TEKAN 'SIGN IN' NANTI KITA CUTI SAMA-SAMA EKK...

Tuesday, August 7, 2012

Kapten Steamboat And Grill Larkin Johor Baharu


Assalammualaikum.. :) 
wahh laju je i update blogs cuti-cuti dan makan sakan i ni sekarangkan.. nak tahu kenapa?
yaa sebab i nak mengemas kinikan folder yang berlubur dan dok memenuhi kat dalam Pc i ni hah!
sebelum i ter... terdelete lebih baik i kongsikan pada semua...
lagi satu sebab sekarang ni bulan Ramadan.. so you all yang mana tak beridea nak makan di mana tu hah! bolehlah datang ke Kapten Steamboat & Grill
Alamat lengkap i tak ada..
tapi you all boleh jengah di FB...

Klik bawah tu yaa..:)


Okay sebenarnya i dah pernah ke sana sekali dan ianya berlaku tahun lepas :)) hah! ni kisah semua tahun lepas punya folder makan sakan ler ni hehee.. bayangkan berapa banyak tempat makan dan cuti-cuti yang masih belum berkesempatan sharekan kat you all.. tak pe.. tak pe.. pelan-pelan ekk...

Ingat lagi masa tu i pergi pada malam tahun baru..
31hb December 2012 ya gitewww..
pergi bersama Bonda, Pak Habibi dan Dak kerempeng Nellysha yang bujang2 tak kuasa nak ikut.. bagusss... banyak sikit i boleh order :))

Orang berdentam-dentum tengok mercun kat padang.. kami semua sibuk bersteamboat... ohh alangkah nyamannya :D


ada banyak menu ala-ala steamboat yang you all boleh order yang bestnya.. pengusaha restoran ini ialah orang islam...:) so jangan bimbang semestinya HALAL.. wah giteeww...:)


harga hidangan pun sangat berpatutan sangat..:)


i snap gambar just guna hp aje.. so ini adalah antara tempat duduk yang ada di restoran itu..
sememangnya selesa.. yang mana tak boleh duduk atas kerusi tu..
tak pe.. tak pe.. bersila pun boleh.. pastikan stoken anda tidak berlubang dan berbau :D
sekian terima kasih :))


nampak tak tudung merah tu.. hah! tu ler bonda i..
kusyuk YoUuu... aiii
yang lelain di hitamkan wajahnya kerana tiada makna di dalam rombongan i kali iteeww.. ya giteeww :D


kalau datang satu bas.. hah! tempat meja panjang pun ada..
nak bersila? silakan tak ada sape pun nak marah :D


Wahh sini pun boleh duduk.. tapi bonda cakap..
"Tak kuasa!"
sebab kerusi tu kecik dan rendah :))
cutekan bonda i tu..:)


wahhh malu nak makan orang nampak?
celah penghadang tu pun boleh :))


Nellysha order ice lemon tea... 
i dan lelain order...


sirap bandung soda.. waduhh asyik giteewww


macam2 sos pencecah ada.. sila ambil sendiri..
hah tiba part ni nellysha memang ler suka amat yerk..
ulang alik dia dok menatang bermacam sos..:D


memacam yang kami order.. tak ingat dah.. 
kalau tak silap 65% dari menu yang ada tu ku order..:)


scallop dia pun murah dan segar.. mungkin local punya kot..
ingat kat dapur MCM dulu ini ler antara bahan yang paling mahal ngko aiii


pencuci mulut i order cream caramel.. boleh tahan jugak :)


Gambar di atas i just copy paste dari FB

Okay sekarang ni mereka mengadakan buffet ramadan.. nampak harga pun murah..
you all.. apa tunggu lagi.. jangan lupa singgah ya..
memang enak giteww... tempat pun selesa *jika tak ramai orang*
datang masa baru nak bukak.. gerenti best! :D

Markah ikhlas i berikan 8/10

Sekian sahaja perkongsian kali ini...

Jumpa lagi..

Assalammualaikum..

TATA!!



3 comments:

~azillakhalison~ said...

kak sha,zila dah bercadang nak pi kapten ni dr awal puase..sampai la ni xpegi2 ehehe

Shahriah Abdullah Novelis said...

rasanya kan dik kalau tiba bulan puasa ni sure ramai orangkan... pergi jangan tak pergi.. bungkus untuk akak sekali ehh hehee

Salmi Khairil said...

bestnye ader grill sekali tak lah muaak sangat nak makan