TEKAN 'SIGN IN' NANTI KITA CUTI SAMA-SAMA EKK...

Thursday, January 24, 2013

Johor Baharu ~ Red Bow Cafe Puteri Harbour Theme Park Part 1


Assalammualaikum.. Yaa.. bertemu kembali cuti-cuti bersama Shahriah & Family.. cewahh...

Album percutian December 2012.. bersama anak bongsu koret-koret tak lain tak bukan Princess Nellysha.. dan di temani oleh sepupu kesayangannya Sweet lil Gurl Tisha (kasut pink) dan Qistina (skirt kembang semangkok! :D) dan yang comey je tu Mak Nellysha... ;)) tak lupa juga Jutaan terima kasih buat Jurukamera Tersayang Pak Habibi TembamBom i.. gambar tak de... kalau dia masuk sekali.. semestinya kami memerlukan perkhidmatan orang yang lalu lalang kat situ :D


Yang paling excited nak ke Puteri Harbour Theme Park tu.. dah tentu-tentulah Nellysha, Tisha dan Qistina... kalau tanya i... perghh jangan cakap ler yerk.. i lagilah super excited!!! :D
Pak Habibi Nyaris tak nak join.. pastu sama nak snap gambor?? Terima Kasih Pak Habibi sebab super sporting walaupun bahu dia jatuh je.. muahahahaa so sweeett... kannnn ;)


Nellysha dan Tisha memang tak sabor-sabor lagi dah... jarak rumah i bukanlah jauh sangat nak ke Puteri Harbour Park.. kalau naik kereta pecut dengan had kelajuan yang di tetapkan.. hanya 35 minit.. kalau slow and steady ala-ala menikmati pemandangan kanan-kiri pun cuma 45 minit! ;)

Kami bertolak awal... sebab memang cadang nak breakfast kat situ.. 

Okay Opening Hours :

Opening Hours

Name Details
Opening Hours Monday to Sunday from 10.00 am to 6.00 pm
Closed On Tuesday except during school and public holidays

Entertainment Schedule

All schedules are subject to change without prior notice
 


Sampai je.. terus beratur beli tiket.. sampai awal so orang tak ramai.. walaupun kami dah agak masa tu mesti ramai orang sebab musim cuti sekolah.. hari Sabtu pulak tu.. Syukur Alhamdulillah tak ramai.. best betullah!!!

Ticket Prices


if you are Malaysian.. please bring along your IC and your kids MYKad okay.. so dapat harga tiket murah :)

kami beli 2 Park Pass soOooOOo... total kami berlima lebih kurang RM400++ resit dah buang :D *menggeletor tangan Pak Habibi masa nak membayor :D*

Tak pe i share detail tentang Ticket Prices : *share dari Google*

Ticket Prices

Attraction Ticket Type Regular Price With MyKad Buy Now
Sanrio Hello Kitty Town Adults / Children RM 65.00 RM 50.00
The Little Big Club Adults / Children RM 65.00 RM 50.00
2 Park Pass Adults / Children RM 110.00 RM 85.00

* MyKad refers to Malaysian identity cardholders

* Free Admission for kids under 3 years old.



Terms & Conditions

  • All tickets are valid for single entry only
  • Re-entry into parks is not allowed
  • Tickets sold are not refundable or exchangeable
  • Any alteration or mutilation on the ticket shall render it null and void
  • Age and/or physical restrictions may apply to certain rides; kindly refer to the information board posted at the entrance of all rides
  • The park will not be responsible for any unattended children
  • Unauthorised business transactions or commercial activities shall be prohibited within the premises of the parks
  • The Management, its staff and agents shall not be responsible for any loss, injury or damage of life and property within the premises
  • Commercial photography, filming and journalistic coverage shall be strictly prohibited
  • No outside food and beverages shall be allowed in the parks
  • Dangerous materials, explosives, weapons and/or sharp objects shall be declared and surrendered prior to admission
  • No pets shall be allowed in the premises
  • The Management may vary the Terms and Conditions from time to time without any prior notice
  • The Management and staff reserve the right to refuse entry and/or expel from the premises any person(s) in breach of the Terms and Conditions


DONE! ;)

OKay dengan pembelian 2 Park Pass tu.. you all boleh masuk ke :

Sanrio Hello Kitty Town
&
The Little Big Club

Ada 3 tingkat... tau... dan jangan haraplah you all dah masuk situ dapat balik sebelum Park tu tutup.. ada 3 aktiviti yang kami tak dapat sertai kerana kesuntukan waktu...:)

i share the activities.. cukup masa ke tidak... ;)


SANRIO HELLO KITTY TOWN @ LEVEL 1
Hello Kitty Town Entertainment Schedule
THE LITTLE BIG CLUB @ LEVEL 2 & 3
The Little Big Club Entertainment Schedule


Nanti you all akan dapat tau.. sekeping kad warna merah.. so masa you all masuk tiap park tu nanti mereka akan cop... kad itu hanya untuk...

Sanrio Hello Kitty Town

 di mana di situlah you all akan jumpa dengan Hello Kitty.. bermacam-macam aktiviti menarik yang ada dalam tu.. yang bestnya... kita yang mak dan bapak budak pun boleh join sekali aktiviti yang ada.. tu nanti i story next N3... *doakan i rajin edit gambor yaaa ;)

OKay.. lepas dah beli tickets tu.. marilah kita bersarapan dulu yaa... dan masa tu jangan ler terkejut...

anggaplah you all berada di Japan dengan tukaran wang RM! muahahaaa....


Tu dia.. ikutkan kekanak riang tu nak masuk sekarang jugak!
belum bukak nak aaiiii... sabor... sabor...

tu yang muka jadi camtu :))

Red Bow Cafe


Siapa yang memang sukakan Hello Kitty mesti tahu apa dia Red Bow tu kan kan..
Okay yang mana tak tahu i bagitahu ya.. Red Bow Cafe tu adalah...

 
 Yaa.. pandai.. BOW atau ribbon yang ada kat atas kepala Hello Kitty tu yaa... ;)


Peace Yo!
dok lek.. lok.. Mak nak pergi mengoder pemakan korang semua... :D

 
 tu... Mak tengah mengoder tu... ;)

Harga????

Hehehheehhhh kan dah cakap.. anggaplah you all di Japan tetapi bayaran dengan RM..

Sempat jugak i tanya adik cashier tu..

"Dik.. semua ni dari Japan ke?"

Tak kak! muahahahahaha... tu dia...

Piring Hello Kitty..
Tisu Hello Kitty..

Wah! anak-anak cool aje.. ni yang mak yang sedang menaip ni.. over excited... :D


Nasi Goreng, Ayam & Salads... ;)
 



1 orange juice
2 coffee
1 muffin
2 nasi goreng
3 keping croissant

TOTAL : RM60++ ;)


Bismillah.. selesai sekelip mata! :))


Pasal nakkan.. paper bag Hello Kitty..
tetiba muffin yang tinggal suku kami pek! muahahahaa


Ready To Go!!!!


Ada locker.. kalau you all malas nak bimbit beg tangan yang berat dengan barang kemas tu..
boleh simpan kat sini... ;))

RM1 sahaja.. boleh simpan sehingga Park Tu tutop! hebatkan! :D


Kunci Lek Lok...
padahal yang kami simpan cuma muffin 3 suku dan coffe tinggal suku jugak! muahahaa...

elakkan pembaziran.. jang buang makanan yang tak habis ;)
 

Level 1...

Hello Kitty Town!!

Best! pelbagai aktiviti ada dalam tu... tau.. Next N3 nanti i share kat you all semua... ;)


Assalammualaikum...

TATA!!

Friday, January 11, 2013

Rombongan Che Sha Ke Zoo Johor!



 Assalammualaikum... :)

Che Sha in the ZooOoooo! :D

Okay rombongan kali ini ke Zoo Johor... rombongan bersama anak-anak yang entah ke berapa puluh kali.. tiap tahun pasti akan ke sini... :D

Dari anak bujang usia 3 bulan sampai laa dah besar panjang 19 tahun (2013) kalau tak ada aktiviti nak buat.. hah! pasti akan ke sini.. tetapi yang istimewanya kali ini i snap gambar banyak-banyak... untuk simpanan dan kenangan dan selebihnya untuk info buat teman-teman yang datang ke Johor Baharu.

Rombongan kali ini seramai 9 orang! ada yang tak interframe dalam gambar.. terutama sekali jurufoto *Pak Habibi* :D

Mungkin ramai yang tak tahu apakah keistimewaan yang ada di Zoo Johor, selain binatang2 yang ada di situ sama sahaja dengan Zoo yang terdapat di negeri-negeri lain.

Setiap tahun pasti ada sahaja pembangunan dan pembaharuan di Zoo Johor.
Dan kali ini perubahan ketara yang boleh i lihat..

Zoo Johor lebih bersih, kandang-kandang haiwan semuanya ada haiwan. Dan yang paling best sekali, layanan pekerja2 di situ sangat peramah dan memberikan kerjasama apabila di tanya.

Dan satu lagi.. jika anda kehausan... yaa.. di situ ada beberapa buah gerai yang menyediakan makanan dan minuman.. dan yang paling parah buat ibu2 yang ada anak kecil.. terdapat pelbagai jenis mainan di situ! muahahaa.. nanti tengok ajelah gambar yang i share di sini yaa... :)

**GAMBAR-GAMBAR HAIWAN TIDAK SEMUA YANG I KONGSIKAN**

dengan alasan tak kuasa nak mengedit gambar.. :D


Okay sebelum i bawa you all melawat Zoo Johor tu.. kita baca dulu sejarah Zoo Johor.. yang mana rasanya tak ramai yang tahu.. bahawa Zoo Johor adalah Zoo pertama di Malaysia dan Zoo tertua di Asia Tenggara.. tu dia.. i pun baru tahu! :))

Jom Baca! **ambil di google**

LATAR BELAKANG ZOO

by ZOO JOHOR on Thursday, June 3, 2010 at 2:54pm ·
1. ZOO JOHOR DENGAN KELUASAN 13.5 EKAR TERLETAK 1 KILOMETER DARI PUSAT BANDAR JOHOR BAHRU, JOHOR, MENGHADAP KE SELAT TEBRAU DAN BERSEBELAHAN DENGAN MASJID SULTAN ABU BAKAR.

2. IANYA MERUPAKAN SATU-SATUNYA ZOO YANG PENGURUSANNYA ADALAH DI BAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI.

3. ZOO JOHOR TELAH DITUBUHKAN PADA TAHUN 1928 OLEH DYMM SULTAN SIR IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR. KERANA MINAT DAN SAYANG PADA HAIWAN, BAGINDA TELAH MENAMAKAN TEMPAT TERSEBUT SEBAGAI ‘KEBUN BINATANG’. DIPERCAYAI ZOO PERTAMA DI MALAYSIA PADA KETIKA ITU.

4. IANYA DI BAWAH PENTADBIRAN DAN KAWALAN PIHAK ISTANA JOHOR. HARGA TIKET KETIKA ITU HANYALAH 40 SEN BAGI SEORANG DEWASA DAN 20 SEN BAGI SEORANG KANAK-KANAK.

5. PADA 1 APRIL 1962, KERAJAAN NEGERI JOHOR TELAH MENGAMBILALIH PENGURUSAN ZOO SEPENUHNYA. DI BAWAH PENTADBIRAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR CAWANGAN KERAJAAN TEMPATAN.

6. HARGA TIKET PULA DINAIKKAN DARI 40 SEN SEORANG DEWASA KEPADA RM1.00 DAN 50 SEN BAGI SEORANG KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 12 TAHUN

7. PADA TAHUN 1994, KERAJAAN NEGERI TELAH BERSETUJU MENAIKKAN HARGA TIKET KEPADA RM2.00 BAGI SEORANG DEWASA DAN RM1.00 BAGI SEORANG KANAK-KANAK BAWAH UMUR 12 TAHUN.

8. WALAU BAGAIMANAPUN MELALUI RM BIL. 634/85 KERAJAAN TELAH BERSETUJU KADAR BAYARAN SEPARUH HARGA BAGI KANAK-KANAK SEKOLAH, ANAK-ANAK YATIM, KANAK-KANAK CACAT DAN PENGHUNI RUMAH-RUMAH KEBAJIKAN.



Baru tahu kan kan... :)

Okay dengan bayaran serendah RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kekanak riang.. maka i selaku ketua rombongan yang berbaju merah menyala tu.. terasa sangat teruja.. apa taknya berjalan di tengah panas! dengan cardigan yang di perbuat dari benang kapas!
perghhh panas WoOoooOooooo :D

Macam biasalah yaa.. nak cerita panjang lebor pun.. dah namanya Zoo.. apa yang ada??

JOM! CHeck it OUT! ;)


itu apa??

Harimau... ya betu.. pandainya :D


Badak Sumbu...

lama jugak nak tunggu dia timbol.. penghabisannya itu aje yang dapat... separa punggung di atas darat! :))
 

Kancil atau rusa?

 


perjalanan di teruskan.. masa ni ada yang mengeluh..
panas dan kehausan..
i cakap..

jalan dulu... :D




kekanak riang tu biasa aje nampak camel.. 
i yang over excited.. memang camtu :D


nampak unta tak excited.. nampak buih bukan main lagi!

masa ni my sis dah kena keluar RM.. anak dia merengek nak buih sabun yang macam pestol tu..

harga?? ya macam biasa.. harga lebih mahal.. sebab apa?? sebab kat dalam zoo :D
 


Ada kiosk menjual pelbagai makanan dan minuman..
haus sangat masa ni..
beli air dan jambu batu...


perjalanan di teruskan...
nampak tak? bersih aje kan... i like... :)
 

Souvinir pun ada.. tapi harga.. mak aii... memang 4 kali lipat!
harap2 harga dapat di kurangkan.. sebab kalau di tempat lain agak murah berbanding di situ...

tak beli pun... serius memang mahal.. tak caya gi beli :D
 

dari dulu taman teman yang ada boat tu memang dah ada..

tetapi tahun 2012 i pergi.. memang banyak perubahannya..

tasik tu bersih tanpa sampah dan semuanya beroperasi dengan baik.. :)

masa ni kekanak dah menjerit nak naik-naik...

sabor! sabor! mak korang pun nak naik sama :D


kenalah tunggu giliran..
ada tempat duduk di sediakan.. so tak jemu menanti giliran yaa..
kebetulan orang tak ramai.. dalam 10 minit lepas tu giliran kami..


keselamatan di utamakan..
bagus macam ni.. i like.. :)

jadi kalau apa-apa terjadi idak ler tenggelam.. tapi timbol :D
 

kenalah bayar yaa.. bukan percuma.. :D
RM10 satu bot besar
RM5 untuk satu bot kecil


TATA!!


Di situ juga terdapat tempat permainan kanak-kanak..
ibu bapa boleh duduk bersantai di situ.. memerhatikan anak-anak bermain, turun naik.. panjat sana dan sini..

kekanak riang i pun sama naik nak join sama...

sorry! nak ke Zoo atau play ground??

terus semua menonong tengok haiwan :D

cuma kawasan itu agak kotor sedikit, mungkin kekanak buang sampah merata-rata.. selebihnya okay.


Masa ni kami semua baru lepas menahan geli dan seram...
kawasan yang beratap nipah tu... ada ular dan haiwan berbisa...
ada juga tupai yang comey momey.. :)


Cuaca panas terik..
berhenti di salah satu gerai yang ada di situ..
makan aiskrim dan memacam lagi snek..


Mat Kool eskrem yang Pak Habibi makan :D


adik i hampir meroyan bila nampak ada gerai yang menjual mainan.. anak dia dok ler melilau kat situ je.. siap cangkung lagi!

"Tengok je lah Mummy..."

**setelah adik i jengilkan bijik mata dia ala-ala terkeluar**

tau takot!  muahahahahaa :D


memang best!
pulak cuaca panas tetapi berangin..
FuYoOohhh tetiba mata rasa macam nak pejam... Zzzzz....


rojak petis pun ada... 


pau pun ada..
makan panas-panas.. perghhhhhhhhh...
tetiba macam tak nak balik! dok je dalam Zoo dengan rimau dan Unta :D


perjalanan di teruskan..

masa ni kami dah berada di dalam zoo hampir 2 jam setengah.. dengan kadar bayaran RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kekanak..

siap ada rojak dan pau! belum cerita ada siarap bandung power!!

perghhhhhhhhhhhhh... antara rombongan yang terbaik yang i pernah kendalikan! muahahahahahah :))


HalOoooOOoooo Fren :D





Hi! :D



Oppah Ganyang Style :D

Tunggang kuda untuk :

RM3 ~ satu pusingan kecil
RM5 ~ satu pusingan sederhana
RM10 ~ satu pusingan U

kami pilih yang RM3 jimat masa :D


apasallah rambut Nellysha camtu guper???

mana mak dia???

macam tak terbela :D


Nellysha...



Tisha...
 

Danish...


Wonta.. yang inilah yang dok mencangkung depan menan tu!
muahahahaaaaa...



apa yang menarik di sini..
sayur-sayuran yang di hidangkan buat semua kura-kura tersangatlah segar!!!
i like.... :D


macam kami ler.. tetap segar walaupun masa tu panas perghh...
balik muka semua berbelang macam kuda belang! :D


HePPp!! apa tengok-tengok!!


Nak tuju lagu boleh tak? :))


Haloooo! Haloo! ya masih kat dalam zoo lagi ni hah!

masa ni dah jam 5:30 petang.. masuk dari jam 2:00 petang! ;))



 

Sekian dulu kisah kali ini..

Insya~ALLAH bila ada kelapangan akan ke sana lagi.. walaupun jarak dari rumah ibu mertua ke Zoo Johor hanya 5 minit sahaja ;)

Biasalah tempat kalau tepi hidung.. jarang di jengah.. 
cuba kalau tempat jauh berdengung.. ehh.. sampai tiap tahun :D
 
Rombongan CHe Sha WAS HERE in Year 2012!!!

Jumpa nanti... N3 seterusnya.. :D

Asslammualaikum...

TATA!!