



masa ni lagilah dak kerempeng rasa tercabar!!! mau taknya.. budak 3 orang dok tertenggek atas beca...dia pulak berjalan kaki tengah panas! muahahhaa.. cian dak kerempeng... tak per kita jalan lagi manalah tahu apak ko tu sejok hati kan kan.. sabau ekk...


motor korang ada speaker macam tu??? ada??? tak ada oke.. hanya beca Melaka aje yang ada.. Terbaik i tell you! pecah gegendang telinge oke... memacam lagu ada... makhluk Tuhan paling seksi punya lagu pon ada... ko ada???


jalan punya jalan.. jumpa pokok ni.. baca betul-betul apa yang tertulis kat sign board tu ekk... siapa yang naik beca mesti tak nampak pokok ni.. untuk betul dak kerempeng kan kan...


tu diaa... eee scaryyyy.... 


Muzium Islam Melaka.... cantikkan...


pintu masuk Muzium Islam Melaka...


sure pak habibi nak pujuk dak kerempeng tak payah naik beca nih!!!


sahhh!!! kalau dah menyengih cenggitu guperkan kan... tak boleh jadi ni ekk.. dah ler panas... tak bagi naik beca pulak tu...


apa lagi.. sekaki ler.... muahahahaa... panas aje Pak Habibikan.. 


Dak kerempeng memang bijak.. dapat topi... bukan penghalang untuk dia menahan pak beca okeh.... di tahannya ko.... Screeetttttt....


Penerangan penuh panjang dan leborr... dari abang beca.. umpama i pelancong asingg gitewwkan.. *pak habibi senyum kelat naaa...*** 


memula i snap gambar tempat duduk beca tuuu.. pastuuu.. 


pastu i snap gambar dalam beca tu.. *bahagian dalam depan*


pastuu.. i suruh dak kerempeng dok atas beca tu.. dengan alasan nak bergambauu ajeee.... ajeee....


pastuuu... kami bertiga bertenggek okeh!!!! *pengsan*
psstt patutlah Pak habibi i tu tak nak naik beca.. sendat naaa kooooooo!!!!! haishhh.... patutlah muahahahhaa.. dan dak kerempeng kekal duduk kat situ ekk.. ala-ala pelancong asing giteewww.. aduyaii pon!!


puas ko dak kerempeng Nellysha duduk kat bahagian depan atas besi... "Sakit tak?" "Takk pon... best!" giteewww sebab nak sangat naik beca kan kan.. malam ko menggerang sakit punggung siap ekk... *pitam*


sampai aje sini....


"Payung dik.. panas sekarang ni..." ehhh dak kerempeng nyambut aje.. apak dia snap gambor jauhhhh naaa.......


"Dik terompah dik... cantik dik" wahhh... promosi besar besaran nih!!!


terompah!!!! cermin mata hitam!!! dalam beg plastik tu.. ada ayam plastik yang kalau ko picit bunyinya memang menaikkan darah!!! aduyaiiii....... gasak!


kengkonon... panas! nak berkipas... tak dapat jek! pak habibi buat dek aje.. cett..


 pastu sambung lagi naik beca.. abang beca ni memang best lah.. mana tempat yang dia lalu tu dia terangkan itu apa ini apa... i yang dah berpuluh kali ke situ.. dok syiok mendengarnya... siap berhenti dan yang best tu siap tolong ambilkan gambar kami bertiga... terima kasih abang beca...:)))) kan dah kata beca Melaka terbaik!!!


abang beca tu cakap... ini ler pokok Melaka.. wahh!! selama berpuluh tahun.. baru  hari tu i tahu... tak sia-sia naik beca Melaka.. terbaik!!!


jangan ber SMS ketika mengayuh beca... duduk atas beca tak ape oke...:)))

pernah tengok Hang Tuah dan Hang Jebat???


Aduhaiii memacam ada kat melaka yerkk.. tak larat dah... okaylah... nak share ler sedikit info untuk you all yang baru nak ke Melaka atau yang sering ke Melaka tu yerk... naiklah beca melaka.. memang terbaik! pengayuh beca di situ sangat peramah dan akan cerita pada you all serba sedikit sejarah Melaka... harga untuk satu beca... RM15 hingga RM25 dan ada juga sehingga RM80 bergantung kepada destinasi dan lokasi yang ingin anda lawati..... i sewa satu beca tu RM25.... i bagi xtra RM5 sebab abang beca tu peramah melayan dan sanggup menanti kami memborong terompah, kaca mata hitam, kipas, topi dan memacam lagi... macam ler tak ke sana lagik! padahal kekadang tu.. sebulan naik 2-3 kali.. ingat setiap kali ke sana... tetap tak akan sama.... dah tu jerk.. nanti i share lagi yaa....


Last but not least.. penat abang beca tu mengayuh.. menanti kita di tepi tuu.. apasalahnya sekali-sekala kita duduk pulak atas beca tu.. tak ler abang beca tu boring dok ber sms yerr... BECA MELAKA TERBAIK!!!!


TATA!!!!