TEKAN 'SIGN IN' NANTI KITA CUTI SAMA-SAMA EKK...

Tuesday, December 7, 2010

CAMERON HIGHLANDS DAY 1 PART 1 PUNCAK ARABELLA APARTMENTS


CAMERON HIGHLANDS DAY1 PART1
AWAL SUBUH BANGUN DAN BERSIAP UNTUK BERTOLAK KE CAMERON HIGHLANDS DARIPADA KUALA LUMPUR. BERSARAPAN DULU KAMI EKK... MENANTI LAGI 4 BUAH KELUARGA YANG BERTOLAK DARI JOHOR BAHARU DAN MELAKA. NYAMBIL MENUNGGU TU ALAS PERUT DULU DI HOTEL DI MANA KAMI MENGINAP SEHARI SEBELUM KE CAMERON HIGHLANDS EKK...
PERGHHH.. PAK HABIBI SARAPAN MACAM-MACAM EKK... GAMBAR DI ATAS TU ANTARA SARAPAN YANG DI AMBIL.. PSSTTT...(BANYAK SEBENARNYA EKK..)
ME AND MY COFFEE LER... MANA BOLEH DI PISAHKAN EKK... OMELETTE DAN SIMPLE AJE EKK.. KATA ALAS PERUT AJE CEWAHHH...
MY HEROES AND MY PRINCESS NELLYSHA... MACAM-MACAM GAYA ADA EKK...
INSAN YANG PALING TERUJA SEKALI... PRINCESS NELLYSHA.. BUKAN SERONOK SEBAB NAK KE CAMERON HIGHLANDS EKK.. TAPI TERUJA DAN TAK SABAR-SABAR NAK BERTEMU DAN BEKUMPUL DENGAN SEPUPU-SEPAPATNYA....

PERJALANAN KE CAMERON HIGHLANDS BERMULA...

TU DIA.. AZRIN ADIK SHASHA DARI MELAKA EKK... MENANTI KAMI DI RNR DAMANSARA... PERJALANAN DI TERUSKAN LAGI.. HUJAN RENYAI-RENYAI MASA TU EKK...
SAMPAI SAHAJA DI TAPAH, KAMI BERHENTI MAKAN TENGAHARI... DI RESTORAN TAPAH EKK... NAMPAK TU GAMBAR DI ATAS... 'ROMBONGAN CHE YAH' (MY BONDA) HEHEHEE.. SEBANYAK 6 BUAH KERETA DAN 6 BUAH KELUARGA.... SERAMAI 29 ORANG TERMASUK KANAK-KANAK.. BAYANGKAN LER.. BETAPA RIUH-RENDAHNYA KAMI MASA TU EKK.. MASUK AJE RESTORAN.. PENUH! ORANG LAIN DAH TAK BOLEH MASUK EKK.. KIRANYA TUAN PUNYA RESTORAN SENYUM SAMPAI KE TELINGA EKK.. MAKANAN HABIS DALAM SEKELIP MATA! HAHAHA...
KALAU DAH 6 BUAH KELUARGA, EMAK BUDAK, BAPAK BUDAK, ANAK MAK DAN BAPAK JANGAN CERITA LER EKK. TERDIRI DARI 4 BUAH KATEGORI. KANAK-KANAK, REMAJA, IBU-IBU DAN BAPAK-BAPAK EKK.. SIAPA YANG JADI ORGANIZER??? SIAPA LAGI I LER EKK.. TUKANG ARRANGED KAN TEMPAT DUDUK UNTUK SEMUA ORANG. DAN MEMASTIKAN TIADA YANG DUDUK DI ATAS LANTAI HAHAAA....
TU DIA.... ANTARA HIDANGAN YANG KAMI MAKAN EKK.. YANG TERKENAL DI SITU ULAMANNYA YANG BERBAGAI JENIS DAN JUGA IKAN KELI BAKAR EKK.. I TAK MAKAN IKAN KELI EKK.. SO JUST MAKAN IKAN GORENG DENGAN ULAMAN... PETAI JERUK DI ATAS TU PERGGHHH LAWANKAN PULAK DENGAN SAMBAL TEMPOYAK DAN BUDU... PERGHHH.. MALAS NAK CERITA YOU...
BISMILLAH..... JEMPUT MAKAN SEMUA.... SEMUA MAKAN TAK TOLEH KANAN KIRI LAGI EKK.. PULAK TU HUJAN RENYAI... BERSELERA MENJAMU HIDANGAN YANG ENAK DAN SIMPLE TU EKK...
PERJALANAN DI TERUSKAN LAGI....

JALAN YANG BERLIKU.. UDARA DINGIN DAN SEGAR... MABUK?? TAK CUMA SENONENG SAHAJA EKKK.. MASIH BOLEH HANDLE LAGI HEHEE.. HUJAN RENYAI PULAK TU... MEMANG KUYU AJE MATA TU EKK.. ALA-ALA MATA GARFIELD GITU EKK...
CILOK PUNYA CILOK... TETIBA AJE SAMPAI SATU SELEKOH, KIRA-KIRA 1 KM SEBELUM SAMPAI KE LATA ISKANDAR... JALAN YANG BERLIKU ITU TETIBA JAM EKK.. KENAPA???? TENGOK GAMBAR DI ATAS TU.. ADUHAIII MASA TU ISTAGHFAR BANYAK2 EKK.... KEMALANGAN NGERI ANTARA SEBUAH BAS DAN KENDERAAN. NGERI... BAS TU DAH SEPARUH TERSASAR KE DALAM GAUNG EKK... MUJURLAH ADA BANYAK POKOK-POKOK HUTAN.. KALAU TIDAK ADUHAII MEMANG MASUK KE GAUNG! TAKUTTTT!!!! SYUKUR ALHAMDULILLAH TIADA YANG TERKORBAN, HANYA CEDERA SAHAJA.. LEPAS TU TAK AMBIL TAHU LAGI... PERJALANAN DI TERUSKAN.. KALAU SEBELUM TU KERETA DI PANDU DENGAN GAYA SANTAI.. KALI INI PARA PILOT MEMBAWA KERETA DENGAN LEBIH BERHATI-HATI.... KESELAMATAN DI UTAMAKAN EKK...
RINGLET

SEPANJANG JALAN TU HUJAN RENYAI... LORI PULAK BANYAK EKK.. SO APA YANG ADA MENARIK SEPANJANG JALAN DI RINGLET TU TAK LER DAPAT TURUN... JUST SNAP GAMBAR DARI DALAM KERETA AJE EKK.. RINGLET BAWAH AJE.. SO MASA BALIK NANTI BOLEH SINGGAH EKK.. KONONNYA MENYEDAPKAN HATI LER TU HEHHEE....

PUNCAK ARABELLA APARTMENTS
PUNCAK ARABELLA APARTMENTS
TERLETAK DI ATAS PUNCAK BUKIT TANAH RATA. DENGAN KADAR RM250 SEMALAM, 3 BILIK TIDUR DAN 2 BUAH BILIK MANDI.. ADA DAPUR MEMASAK, PETI SEJUK, WATER HEATER, SOFA, TV, ASTRO FULL PAKAGE, BILIK TIDUR YANG SELESA... PEMANDANGAN YANG CUKUP INDAH... KEDAI RUNCIT YANG LENGKAP MENJUAL APA SAHAJA, ADA RESTORAN YANG MENJUAL PELBAGAI MAKANAN YANG BEST! CUACA DAN SUASANA YANG SEGAR DAN NYAMAN.. PULAK TU KAMI RAMAI.... 6 BUAH KELUARGA MEMANG SESUAI BUAT ROMBONGAN CHE YAH EKK.... KAMI MENGINAP 2 MALAM 3 HARI DI PUNCAK ARABELLA APARTMENTS... MEMANG BERBALOI EKK... KAMI TEMPAH 2 BUAH APARTMENTS... SETELAH DIBAHAGIKAN SAMA RATA.. PERGHH... BANYAK BERLEBIH DUIT UNTUK BELI SAYUR DI CAMERON HIGHLANDS EKK...

PEMANDANGAN DARI ATAS PUNCAK ARABELLA APARTMENTS

CANTIKKAN.... NYAMAN DAN DINGIN DI ATAS PUNCAK ARABELLA APARTMENTS EKK... BOLEH NAMPAK DERETAN BANGUNAN DI BAWAH SANA.... LEKA AJE MATA EKK... SO KALAU YOU ALL NAK PERGI CAMERON HIGHLANDS... JANGAN LUPA MENGINAP DI SINI EKK.. GERENTI PUAS HATI... KENAPA TAK PERCAYA KE?? KENA LER CUBA EKK...

PERCUTIAN DI TERUSKAN LAGI... SELEPAS INI.. JOM KITA PERGI PASAR MALAM DI BRINCHANG EKK.. TUNGGUUUU....

BERSAMBUNG LAGI SELEPAS INI EKK.... CAMERON HIGHLANDS DAY I PART 2... PULAK EKK.......

No comments: