TEKAN 'SIGN IN' NANTI KITA CUTI SAMA-SAMA EKK...

Sunday, November 25, 2012

Kuching Sarawak ~ Mee Kolok Pak Lah Kampung Boyan













Assalammualaikum.. dan salam sejahtera buat semua.. :)

Okay dah tiba bab makan-makan pulak ya.. masih di lokasi Kampung Boyan...

Sebelum berangkat ke Kuching Sarawak memang i dah plan nak rasa makanan terkenal di bumi Kenyalang... peluang yang dah lama i idam-idamkan.. di Semenanjung bukan tak ada jual mee kolok.. ada.. cuma i nak rasa yang asli dari tempat asal.. Mee Kolok...


Selepas menaiki perahu tambang berharga 50 sen tu..
yang mana terlepas N3 boleh KLIK SINI

maka sampailah kami ke Kampung Boyan dan Kampung Gersik yang terletak hanya bersebelahan sahaja...


sebelum sampai tu you all akan lalui jambatan kayu ni dulu yerk.. 
hah! barulah tiba di tempat makan *food court* nama tempat makan tu lupa pulak i nak tanya :))
teruja benor kot nak merasa mee kolok Sarawak yang terkenal tu..
i dapat tahu di sini ada menjual mee kolok setelah i bertanya dengan Pak Ali *pak cik yang bawak perahu tambang*
dia cakap kat situ sedap.. wah! semakin laju i berjalan you.. memang lapo masa ni tau.. masa tu dah jam 4:00 petang.. lunch pun tak lagi.. mau tak lapo! kebulur okeh! :))


Tu dia.. tak jauh pun.. adalah dalam 25 tapak berjalan dah sampai...
wahh!!! tak sabar masa ni nak rasa dan tengok rupa sebenar asli mee kolok... ;)
JOM! tengok dulu macam mana keadaan sekitar food court tu yaa...


sangat luas dan bersih ;)
tak ramai pengunjung masa tu.. dan rata-rata yang datang menjamu selera di situ semuanya pelancong dan bukan local... :)

 masa ni mata dok melingas mencari.. mana dia gerai Mee Kolok Pak Lah!
walaupun sepanjang gerai di situ kebanyakkannya ada menjual mee kolok...
sebab Pak Cik Ali tu cakap situ best.. so kami terus je menonong cari gerai Pak Lah...
bukan Abdullah Badawi ye :D


Tu dia!
sebesar alam sign board yang ada.. kalau tak nampak tak tahulah! :))


Pak Habibi dah beratur.. adalah dalam 2-3 orang pelanggan..
so tak perlu tunggu lama...


Pak Lah????
muahahaaaaa :)) lupa pulak nak tanya siapa taukeh cilik yang comey tu..
dia lah yang tukang amik order.. bijak!
comel kan.. :)

bila dah buat pesanan.. kami terus pilih tempat.. port yang paling sesuai kononnya :D


amboi Pak Habibi terus menonong jerk ekk..
kami nak duduk dekat bahagian luar tu sebenarnya.. sebab panas terik maka kami duduk di bahagian dalam.. still nampak pemandangan Waterfront Kuching.. nyaman.. gitewww.. 

 Mak Cik tu tunggu siapa agaknya ekk??? :D

Okay jom! tengok apa yang kami pesan :)


ice lemon tea.. cuaca panas terik.. memang lega lepas dapat 2-3 sedut.. ;)

Mee Kolok Pak Lah


Tu dia.... memacam ada....

Okay meh! i cerita sikit pasal sejarah mee kolok yang terkenal di Sarawak tu yaa... yang i ambil dari Google..

Mi kolok (juga dieja mi kolo), mi kering ataupun mi rangkai (daripada perkataan Iban rangkai, bermaksud "kering") adalah sejenis mi yang cukup popular di negeri Sarawak. Kebanyakan gerai di sekitar Kuching ada menyediakan atau menjual mi kolok ini. Mi kolok ini biasanya akan dihidangkan bersama kuah sup dan kicap.

Tu dia.. jangan tahu makan.. sejarah makanan tu langsung tak amik tahu.. sekarang baru ku tahu! :))

 Mee Kolok Pak Lah


Okay.. Mee Kolok Pak Lah.. ada..

udang
daging
ayam
sayur sawi
dan cili hiris

mee kolok yang di goreng dulu dengan kicap..

Untuk resipi Mee Kolok boleh KLIK SINI UNTUK CUBA RESIPI MEE KOLOK

**juga ambil dari Google*


mee kolok tu datang dengan set yaa.. mee kolok tu kering je..
pastu ada kuah sup yang sedap!
dan juga..

ada kuah sambal kicap yang pedas dan enak juga!


i try makan kering dulu tanpa kuah sup di campur sekali..
wahhh.. masa makan tu pejamkan mata.. sambil menikmati kesedapan mee kolok yang i idam-idamkan... :))


daging yang empuk.. yummeh! 
tengah i feeling.. feeling makan mee kolok tu kan.. i makan slow je.. sebab i nak rasa dan nikmati rasa mee kolok sebab lepas tu nanti... i nak try pulak mee kolok tempat lain dan i nak tahu mana mee kolok yang lebih mantop! wah! kononnya.. giteew...

Leka.. punya leka.. Pak Habibi i sound slow__ jee...
lama lagi ke nak habis??

perghhhh.....  


Terus ler i tuangkan semua perabah yang ada.. kuah sup.. cili dan apa yang ada depan mata i tu! :))
terus ler makan dengan penuh berselera sekali... <<< ayat novel nih! :D


Nak tahu apa komen jujur dari i rasa mee kolok Pak Lah??
Biasa...
Okay...
Sedap!
Sedap Sangat!..

dan komen jujur ikhlas dari i... OKAY! ;)

nanti i share tempat makan mee kolok yang i rasa selepas itu.. ;) esoknya pulaklah.. bukan lepas tu ku baham lagi mee kolok! dah kenapa huhuhuuhu...


Pak Habibi order.. Nasi Goreng Kerang..

i tanya sedap tak??

Pak Habibi terus menyengih macam kerang! :D

baca pelan-pelan.. m.a.s.i.n.... <<sambil mengeja! :D

yang lain okey kata Pak Habibi...kerang memang banyak! patutlah sambil makan dok sedut air! muahahahahaa ;))


ada satay di gerai Pak Lah..
teringin juga nak rasa satay Sarawak...
order sikit je...


kuah kacang...


celop! kunyah! celop! kunyah..
ada bahagian tertentu tu macam kunyah chewing-gum daaa.... 
pepaham je laa ya..

dan i di beritahu di Sarawak ada satu tempat istimewa yang khas menjual satay.. yang sedap dan enak.. sayangnya i tak berkesempatan nak pergi... :(

tak pe.. tak pe.. Satay Pak Lah pun okay... ;)


selesai aje makan.. perjalanan di teruskan.. ke mana pulak tu???
heheheheeehhhhhh... i tahu kaum hawa memang suka bab ni..
sangat-sangat TERKENAL.. ;)


wahhh! tu nampak tu.. dok dah menyenget je tu..
dengan bakul besor tu..
nak borong apalah agaknya tu yerkk???
60 minit i kat dalam kedai tu yerk.. mana?
sabor... nantikan N3 seterusnya.. ;))



sekian dulu.. sambung next N3.. Fascinating Sarawak yang cukup istimewa dengan keistimewaannya yang tersendiri.. :) I LOVE SARAWAK... :)

Assalammualaikum..

TATA!!

1 comment:

miak swk said...

Dulu ok lah sedap coz yg masaknya paklah skrg dah x de rasa tawar je coz pekeje nya yg masak.skrg ni xsedap