Assalammualaikum... dan selamat sejahtera buat semua.. selamat tahun baru! 2013..
dan N3 ini adalah N3 bercuti@bekerja pada tahun 2012..
baru sekarang berkesempatan nak share.. :D
Dan masih di bawah label Kuching Sarawak.. hadoii berapa lama lagi nak habis masukkan N3 Sarawak ni ekk? ikutkan masih ada 5-6 buah tempat menarik yang i belum keluarkan...
satu hal pulak.. i ni kalau nak masukkan N3 blogs cuti-cuti ni wajib ada banyak gambar.. tujuan utama untuk simpanan dan kenangan i sendiri..
dan selebihnya untuk di kongsi kepada teman-teman yang teringin nak ke Sarawak.
Walaupun tidaklah detailed sangat... janji gambar banyak dan you all dapat merasakan sendiri nanti bila tiba ke sana :D
Okay, yang bestnya di Kuching Sarawak ni kan.. di mana sahaja anda pergi... ada sahaja sign board yang akan membawa anda ke satu-satu destinasi.. kiranya tak perlu bertanya pada orang tepi jalan..
dah lah kawasannya bersih dan tenang... selesa sangat sepanjang berada di sana.. orang lain i tak tahulah kan.. itu penglaman i sepanjang berada di sana.. :)
Jika anda teringin nak menyelusuri Sungai Sarawak.. pergi sahaja ke Kuching Water Front City.. di sana tu nanti.. terdapat beberapa pondok khas.. atau kiranya macam mini jetilah yaa... ada orang yang akan berdiri di situ.. so nak sewa bot ke.. perahu tambang ke..tanya sahaja di situ...
harga pun murah... setiap perjalanan ada waktu yang telah di tetapkan.. kalau terlepas kenalah tunggu untuk turn anda.. :)
Tu dia.. dengan tangan tersangkut kat situ.. kiranya dah bersedia nak berlayar ler tu hehee..
i masih ingat masa tu i baru sahaja selesai bertugas di Kuching.. terus balik ke bilik hotel, tukar beg, tukar kasut dan terus menonong ke sini..
dengan motto... tak sabor-sabor nak naik bot :D
Peace Yaw! :D
bukan i sorang aje dalam bot tu yaa..
ada lagi penumpang yang lain..
satu keluarga yang cukup peramah.. dari KL bercuti..
pastu kami dok ler berbual sepanjang berada dalam bot tu..
kiranya bot tu macam kami yang punyalah! di pendekkan cerita :D
Phewwitt... sebenarnya nak buat aksi... Titanic..
You Jump! i Jump!
baru nak berdiri aje..bot tu dah bergoyang.. maka jadilah yaa..
I sit you snap photo ya Pak Habibi :D
Okay rasanya tak ada apa yang perlu i ceritakan..
dah namanya sungai...
masa duk atas bot ni pun i senyap je..
benar-benar menikmati keindahan semula jadi..
selalunya tak macam tu.. :D
Okay masa untuk melihat gambar-gambar..
selamat menjamu mata.. ;)
TATA!!! :D
masa ni i TATA kat dia orang tu tau..
dan TATA i di balas you! Awwww!! :D
i TATA jugak kat pak cik tu.. tapi tak cakap apa.. apa..
tu yang agaknya Pak Cik tu macam confused..
mesti dalam hati dia cakap cam ni..
"Aku kenal dia ke??"
muahahahaaaa :))
Dan senja pun muncul...
masa ni.. kami di dalam bot semakin sepi..
dalam hati i sebut....
Subhannallah! Subhanallah!!!
Dan tiba-tiba...
ada sesuatu yang menarik perhatian i.....
masa tu tiada seorang pun yang perasan tau...
i sorang je.. cuba perhatikan betul-betul gambar di bawah tu..
agak-agak bentuk apa??
yaaaa...betul tu..
bentuk kepala buaya sedang berdiri tegak...
perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
masa ni i tak duduk menyenget ala-ala santai lagi dah masa ni..
duk tegak.. tengah sikit... :))
siapa yang pernah ke BAKO National Park mesti dah pernah tengok gambar macam di atas tu kan.. mengikut kisah Pak Cik yang bawa bot tu.. dia cakap asalnya ianya hanya sebuah bukit,
dan bukit itu telah di hakis dan terbentuklah bukit/batu yang menyerupai bentuk kepala buaya...
*cerita ini dikisahkan oleh pemandu bot, dan bukan i yang memandai menokok tambah yaa** :)
Pengalaman yang tidak mungkin akan i lupakan sampai bila-bila :)
di kala ini jam baru 6:25 Azan Maghrib sayup-sayup kedengaran..
enjin bot semakin laju membelah senja...
hati sayu meninggalkan Sungai Sarawak yang cukup indah.. ciptaan Yang MAHA ESA..
Selamat tiba...
selesai sudah..
hanya kenangan terindah yang masih utuh dihati ini
cecewahhh tetiba keluar ayat novel.. :)
Selesai Maghrib...
Isi perut... yang lapar di lambung arus sungai :D
Dan yang bestnya di Sarawak ni kan..
di mana-mana anda berhenti... di situ pasti ada kedai makan!
dan yang best dan pastinya tidak kira jam berapa perut berbunyi.. 2am? 4am? ada aje kedai yang menyediakan hidangan yang enak-enak dengan harga yang berpatutan..
I Love Sarawak!
Sekian dulu.. sambung nanti Kisah Sarawak.. rasanya kita sambung kisah lain ler pulak yaa.. bagi laluan destinasi percutian yang lain.. ;)
Assalammualaikum..
TATA!!
No comments:
Post a Comment